Lokasi

 

1. Tamadun terawal di dunia

  • Mesopotamia (Perkataan Yunani)
    • Tanah diantara dua sungai (Sungai Tigris dan sungai Euphrates)
  • Sungai yang mengalir dari kawasan pergunungan di Turki ke tanah lembah dan pamah di Iraq hinggalah ke Teluk Parsi.
  • Dikelilingi oleh Pergunungan Zagros di bahagian timur laut, dataran tinggi Arab di barat daya dan Teluk Parsi di bahagian Selatan

Kerangka Masa

1. Kerajaan terawal ialah kerajaan Sumeria.

2. Tamadun Mesopotamia dapat dibahagikan kepada tujuh zaman pemerintahan:

kerajaan mesopotamia

3. Selepas kejatuhan kerajaan Chaldea, Parsi menguasai wilayah Mesopotamia

Proses Pembentukan

 

1. Dibahagikan kepada dua bahagian:

  • Utara bandar Baghdad (Kawasan pertengahan Sungai Tigris hingga ke utara termasuk kawasan Sungai Zab dikenali sebagai Assyria)
  • Selatan bandar Baghdad (Kawasan Sungai Tigris dan Sungai Euphrates yang hampir bercantum dikenali sebagai Babylon)

2. Babylon pula dibahagi 2 kawasan:

  • Akkad di Utara
  • Sumeria di Selatan
Sumeria

1. Perkataan berasal dari nama kuno merujuk wilayah di selatan Iraq iaitu Sumer

2. Peringkat awal, kawasan ini didiami 3 etnik:

  • Orang Sumeria
  • Orang Semitik
  • Orang tidak diketahui asal usul (bilangan kecil)

3. Pertumbuhan tamadun bermula di wilayah selatan iaitu Sumer

4. Orang Sumeria berhijrah ke wilayah ini dan membina petempatan serta menjalankan aktiviti pertanian melalui kerja menebus guna tanah dengan membina sistem pengairan untuk mengawal air sungai

5. Aktiviti ini membawa lebihan penghasilan makanan dan menampung keperluan penduduk

6. Petempatan perkampungan berkembang secara evolusi kepada bandar dan seterusnya beberapa negara kota.

7. Contoh negara kota:

  • Kish
  • Nippur
  • Lagash
  • Uruk
  • Assur
  • Mari

Ciri-ciri Tamadun Mesopotamia

 

 

Petempatan Kekal

 

1. Negara kota di Mesopotamia terbahagi kepada kawasan utama:

  • Pusat kota
  • Tembok kota
  • Luar Kota
  • Pelabuhan

2. Setiap negara kota mempunyai kubu pertahanan dengan pelbagai bentuk pintu gerbang (menjadi lambang kekayaan sesebuah kota)

3. Di dalam kota terdapat:

  • Istana
  • Rumah kediaman
  • Rumah Ibadat (Pusat sesebuah kota)
  • Rumah kedai
  • Pasar
  • Jalan raya yang lurus dan lebar

4. Setiap kota mempunyai unit politik dan agama yang tersendiri.

  • Tetapi bersatu tenaga untuk menentang musuh

5. Melalui jalan laut: Negara Kota mudah dihubungi oleh wilayah sekitarnya

  • Contoh: Jalan menghubungkan antara Sumeria dan Kota Mari digunakan pedagang luar Mesopotamia
Taman Tergantung Babylon

1. Satu daripada tujuh ciptaan manusia yang menakjubkan.

2. Dibina pada zaman Raja Nebuchadnezzar (Kerajaan Chaldea)

3. Terdapat pelbagai pokok bunga ditanam bertingkat-tingkat

taman tergantung babylon cheestory

Organisasi Sosial

 

1. Menjadikan kehidupan masyarakat negara kota hidup teratur

2. Masyarakat negara kota terbahagi kepada:

  • Golongan Pemerintah:
    • Raja
    • Ketua Pendeta, Ketua Tentera dan orang Bangsawan
  • Golongan Rakyat
    • Rakyat bebas : Petani, Artisan dan Pedagang
    • Hamba : Tawanan perang

Sistem Pemerintahan

 

1. Raja merupakan pemerintah.

2. Bentuk pemerintahan beraja:

  • Teokrasi: Raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan (berasaskan hukum agama dan bersifat ketuhanan) juga pemilik negara kota

3. Walaupun raja dianggap sebagai tuhan atau wakil tuhan, masyarakat tidak menyembah raja sebagai tuhan kecuali semasa pemerintahan Raja Naramsin (2291-2255 S.M)

Raja Naramsin

1. Memerintah Kerajaan Akkad.

2. Memaksa penduduk Akkad menyembahnya sebagai tuhan. (Menganggap dirinya terlalu agung kerana berjaya menguasai wilayah yang luas)

3. Menggelarkan dirinya sebagai “Raja Empat Penjuru Alam”

4. Raja juga menjadi:

  • Ketua pentadbir
  • Ketua tentera
  • Ketua pendeta (berkuasa dalam hal agama)

5. Raja juga berkuasa dalam soal tanah, cukai, hasil pertanian dan perdagangan

6. Raja dibantu oleh:

  • Pegawai yang terdiri daripada golongan bangsawan.
  • Pegawai yang mempunyai ikatan dengan keluarga diraja.

Agama dan Kepercayaan

 

1. Raja berkuasa melantik ahli keluarga diraja untuk memegang jawatan di Zigurat dan menentukan bentuk pentadbirannya

Fungsi Zigurat

fungsi zigurat 1 Click to Flip
fungsi zigurat 2

Pengkhususan Pekerjaan

 

1. Wujudnya pengkhususan kerja kerana lebihan hasil pertanian seterusnya sebilangan anggota masyarakat meninggalkan pekerjaan Pertanian dan menjadi:

  • Peniaga
  • Pedagang
  • Artisan
  • Pembuat tekstil, tembikar dan alat keperluan harian
  • Tukang rumah
  • Tentera (mempertahankan negara kota daripada serangan musuh)

2. Perdagangan juga berlaku di kawasan Lembah Indus.

3. Perdagangan amat penting kerana Mesopotamia tidak menghasilkan banyak bahan mentah dan barangan seperti logam, kayu-kayan, emas dan perak dibawa masuk ditukar dengan hasil pertanian.

Bahasa dan Sistem Tulisan

 

1. Ilmu pengetahuan berkembang dan membawa kewujudan sistem tulisan bermula dengan tulisan bergambar kemudian berkembang kepada tulisan berbentuk simbol ditulis pada tanah liat kerana belum wujud kertas

 

Cuneiform

Cuneiform tulisan 1 Click to Flip
Cuneiform tulisan 2

Sumbangan Tamadun Mesopotamia

 

 

Kod Undang-Undang Hammurabi

 

1. Digubal semasa Raja Hammurabi memerintah kerajaan Babylon.

Raja Hammurabi (1792-1750 S.M)

1. Berasal daripada keturunan Amorite

2. Membina banyak negara kota

3. Pusat pemerintahan di Babylon

4. Menakluk Kerajaan Akkad dan menjadi raja seluruh Mesopotamia

Raja Hammurabi cheestory

2. Berteraskan hak rakyat terhadap keadilan dan menjadi dasar perundangan

3. Hukuman dan denda setimpal dengan kesalahan tetapi berbeza mengikut Susun lapis masyarakat.

  • Seorang bangsawan mematahkan tangan seorang bangsawan lain tangannya akan dipatahkan
  • Seorang bangsawan mematahkan tangan seorang rakyat biasa bangsawan tersebut perlu membayar denda satu wang perak

4. Mengandungi 282 undang-undang yang dipahat pada tembok dan tiang besar

5. Berjaya mengelakkan permasalahan dikalangan masyarakat pelbagai kaum dan kalangan susun lapis masyarakat.

6. Mewujudkan perpaduan dan mengukuhkan sistem organisasi

Sistem Tulisan

 

1. Sistem tulisan membawa kepada sistem pendidikan untuk melahirkan jurutulis seterusnya dapat menguruskan pentadbiran dan perniagaan untuk dicatat dan direkodkan

2. Melahirkan tradisi kesusasteraan seperti Epik Gilgamesh (Kesusasteraan tertua di dunia)

Epik Gilgamesh

1. Mengandungi falsafah dan cara hidup orang Mesopotamia

2. Kisah kepahlawanan tokoh bernama Gilgamesh

  • Dikatakan memiliki sifat ⅔ tuhan dan ⅓ manusia
  • Wajah yang tampan dan susuk badan yang sasa
  • Memiliki kekuatan dan keberanian
  • Memerintah dan memberikan perlindungan kepada kehidupan di kota Uruk

3. Menceritakan tentang:

  • Pemerintahan
  • Percintaan
  • Kehidupan yang kekal abadi
  • Kesakitan

Epik Gilgamesh cheestory

Ilmu Astronomi

 

1. Pemerhatian terhadap pergerakan bulan, bintang dan matahari membawa kepada perkembangan:

  • Ilmu Matematik
  • Ilmu Geometri

2. Membolehkan manusia mampu menggunakan jalan laut

3. Mencipta kalendar berasaskan sistem solar (12 bulan dalam 1 tahun)

Ilmu Perubatan

 

1. Semasa Kerajaan Assyria:

  • Mementingkan kesihatan anggota tenteranya.
  • 500 jenis ubat-ubatan termasuk herba dan ramuan perubatan dikatalogkan dan disampelkan penggunaannya.
  • Cara mengubat penyakit menggunakan ubat-ubatan dicatatkan sebagai panduan

Sistem pengangkutan

 

1. Penciptaan Roda:

  • Menghasilkan kereta kuda untuk tujuan:
    • Peperangan
    • Kegunaan pada masa aman
  • Mencipta kincir air

Kincir air

Kincir air 1 Click to Flip
Kincir air 2

Seni bina

 

1. Memperkenalkan cara membuat batu bata daripada tanah liat

2. Mencipta arca dan tiang batu yang dapat dilihat dalam seni bina Zigurat

3. Contoh arca: Patung Raja Gudea (Pengasas Empayar Sumeria)

Pembentukan Empayar

 

1. Sumbangan pemerintah Mesopotamia 

Raja Sargon

1. Mewujudkan kerajaan Akkad serta berjaya menakluk dan menyatukan wilayah kerajaan Sumeria di selatan Mesopotamia

2. Merupakan perintis kepada pembentukan sebuah empayar dan menjadi ikutan pemerintah seterusnya, Firaun Tutmose III (Zaman Mesir Purba)

Raja Sargon cheestory

Ashurbanipal (668-627 S.M)

1. Menubuhkan Perpustakaan Diraja di bandar Nineveh yang mengandungi lebih 22 ribu keping tablet yang mengandungi pelbagai penemuan ilmu pengetahuan seperti:

  • Sejarah lampau Mesopotamia
  • Formula perubatan
  • Dokumen perniagaan
  • Susunan peristiwa peperangan

Ashurbanipal cheestory