Politik

 

1. Sumbangan yang ketara ialah sistem pemerintahan demokrasi dan sistem pemerintahan republik

Tamadun Yunani

 

1. Mewariskan sistem pemerintahan berbentuk demokrasi

  • Rakyat terlibat dalam membuat keputusan politik
  • Rakyat terlibat secara langsung dalam pembentukan kerajaan
  • Kerajaan berbentuk demokrasi disifatkan sebagai kerajaan rakyat

2. Terdapat juga sistem demokrasi yang berbeza seperti Malaysia mengamalkan sistem demokrasi berbentuk demokrasi berparlimen

Ciri-ciri demokrasi di Malaysia

1. Tiga komponen utama:

  • Badan Pemerintah (Kuasa eksekutif)
  • Badan Perundangan
    • Dewan Negara
    • Dewan Rakyat
  • Badan Kehakiman

2. Sistem pilihan raya:

  • Rakyat mempunyai kuasa mengundi bagi memilih ahli Dewan Rakyat

Tamadun Rom

 

1. Mewariskan sistem republik kepada tamadun dunia

  • Pemerintahan dikuasai oleh 2 orang konsul:
    • Pelantikan 2 orang konsul bertujuan untuk mengimbangkan kuasa
    • Konsul dibantu oleh Dewan Senat dan Dewan Senat dibantu oleh Dewan Perhimpunan yang diwakili rakyat

2. Sistem republik ini diamalkan di India, Perancis dan Afrika Selatan

3. Sistem republik moden berbeza daripada sistem republik Rom walaupun dari segi konsepnya sistemnya hampir sama dengan sistem republik Rom yang mengandungi unsur demokrasi kerana rakyat terlibat dalam pemilihan ketua negara iaitu Presiden

Agama

 

1. Agama Hindu, Buddha, Confucianisme dan Taoisme merupakan antara warisan yang masih diamalkan hingga ke hari ini

Hasil Sastera

 

1. Hasil sastera yang masih dibaca dan dijadikan rujukan hingga hari ini seperti Iliad, Odyssey, Mahabharata dan ramayana

Tamadun China

 

1. Meninggalkan rekod sejarah dalam bentuk ensiklopedia, kisah perjalanan dan maklumat geografi yang dapat digunakan sebagai sumber sejarah

Bahasa

 

1. Bahasa Latin dan Sanskrit merupakan bahasa penting yang berkaitan dengan agama dan kesusasteraan

2. Bahasa ini masih dipakai dalam hal keagamaan contohnya bahasa Latin untuk agama Kristian dan bahasa Sanskrit untuk agama Hindu dan Buddha

Sistem Pendidikan

 

1. Wujud dalam tamadun awal diteruskan dan diubahsuai jika perlu

  • Contohnya, sistem peperiksaan

Falsafah

 

1. Ilmu falsafah yang diperkenalkan seperti legalisme, stoicisme dan falsafah oleh Aristotle, Socrates dan Plato masih dijadikan rujukan oleh ahli falsafah moden

2. Falsafah yang muncul dalam tamadun awal dijadikan asas kepada falsafah zaman moden khususnya falsafah yang terdapat pada zaman Yunani

Sains dan teknologi

 

1. Berkaitan dengan matematik, astronomi fizik, perubatan dan seni binakhususnya beberapa teori matematik seperti Teorem Pythagoras dan Teori Archimedes masih diguna pakai

2. Teknologi pembinaan seperti pembinaan aqueduct, colloseum, pantheon, Tembok Besar China, Stupa di Sanchi, Candi dan pagoda merupakan warisan yang dikagumi dan berharga sebagai sumber pelancongan dan sumber contoh seni bina

Tamadun China

 

1. Mewariskan teknologi membuat kertas dan tembikar

Sukan Olimpik

 

1. Diperkenalkan pada zaman Yunani pada tahun 776 S.M dan diadakan di Olympia

2. Pertandingan antara negara kota yang dibuat 4 tahun sekali itu bertujuan menghormati Tuhan Zeus

3. Negara kota yang bersaing ialah Athens, Sparta, Corinth, Thebes, Olympia dan Argos

4. Perbezaan antara sukan Olimpik asal dengan sukan Olimpik moden adalah dari segi tujuan dan organisasi dan bilangan peserta sementara bilangan acara yang dipertandingkan juga berlipat ganda