Kemunculan Tamadun Islam

Nota Sejarah Tingkatan 4

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Perkongsian menarik nota online sejarah, nota lengkap dan nota ringkas tingkatan 4 bab 4

Kemunculan Tamadun Islam membincangkan tentang masyarakat yang hidup sebelum kewujudan agama Islam, dikenali sebagai masyarakat yang jahil. Mereka mengamalkan akhlak yang tidak baik seperti mencuri dan menyembah berhala. Kemudian lahirlah seorang nabi yang dikenali sebagai Muhammad bagi membetulkan keadaan ini. Nabi Muhammad seorang yang amanah dan sangat disukai oleh ramai orang kerana sikapnya yang sentiasa jujur apabila berkata. Seterusnya, baginda menyampaikan ajaran Islam kepada masyarakat Arab. Namun, terdapat berbagai reaksi daripada masyarakat Arab terhadap Islam, ada yang menerima ajaran Islam dan ada yang menentangnya

Semoga usaha ini dapat memberi manfaat kepada semua pembaca.

Pengenalan Kemunculan Tamadun Islam & Masyarakat Arab Jahiliah

Pengenalan Kemunculan Tamadun Islam dan Masyarakat Arab Jahiliah

Menceritakan tentang latar belakang tamadun Islam dan sejarah masyarakat Arab Jahiliah. Kenapa mereka digelar masyarakat Arab Jahiliah dan apakah ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah akan dibincangkan dalam topik ini

Sejarah Nabi Muhammad

Sejarah Nabi Muhammad

Membincangkan tentang keperibadian Nabi Muhammad sebelum dilantik menjadi Rasul yang sangat terkenal dengan sifat amanah dan sentiasa bercakap benar. Seterusnya tentang kerasulan baginda melalui wahyu pertama yang mementingkan ilmu dan wahyu kedua tentang kewajipan baginda menyampaikan ajaran Islam

Penyebaran Islam & Reaksi Masyarakat Arab terhadap Islam

Penyebaran Islam dan Reaksi Masyarakat Arab terhadap Islam

Membincangkan tentang strategi Nabi Muhammad menyebarkan Islam yang bermula dengan secara rahsia selama 3 tahun dan seterusnya secara terbuka. Kemudian melihat reaksi masyarakat Arab terhadap ajaran agama Islam, ada yang menerima dan ada yang menentang ajaran Islam ini