Isi Kandungan
Lokasi
1. Tamadun terawal di India
2. Terletak di Lembah Indus dan disaliri oleh Sungai Indus:
- Sungai ini berpunca dari pergunungan Himalaya dan mengalir ke Laut Arab
3. Dikenali sebagai Tamadun Harappa daripada nama bandar utama dalam tamadun Indus
4. Terletak di bahagian barat laut India:
- Bahagian Timur: Dikelilingi oleh Banjaran Makran, Pergunungan Baluchistan, Punjab dan Rajasthan.
- Bahagian Tenggara: Dikelilingi Kathiawar dan Gujerat
Kerangka Masa
1. Muncul sekitar tahun 2500 S.M dan merosot pada tahun 1800 S.M
2. Faktor kejatuhan Tamadun Indus:
- Serangan orang Aryan
- Bencana alam (Banjir, kemarau dan gempa bumi)
Proses Pembentukan
1. Di barat laut India, wujud kehidupan secara nomad iaitu berpindah-randah dan menyara diri dengan memburu dan mengumpul makanan
2. Kemudian membentuk petempatan kekal di Sungai Indus kerana:
- Sumber air dan telah menyuburkan tanah
- Meningkatkan hasil pertanian dan telah menambah jumlah penduduk
3. Kemudian berkembang menjadi bandar
4. Dua bandar utama:
- Mohenjo-Daro
- Harappa
5. Dua bandar pelabuhan yang penting:
- Lothal
- Sutkagen Dor
Ciri-ciri Tamadun Indus
Petempatan Kekal
1. Membawa kepada pembentukan bandar terancang.
2. Bandar terbahagi kepada dua bahagian dan dikelilingi oleh tembok:
- Bahagian Utama:
- Pusat pentadbiran
- Pusat keagamaan
- Bahagian Kedua:
- Kawasan Perumahan
3. Di dalam bandar utama terdapat:
- Bangunan pentadbiran
- Tempat penyimpanan hasil pertanian
- Tempat mandi awam dikenali The Great Bath
The Great Bath
Click to Flip
4. Bandar-bandar ini dirancang dan disusun dengan sistematik
5. Perancangan bandar dibantu oleh:
- Kemajuan ilmu Geometri dan pembinaan
- Sumbangan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba
6. Bandar disusun berasaskan blok-blok berbentuk segi empat:
- Setiap blok dipisahkan oleh satu rangkaian jalan raya yang lurus dan bersambung antara satu sama lain.
7. Setiap bandar mempunyai sistem kumbahan terancang seperti sistem saliran di bandar terancang:
- Rumah-rumah di bandar ini mempunyai bilik mandi dan tandas, air kumbahan dari rumah disalir keluar melalui paip ke longkang yang tidak ditutup di bawah jalan supaya membolehkan kerja pembersihan jika tersumbat
- Seterusnya, bahan buangan dihantar ke pusat pembuangan di luar bandar
8. Bandar dihubungkan dengan sungai dan jalan raya sebagai jalan perhubungan
Organisasi Sosial
1. Terbahagi kepada dua golongan:
- Golongan Atasan:
- Pendeta (Kelas atasan yang utama): Mempunyai kuasa dan pengaruh yang besar dalam mengawal aktiviti masyarakat terutama hal keagamaan
- Pedagang
- Golongan Bawahan (atas dasar keagamaan golongan bawahan mentaati pendeta):
- Petani: Menyalurkan sebahagian hasil pertanian kepada pihak berkuasa
- Buruh: Menjalankan kerja perburuhan dengan menjaga kebersihan bandar, membina tembok di benteng dan membina terusan
- Hamba
Pengkhususan Pekerjaan
1. Menjalankan kegiatan ekonomi:
- Perdagangan
- Pertanian
- Pertukangan
- Pembuatan
2. Perdagangan secara khusus membabitkan perdagangan luar termasuklah dengan tamadun Mesopotamia. Hubungan ini dapat dibuktikan melalui penemuan Cap Mohor buatan masyarakat Lembah Indus di Mesopotamia
- Dibuat dari batu lembut yang diukir dan dipanaskan
- Berbentuk empat segi bujur
- Sebagai lambang pengenalan diri seseorang atau sekumpulan pedagang
3. Hasil perdagangan yang penting termasuklah:
- Emas
- Gading gajah
- Manik
- Hasil pertanian
4. Petani:
- Aktiviti bercucuk tanam (Barli dan kacang)
5. Artisan:
- Pembinaan, penghasilan barangan logam dan barangan tembikar
4. Agama dan Kepercayaan
Patung Proto-Siva
1. Patung yang menunjukkan seorang duduk bersila dengan stail yoga
2. Terdapat tiga tanduk dikepalanya melambangkan:
- Dewa Brahma
- Vishnu
- Siva
3. Berkait dengan agama Hindu
Percaya kepada Tuhan Ibu
1. Diwarisi daripada kebudayaan yang terdahulu kerana kepercayaan ini turut berlaku dalam masyarakat:
- Mesopotamia
- Asia Kecil
- Syria
- Palestin
2. Dibuktikan dengan penemuan patung wanita
3. Disembah bagi melambangkan kesuburan
Sistem Tulisan
1. Tulisan berbentuk Piktograf
Sumbangan Tamadun Indus
Mengeksploitasi Kelebihan
1. Mengeksploitasi Sungai Indus untuk memajukan kehidupan harian mereka
2. Dapat menjadi panduan kepada generasi akan datang kerana kreativiti masyarakatnya
Perancangan Bandar
1. Keupayaan mewujudkan bandar terancang seperti Mohenjo-Daro dan Harappa bukanlah mudah dan memerlukan pemahaman tentang ilmu geometri, kesenian, matematik dan pembinaan
2. Pemahaman geometri hasil dari pertembungan dengan tamadun Mesopotamia dan Mesir Purba:
- Membolehkan bandar disusun berasaskan bentuk segi empat yang diikuti oleh jalan raya yang lurus
3. Meningkatkan mutu bahan binaan melalui teknologi pembakaran batu bata dengan suhu yang tinggi:
- Tidak hanya bergantung pada panas matahari untuk membuat batu bata daripada tanah liat
Hubungan luar
1. Sifat keterbukaan dengan tamadun lain:
- Tamadun Mesopotamia – Sumber Mesopotamia menyatakan nama bandar seperti:
- Makan dikenali Makran
- Melluha merujuk pada Mohenjo-Daro
- Tamadun Mesir Purba
2. Sifat keterbukaan ini memberi manfaat kepada kedua-dua belah pihak seperti dalam pertukaran teknologi
3. Segala pengaruh dari luar disesuaikan dengan keadaan dan suasana tempatan.
4. Kedamaian dan keamanan ialah tunjang kepada kekuatan sesebuah bangsa untuk mencapai kecemerlangan.