Kehidupan Nabi Muhamad saw sebelum Dilantik menjadi Rasul
- Berasal daripada keturunan pemimpin Makkah yang terkenal iaitu Qusai bin Kilab, namun Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim (moyang baginda)
Qusai Bin Kilab
- Pemimpin Arab Quraisy mentadbir Makkah kira-kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad
- Penguasaan terhadap Makkah, Kaabah dan telaga zamzam dapat dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad
- Keturunan Nabi Muhammad memang bijak dan mahir dalam urusan pentadbiran Makkah dan berkaitan perniagaan
Telaga Zamzam


- Selain Qusai, Abdu Manaf, Hasyim dan Abdul Muttalib iaitu datuk Nabi Muhammad pernah menerajui kepimpinan Makkah pada Zaman Jahiliah
- Nabi Muhammad berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah Arab yang lain
- Nabi Muhammad menjadi yatim piatu sejak berumur 6 tahun
- Kaum keluarga sangat prihatin terhadap baginda dan sanggup menjaga dan memberi kasih sayang kepada baginda
- Sejak kecil baginda menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar
- Dari segi pekerjaan:
- Baginda mengembala kambing kepunyaan Abu Talib (bapa saudara)
- Berpengalaman dalam perniagaan sejak berusia 12 tahun dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam (terletak di Semenanjung Tanah Arab
- Kerasulan Nabi Muhammad telah diramalkan oleh seorang pendeta Nasrani bernama Buhaira semasa rombongan perniagaan singgah di Basrah
Kerasulan Nabi Muhammad
- Pendeta Nasrani bernama Buhaira menyatakan kepada Abu Talib, terdapat tanda-tanda kerasulan pada Nabi Muhammad
- Pendeta tersebut menasihati Abu talib supaya segera membawa pulang Nabi Muhammad ke Makkah kerana khuatir Nabi Muhammad akan dibunuh oleh orang Yahudi
- Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan perdagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkaya lagi pengalaman baginda
- Ketika berusia 20 tahun baginda giat berdagang secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya
- Abu Talib (bapa saudara) inginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap dan meminta agar baginda diterima Khadijah binti Khuwailid sebagai peniaga yang menjalankan urusan dagangan Khadijah
- Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama Maisarah (hamba Khadijah)
- Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah dan kebolehan baginda menjalankan perniagaan menarik hati Khadijah untuk terus beri modal yang lebih besar
- Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata serta kepandaian mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan baginda memperoleh keuntungan berlipat ganda
- Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan baginda menimbulkan perasaan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini membawa kepada perkahwinan ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun
Keperibadian Nabi Muhamad saw
- Memiliki 4 sifat terpuji
- Sifat siddiq baginda diakui sendiri oleh orang Arab Quraisy semasa dakwah Islamiah dilakukan di Makkah
- Baginda digelar al-Amin oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong
- Panggilan al-Amin menjadi sebati dikalangan masyarakat Arab sehinggakan panggilan Muhammad tidak digunakan
- Sifat amanah yang dimiliki menyebabkan Khadijah binti Khuwailid menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk diperniagakan
- Setelah dilantik menjadi rasul, baginda dengan penuh amanah menyampaikan ajaran Islam walaupun menghadapi pelbagai rintangan
- Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul
- Contohnya menyelesaikan persengketaan di kalangan kabilah Quraisy berpunca daripada peristiwa meletakkan semula Hajar Aswad (batu hitam) ke tempat asalnya (penjuru timur Kaabah) yang terjatuh semasa banjir melanda Kota Makkah
Hajar Aswad


Peristiwa perletakan semula Hajar Aswad
- Banjir menyebabkan hajar Aswad terjatuh daripada posisi asalnya
- Semasa hendak meletakkannya semula, timbul pertelingkahan di kalangan kabilah Arab Quraisy
- Mereka sepakat untuk melantik Nabi Muhammad sebagai hakim untuk menyelesaikan masalah tersebut
- Baginda meletakkan Hajar Aswad di atas rentangan kain serban dan meminta setiap wakil kabilah memegang setiap bahagian tepi kain serban
- Kemudian, Nabi Muhammad sendiri yang meletakkan Hajar Aswad ke tempat asalnya
- Tindakan baginda ini menyebabkan semua kabilah berpuas hati
- Merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi
- Kepimpinan, sifat pengasih, membantu isteri, melayan anak, menampalkan pakaian koyak, dan membersihkan rumah
- Anak diberikan didikan agama dan menjadi teladan kepada anak-anak
- Hal ini menunjukkan baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana
- Merendah diri walaupun berkedudukan tinggi dan dihormati
- Bergaul dengan semua lapisan masyarakat sama ada kaya atau miskin
- Bersifat penyayang dan pemaaf terhadap orang tua dan kanak-kanak
- Semasa pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 M. baginda menunjukkan sifat pemaaf dengan memaafkan dan membebaskan orang Arab Quraisy
- Bijaksana dalam menyelesaikan masalah
- Semasa memeterai Perjanjian Hudaibiyah 628 M. dengan orang Arab Quraisy dan walaupun kandungannya berat sebelah tetapi baginda menerimanya sebagai satu hikmah menyebarkan Islam
- Tidak mementingkan diri sendiri
- Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat sekelilingnya yang tidak bermoral dan taasub dengan amalan jahiliah
- Baginda sentiasa berusaha mencari cara untuk mengubah nilai yang dipegang masyarakat sekeliling
- Baginda mengasingkan dirinya daripada masyarakat dengan cara bertahannuth iaitu mengasingkan diri untuk beribadat kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di puncak Bukit Nur
- Baginda dengan sabar dan tabah mendakinya untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang
- Dengan sepenuh jiwa raga baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi kaum Quraisy Makkah
Gua Hirak
Click to Flip
- Setelah lebih kurang 6 bulan Nabi Muhammad berulang alik bertahannuth di Gua Hirak, akhirnya pada 6 Ogos 610 M. bersamaan 17 Ramadhan, Allah menurunkan wahyu pertama kepada Nabi Muhammad menerusi malaikat Jibril
- Ketika itu baginda berumur 40 tahun maka bermulalah era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab Jahiliah
- Wahyu ini menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam
Kerasulan Nabi Muhamad s.a.w
Wahyu pertama
- Surah Al-Alaq ayat 1-5 yang memerintah umat Islam membaca
- Menjadi titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam kerana melalui pembacaan seseorang akan mendapat dan menambah ilmu
- Islam mementingkan ilmu:
- Dengan membaca dan membuat kajian, seseorang akan berilmu dan dapat mencapai kejayaan dalam apa jua bidang
- Dalam Islam, Ilmu yang dituntut adalah ilmu yang dapat membina masyarakat.
- Kewujudan dan peningkatan tamadun adalah kerana penguasaan ilmu.
Wahyu kedua
- Surah Al-Muddasir ayat 1 –7 yang mengisytiharkan Nabi Muhammad sebagai Rasulullah (pesuruh Allah) dan mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia
- Pelantikan Nabi Muhammad sebagai rasul juga dianggap rahmat kepada seluruh alam
- Sebagai rasul, ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab dengan bijaksana dan terancang
- Selepas dilantik menjadi rasul, baginda terus-menerus menerima wahyu dan menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy Makkah
- Baginda mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat Arab dengan perkara utama ditekankan:
- Membetulkan akidah dan menanamkan keimanan kepada Allah
- Menggesa meninggalkan amalan yang keji seperti penindasan, pembunuhan dan mencuri