Lokasi

 

1. Anugerah daripada Sungai Nil yang mengalir dari bahagian utara Mesir ke Laut Mediterranian

2. Berpunca daripada dua anak sungai:

  • Sungai Nil Biru – Bermula dari tanah tinggi di Ethiopia
  • Sungai Nil Putih – Bermula dari Tasik Victoria di Uganda

3. Limpahan air Sungai Nil telah berjaya menjadikan tanah dataran yang subur

Kerangka Masa

 

1. Sekitar tahun 3500 S.M, wilayah persekitaran delta di bahagian tengah Mesir berkembang menjadi tamadun awal

2. Dibahagikan kepada empat tahap:

zaman mesir purba

 

3. Tempoh peralihan antara keruntuhan sesebuah kerajaan dengan Penubuhan kerajaan baru adalah lama.

4. Zaman Kejatuhan Tamadun ini ketika pemerintahannya dikuasai oleh orang asing:

  • Libya (1100 – 947 S.M)
  • Kush (730 – 670 S.M)
  • Assyria (663 – 609 S.M)
  • Parsi (525 S.M)
  • Yunani (332 – 30 S.M)
  • Rom (30 S.M)

Proses Pembentukan

 

1. Manusia yang mendiami Lembah Nil telah mencapai tahap kebudayaan gangsa pada Zaman Logam sejak tahun 5000 S.M

2. Penggunaan alat logam membolehkan mereka membina sistem Perparitan dan pengairan yang baik untuk pertanian

3. Daya cipta ini membolehkan mereka membina peralatan kawalan air dan terusan untuk meningkatkan kesuburan tanah

4. Petempatan tetap berkembang menjadi perkampungan dan gabungan Kampung mewujudakan beberapa buah bandar dan bergabung membentuk sebuah nome atau daerah

5. Kesemua nome disatukan dengan salah sebuah bandar menjadi pusat pentadbiran.

6. Contoh bandar:

  • Thinis
  • Memphis
  • Thebes

Ciri-ciri Tamadun Mesir Purba

 

 

Petempatan Kekal

 

1. Firaun Menes (3200 S.M) berjaya menyatukan kesemua nome menjadi sebuah kerajaan dan mengasaskan pusat pentadbirannya di bandar Thinis di bahagian tengah Sungai Nil

2. Kemudian pusat pentadbiran berpindah ke bandar Memphis yang hampir dengan delta Sungai Nil

3. Pada kemuncak zaman Pertengahan, pusat pentadbiran berpindah ke bandar Thebes.

4. Contoh bandar penting yang lain:

  • Heliopolis
  • Fayoum
  • Abydos

5. Kepentingan Bandar:

  • Tempat kediaman Firaun
  • Pusat pemerintahan dan pentadbiran
  • Pelabuhan penting
  • Pusat keagamaan
  • Pusat tumpuan penduduk

Organisasi Sosial

 

1. Masyarakat Mesir diketuai oleh Firaun:

  • Ketua kerajaan Mesir dan dianggap suci
  • Perkataan Firaun berasal daripada perkataan Yunani (Pharaoh) bererti:
    • Rumah yang Agung atau Istana: Kuasa pemerintahan yang mengenakan pembayaran cukai terhadap tanah dan harta
  • Jawatan Firaun diwarisi secara turun-temurun
  • Pada zaman Kerajaan lama, Firaun dianggap Jelmaan Tuhan Horus.
  • Semasa pemerintahan dinasti ke-3 dan ke-4, Firaun digelar Raja Matahari kerana dipercayai Firaun anak Tuhan Matahari (Amon-Re)

2. Peranan Firaun:

  • Ketua Pendeta
  • Pemilik tanah
  • Ketua Hakim
  • Ketua Pahlawan

3. Lapisan masyarakat Mesir:

  • Firaun
  • Golongan Bangsawan, Rahib, Tuan tanah, Jurutulis
  • Golongan Rakyat biasa (Petani, Pedagang dan Artisan)
  • Hamba

Sistem Pemerintahan

 

1. Sistem pemerintahan diterajui oleh Firaun

2. Dibantu oleh golongan Bangsawan untuk:

  • Menjalankan Pentadbiran
  • Menjaga Keamanan
  • Mengurus dan mengagihkan penghasilan makanan di dalam negara

3. Golongan Bangsawan terdiri daripada:

  • Pegawai
  • Penasihat
  • Gabenor yang mentadbir wilayah yang ditakluki

4. Para Rahib pula mentadbir hal keagamaan

5. Urusan Pentadbiran juga dibantu oleh:

  • Jurutulis (Menulis segala rekod kerajaan)

6. Mengiktiraf wanita sebagai pemimpin:

  • Ketika Zaman Empayar, seorang wanita dilantik menjadi Firaun iaitu Firaun Hatshepsut

Firaun Hatshepsut

Firaun Hatshepsut 1 Click to Flip
Firaun Hatshepsut 2

7. Kerajaan Mesir Purba merupakan kerajaan berbentuk empayar meliputi sebuah kawasan yang luas:

  • Wilayah di Nubia (Selatan Mesir hingga ke utara serta barat)
  • Wilayah sebelah Asia (Wilayah di Palestin hingga ke Lubnan dan Syria)

Pengkhususan Pekerjaan

 

1. Wujud Pengkhususan kerja telah memajukan Tamadun Mesir Purba:

  • Penenunan
  • Pembuatan barang Tembikar dan peralatan
  • Perlombongan Emas di kawasan Nubia

2. Eksport utama:

  • Tekstil
  • Kertas

3. Pengangkutan air memainkan peranan yang penting kerana Sungai Nil yang lebar dan dalam telah memudahkan Kapal-kapal menyusurinya dan berlabuh di pelabuhan seperti:

  • Thebes
  • Memphis
  • Fayoum
  • Heliopolis

4. Sistem pemerintahan yang terancang berjaya menarik pedagang luar dari Laut Mediterranean dan Laut Merah untuk singgah berlabuh di pelabuhan Mesir Purba.

Agama dan Kepercayaan

 

1. Percaya pada konsep Politeisme iaitu kepercayaan kepada banyak Tuhan

2. Setiap Tuhan dikaitkan dengan unsur alam seperti:

Tuhan Matahari

Tuhan Langit
Tuhan Angin

3. Percaya pada kehidupan selepas mati:

  • Mayat disimpan dan dijaga dengan teliti
  • Makam mayat dipenuhi dengan peralatan kehidupan selepas mati
  • Mayat diiringi kelengkapan harian yang akan ditanam bersamanya
  • Solekan mayat, alat kebesaran dan jumlah barang yang dikebumikan menunjukkan kedudukan atau status mayat tersebut.
Penemuan Makam Tutankhamun II

1. Pengkaji Mesir Purba iaitu Howard Carter menemui Makam diraja ini pada tahun 1922.

2. Berlaku setelah 30 tahun cari gali di Lembah Raja (di Thebes)

3. Mayat Tutankhamun diseliputi emas yang melebihi 11 kilogram.

4. Koleksi artifak juga ditemui

Penemuan Makam Tutankhamun II cheestory

Bahasa dan Sistem Tulisan

Hieroglif

hieroglif 1 Click to Flip
tulisan hieroglif 2

1. Peranan Sistem Tulisan:

  • Mencatat rekod aktiviti pertanian
  • Mencatat rekod pengutipan cukai
  • Tujuan Keagamaan
  • Amalan ritual kepercayaan

Sumbangan Tamadun Mesir Purba

 

 

Seni Bina Pembinaan Piramid

Imhotep

1. Saintis, Ahli Fizik, Arkitek

2. Penasihat penting kepada Firaun Djoser (3150 S.M), Firaun kedua pada dinasti ketiga

3. Pengamal ilmu perubatan

4. Pengarang buku sains dan sastera

5. Pengasas pembinaan Piramid

6. Memperkenalkan teknik pembinaan bangunan daripada batu bata

Imhotep cheestory

Piramid Sakkara

Piramid Sakkara 1 Click to Flip
Piramid Sakkara 2

 

1. Pembinaan piramid menggambarkan kreativiti masyarakat Mesir Purba dalam pembinaan

2. Contoh Piramid lain:

Piramid Giza

Piramid giza 1 Click to Flip
Piramid giza 2

Ciptaan kertas dan Sistem Tulisan

 

1. Mencipta kertas daripada pokok Papyrus yang banyak hidup di Lembah Nil

2. Kelebihan kertas pada waktu itu:

  • Memudahkan penyimpanan segala khazanah negara.
  • Meninggalkan kebergantungan pada kepingan batu bata

3. Keagungan Tamadun Mesir Purba dapat dibaca daripada tulisan yang terpahat dengan begitu cantik, halus dan penuh seni pada makam dan batu iaitu hieroglif

4. Perkembangan Sistem Tulisan:

  • Hieroglif (Bergambar) tulisan awal mesir kemudian Hieratik (Berangkai) dan pada tahun 700 S.M berkembang ke tulisan Demotik

Sistem Pendidikan

 

1. Kanak-kanak daripada keluarga atasan diberikan pendidikan sejak kecil lagi.

2. Institusi pendidikan diuruskan oleh Rumah Ibadat dan diletakkan dibawah pentadbiran kerajaan

3. Kepentingan sistem pendidikan:

  • Melahirkan para pegawai kerajaan terutamanya Jurutulis yang sempurna dan terlatih
  • Ilmu Geometri, Matematik, dan sains diajar untuk melahirkan golongan terlatih untuk menguruskan:
    • Hal ehwal pertanian
    • Pengawalan air sungai Nil
    • Pembinaan bangunan dan piramid

Ilmu Perubatan

 

1. Melahirkan pengamal perubatan:

  • Mendapat status yang tinggi
  • Berkhidmat untuk Firaun dan masyarakat

2. Kemajuan bidang perubatan:

  • Proses memumiakan mayat (Berkait rapat dengan kepercayaan orang Mesir Purba

3. Bidang fizik, kima, perubatan dan pembedahan memberikan sumbangan besar kepada perkembangan ilmu

4. Dokumen Perubatan Mesir Purba

  • Buku catatan tentang perubatan ditemui dalam makam Firaun Khufu
  • Catatan perubatan tertua ditemui pada tahun 1600 S.M yang disalin beberapa kali oleh jurutulis diraja

Perkembangan ilmu Matematik

 

1. Algebra, Geometri dan Astronomi digunakan untuk:

  • Mengawal banjir Sungai Nil yang berlaku 1 tahun 1 kali.

Sistem Pengairan

 

1. Menukarkan kawasan padang pasir menjadi kawasan tanah pertanian.

2. Firaun Senuusret III membina sebuah tembok pengairan sepanjang 123KM:

  • Untuk menebus guna kawasan padang pasir dan membina terusan untuk mengairkan tanah seluas 10 000 hektar

Sistem Kalendar

 

1. Pengetahuan bidang Astronomi dan Matematik:

  • Memperkenalkan sistem Kalendar 365 Hari berdasarkan 12 Bulan dalam 1 Tahun