Lokasi

 

1. Muncul daripada kesuburan tanah di Hwang Ho atau Sungai Kuning

2. Sungai Hwang Ho atau Sungai Kuning:

  • Sungai kedua terpanjang di China (5464 KM)
  • Terletak di bahagian utara negara China
  • Mengalir dari kawasan tanah tinggi di sebelah barat Teluk Bo Hai disebelah Timur

3. Lokasinya jauh daripada pusat tamadun dunia yang lain

4. Ciri fizikal:

  • Bersifat setempat kerana kawasan bergunung-ganang dan berpadang pasir

Kerangka Masa

 

1. Kemunculan tamadun ini dikesan daripada:

  • Jumpaan tengkorak homo sapien dikenali sebagai Peking Men yang dikatakan hidup sekitar tahun 400 000 S.M dan membuktikan adanya kehidupan Zaman Paleolitik
  • Pada zaman Neolitik sekitar tahun 5000 S.M, muncul aktiviti pertanian dan penternakan.

2. Dinasti beraja pertama di China iaitu Dinasti Hsia (2205-1766 S.M) tetapi belum ada bukti sejarah seperti Dinasti Shang (1766-1050 S.M) melalui jumpaan arkeologi menandakan permulaanya

3. Penghujung pemerintahan Dinasti Shang muncul kebangkitan hamba kerana kezaliman Raja Shang

4. Ini telah mendorong suku Chou mendiami Lembah Sungai Wei dibahagian barat menyingkirkan pemerintahan Shang dan menggantikan dengan pemerintahan Dinasti Chou (1050 – 256 S.M)

Proses Pembentukan

 

1. Kesuburan kawasan ini hasil daripada Hwang Ho telah menyebabkan penduduk nomad membina petempatan awal di Tapak banpo yang berdekatan bandar Sian moden dan aktiviti penduduk di kawasan ini:

  • Pertanian
  • Menternak binatang
  • Mengumpul hasil hutan
  • Memburu

2. Perkembangan petempatan awal melahirkan beberapa buah bandar seperti:

  • Anyang: Merupakan pusat kerajaan Dinasti Shang

3. Pembentukan Dinasti Shang membawa banyak kemajuan:

  • Perluasan wilayah
  • Penyebaran budaya ke kawasan sekitar Lembah Hwang Ho

4. Semasa Dinasti Chou Tamadun ini tersebar hingga ke bahagian selatan Sungai Yangtze

Ciri-ciri Tamadun Hwang Ho

 

 

Petempatan Kekal

 

1. Petempatan awal berasaskan aktiviti Pertanian membawa kepada kemunculan bandar-bandar

2. Contoh negara kota Anyang:

  • Terletak dikawasan tanah tinggi di Sungai Huan
  • Di dalam bandar ini terdapat:
    • Istana
    • Kuil
    • Pusat pentadbiran
  • Ketua pemerintah iaitu Raja, Pembesar dan golongan agama tinggal di bandar
  • Dilengkapi dengan tembok untuk menghalang pencerobohan musuh
  • Dikelilingi oleh perkampungan masyarakat petani

Organisasi Sosial

 

1. Masyarakat Shang lapisan paling atas:

  • Raja (Peneraju utama)
  • Pembesar

2. Masyarakat Shang lapisan bawahan:

  • Golongan Petani
    • Sebahagian besar penduduk dan mendiami kawasan di luar bandar mengelilingi negara kota
  • Golongan Artisan
    • Wujud disebabkan kemahiran yang muncul dalam tamadun Shang (penguasaan dalam teknologi gangsa)
    • Gangsa digunakan untuk menghasilkan senjata, perisai, hiasan kereta kuda tentera dan peralatan upacara keagamaan
  • Golongan Hamba
    • Perhambaan merupakan ciri utama Dinasti Shang

3. Keistimewaan golongan pembesar dapat menundukkan golongan bawahan:

  • Memiliki kereta kuda
  • Memiliki senjata gangsa

Pengkhususan Pekerjaan

 

1. Sistem organisasi sosial membawa kepada pengkhususan pekerjaan

2. Golongan pembesar mempunyai tentera mereka masing-masing. Terdapat dua kumpulan tentera:

  • Tentera berkuda
  • Tentera berjalan kaki

3. Golongan Petani:

  • Tonggak ekonomi dan pentadbiran (Bertindak memenuhi keperluan golongan atasan)
  • Membentuk golongan Artisan (Merekacipta pelbagai barangan tembaga):
    • Bekas minuman dan makanan
    • Senjata
    • Barang tembikar

4. Golongan Hamba:

  • Tentera paksaan
  • Membantu kerja-kerja perburuhan
  • Untuk tujuan korban dalam upacara penyembahan

Sistem Pemerintahan

 

Dinasti Shang:

 

1. Pemerintahan beraja iaitu Raja menjadi ketua negara

2. Pengganti raja dilantik daripada kalangan saudara lelaki yang lebih muda atau anak lelaki raja.

3. Raja Shang mempunyai kewibawaan politik, ekonomi, sosial dan agama

4. Raja berkuasa secara langsung dikawasan pusat pentadbiran

5. Kepercayaan masyarakat:

  • Kuasa raja merupakan mandat daripada Tuhan dan tidak perlu mendapatkan pengesahan politik kerana mereka adalah daripada keturunan pemerintah agama
Mandat daripada Tuhan

1. Masyarakat Hwang Ho percaya:

  • Jika raja memerintah dengan adil, kerajaan dan rakyat akan hidup sejahtera kerana direstui tuhan
  • Pemerintah Shang telah kehilangan mandat kerana berlaku zalim

6. Dalam urusan pentadbiran, Raja dibantu oleh:

  • Golongan bangsawan
  • Pegawai kerajaan

7. Wilayah di luar pusat pentadbiran, pemerintahan Dinasti Shang dibantu:

  • Golongan bangsawan

8. Tanggungjawab golongan bangsawan:

  • Mentadbir wilayahnya dan berhak mewujudkan sistem pentadbiran sendiri dalam hal:
    • Pungutan cukai
    • Pertahanan
    • Undang-undang

Dinasti Chou:

 

1. Sistem yang sama daripada Dinasti Shang apabila Dinasti Chou mengambil alih.

2. Raja membahagikan pemilikan tanah kepada wilayah-wilayah dan melantik pembesar tempatan di setiap wilayah

3. Raja mengikat pembesar tempatan melalui:

  • Ikrar taat setia kepada pemerintah chou
  • Memberi hadiah (kereta kuda, senjata gangsa, hamba dan binatang)
  • Diberi hak untuk bertindak sebagai ketua agama untuk menjalankan upacara pengorbanan.

4. Sebagai balasan, pembesar tempatan diminta:

  • Melindungi raja dan memberi bantuan tentera pada masa perang

5. Raja Chou juga dibantu oleh Ketua menteri dan enam badan yang mengurus:

  • Pertanian
  • Tentera
  • Kerja awam
  • Upacara agama
  • Hal ehwal monarki
  • Undang-undang

Agama dan Kepercayaan

 

1. Mengamalkan banyak kepercayaan termasuk:

  • Animisme
  • Politeisme
  • Masyarakat Shang mengamalkan penyembahan:
    • Roh nenek moyang
    • Tuhan syurga (Shang-Ti)
    • Tuhan Bumi (Tu)
    • Sungai, bukit dan gunung

2. Upacara penyembahan diketuai golongan bomoh yang melibatkan:

  • Permainan muzik
  • Tarian
  • Upacara korban

3. Keunikan lain tamadun ini ialah jumpaan tulang binatang dan kulit kura-kura di Anyang

Tulang oracle

tulang oracle 1 Click to Flip
tulang oracle 2

Konsep shang-ti dan Tien

1. Mempengaruhi konsep Yin dan Yang

  • Shang-ti:
    • Dewa tertinggi di syurga merujuk kepada nenek moyang pemerintah Shang
  • Tien:
    • Orang Cina Kuno mempercayai satu kuasa agung iaitu Tien dan boleh dimaksudkan sebagai suatu makhluk unggul atau kuasa tertinggi alam semesta
    • Juga dirujuk sebagai syurga

Konsep shang-ti dan Tien cheestory

Sistem Tulisan

 

1. Rekahan daripada tulang Oracle membawa kepada sistem tulisan

2. Tulisan berbentuk simbol iaitu Ideogram

  • Tulisan asal ini mempunyai gambar seperti kanak-kanak, bulan, matahari dan sungai
  • Kemudian berubah bentuk yang lebih kompleks seperti hari ini

Sumbangan Tamadun Hwang Ho

 

 

Politik

 

1. Mempengaruhi sistem pemerintahan China kuno

  • Sistem pemerintahan monarki diteruskan hingga ke zaman Dinasti Ching.
  • Hanya sedikit perubahan:
    • Gelaran raja ditukar kepada Maharaja
    • Konsep anak syurga dan mandat dari syurga dikaitkan dengan raja
    • Amalan putaran Dinasti diteruskan oleh Dinasti di China hingga abad ke-20

Ekonomi

 

1. Pembinaan sistem pengairan:

  • Dinasti Shang:
    • Pemimpin amat prihatin terhadap pembangunan pertanian seperti terusan dibina untuk:
      • Mengairkan kawasan pertanian
      • Mengelakkan berlaku banjir
  • Sistem ini diteruskan pada zaman Chin oleh Shih Huang Ti ke kawasan barat daya China
    • Terusan dibina di Szechwan mengairkan kawasan pertanian

2. Pembangunan sektor pertanian membawa kemajuan dalam:

  • Teknologi pembajakan
  • Penciptaan cangkul
  • Sabit

3. Petani menggunakan batas untuk tujuan penanaman

  • Perubahan berlaku apabila petani China menggantikan alat pertanian daripada kayu kepada besi

Sistem Tulisan

 

1. Sistem tulisan berkembang secara evolusi dan masih digunakan orang China sehingga hari ini dan diajar di sekolah-sekolah China

2. Berkembang penggunaannya oleh orang Korea dan Jepun

3. Digunakan dalam bidang:

  • Penulisan
  • Percetakan

Amalan Kepercayaan

 

1. Pemujaan roh nenek moyang yang masih berkekalan sehingga hari ini

2. Unsur pemujaan Dinasti Shang diteruskan mengikut kesesuaian masa:

  • Unsur korban manusia tidak diamalkan lagi dan digantikan dengan unsur makanan, duit kertas dan barang perhiasan
Konsep Yin (Kuasa pasif) dan Yang (Kuasa aktif)

1. Alam semesta dan kejadiannya terdiri daripada dua unsur yang saling melengkapi.

2. Kepercayaan yang masih terdapat dalam masyarakat China sehingga hari ini

Konsep Feng Hsui

1. Falsafah Taoisme

  • Falsafah alam semesta iaitu hubungan antara manusia dengan alam sekitar (Bagaimana manusia boleh hidup secara harmoni dengan alam sekitar)

Sistem Kalendar

 

Dinasti Shang:

 

1. Sistem kalendar diperkenalkan:

  • 30 Hari dalam Sebulan
  • 360 dalam Setahun

2. Raja menggunakan Kalendar untuk menentukan:

  • Musim Menanam
  • Musim Menuai

3. Amalan menggunakan kalendar digunakan untuk aktiviti harian:

  • Upacara perkahwinan
  • Perburuan
  • Pengkebumian

Falsafah perang Sun Tzu

Falsafah Perang Sun Tzu

falsafah perang sun tzu 1 Click to Flip
falsafah perang sun tzu 2