- Dikenali juga sebagai Sahifah Madinah
- Perlembagaan atau undang-undang bertulis yang dirangka Nabi pada 622 M. berpandukan wahyu Allah
- Merupakan perlembagaan bertulis yang pertama digubal di dunia yang menjadi asas kepada sebuah negara berdaulat
- Terdapat perlembagaan lain, Amerika Syarikat digubal tahun 1787 dan perlembagaan Perancis tahun 1795, tetapi kesemua perlembagaan ini agak lewat berbanding Piagam Madinah dirangka tahun 622 M.
- Asas pemerintahan Kerajaan Islam yang terdiri daripada masyarakat Islam dan Bukan Islam
- Mencatatkan tentang peraturan, tanggungjawab ketua negara dan rakyatnya
- Dirangka berasaskan persetujuan orang Islam (Muhajirin dan Ansar) dan bukan Islam (Yahudi dan suku Arab lain)
- Mengambil kira kepentingan semua pihak
Contoh ringkasan sebahagian teks Piagam Madinah
- Fasal 1
- Manusia yang bebas daripada menjadi hamba
- Fasal 2
- Orang bukan Islam Muhajirin mempunyai hak mereka saling tanggung menanggung membayar dan menerima wang tebusan darah (diyat) antara mereka dengan cara yang baik dan adil antara orang beriman
- Fasal 16
- Orang bukan Islam (Yahudi) yang setia kepada negara berhak mendapat bantuan dan perlindungan
- Fasal 17
- Perjanjian yang hanya melibatkan sebahagian orang yang beriman tidak diperkenankan kecuali atas dasar persamaan dan adil antara mereka
Kandungan Piagam Madinah
Mengandungi 47 fasal:
- 23 fasal
- Membincangkan hubungan dikalangan orang Islam orang Islam dan tanggungjawab mereka.
- 24 fasal
- Tanggungjawab orang bukan Islam terhadap Madinah.
Boleh dirumus kepada 7 aspek penting merangkumi
1. Pentadbiran
- Nabi Muhamad pemimipin di Madinah
- Mempunyai penduduk berbilang kaum dan semua bersetuju menerima baginda sebagai ketua negara
- Baginda sebagai ketua hakim menyelesaikan masalah antara Islam dan Bukan Islam
- Berasaskan semangat musyawarah dan berlandaskan keadilan kerana sebelumnya tidak ada hakim yang diiktiraf dapat menyelesaikan masalah
2. Agama
- Bebas mengamalkan sebarang agama
- Mestilah menghormati agama yang dianuti oleh individu lain
- Nabi Muhammad tidak pernah memaksa orang bukan Islam untuk memeluk Islam
- Bebas mengamalkan adat masing-masing selagi tidak bertentangan dengan Islam.
Agama Masyarakat Madinah
- Sebelum kedatangan Islam, mereka menyembah berhala dan menganut agama Nasrani
- Orang Madinah telah mendengar tanda kenabian Muhammad daripada orang Yahudi
3. Sosial
- Masyarakat sebagai satu ummah dan mempunyai tanggungjawab yang sama terhadap negara
- Hidup saling tolong-menolong dan bekerjasama tanpa mengira bangsa
- Tidak boleh bermusuhan
- Perasaan membenci dan mementingkan diri dielakkan
4. Perundangan
- Undang-undang Islam diguna pakai tetapi peraturan kekeluargaan dalam kabilah boleh diamalkan selagi tidak bertentangan dengan Islam
- Dengan ini, cara hidup yang diamalkan menjadi lebih tersusun dan diterima ramai
- Hukuman dapat dilakukan dengan adil dan diterima dengan senang hati
Keadilan Undang-undang Islam
- Hukuman kepada pesalah bukan untuk menzalimi tetapi untuk menginsafkan pesalah dan orang lain
- Menetapkan syarat jatuh hukuman seperti saksi yang dapat mengesahkan jenayah.
5. Ekonomi
- Kerjasama dituntut bagi memajukan ekonomi negara
- Tiada diskriminasi untuk memperoleh peluang ekonomi
- Unsur tipu dan riba dihapuskan
6. Pertahanan
- Semua anggota masyarakat dikehendaki pertahankan negara
7. Kedudukan kaum Yahudi
- Keselamatan orang bukan Islam (khususnya Yahudi) terjamin selagi mematuhi perlembagaan Madinah
- Mereka tidak dibenarkan bertindak sewenangnya untuk menimbulkan huru-hara
Kepentingan Piagam Madinah
Piagam Madinah menunjukkan betapa luas pandangan Nabi Muhammad yang mengambil kira kepentingan pelbagai bangsa dan pelbagai agama. Seterusnya perpaduan dan persefahaman dapat diwujudkan
1. Model kerajaan Islam yang unggul
- Boleh dijadikan panduan bagi menjalankan pemerintahan yang berasaskan Islam
- Dilengkapi perlembagaan yang diterima pakai oleh semua golongan masyarakat
- Unsur Islam boleh digunakan dalam negara yang berbilang agama dan kaum
2. Kepintaran Nabi Muhammad menggubal piagam yang sangat dikagumi
- Baginda berjaya mengatur sebuah pemerintahan yang lengkap
- Perlembagaan yang mengandungi unsur dunia dan akhirat.
3. Ekonomi Islam mementingkan keadilan dan ketelusan dalam perniagaan.
- Amalan riba, penipuan, rasuah dan penindasan tidak dibenarkan
- Sifat bertimbang rasa dan amalan bersedekah digalakkan
- Pada awal penghijrahan, orang Muhajirin menghadapi masalah ekonomi dan dapat diatasi oleh Nabi Muhammad serta bantuan secara sukarela dan ikhlas oleh orang Ansar
4. Membentuk masyarakat baru berasaskan ummah
- Masyarakat hidup bersatu padu dan aman
- Nilai hidup berasaskan semangat ukhuwah Islamiah (Semangat persaudaraan sesama Islam):
- Taraf dan kedudukan rakyat adalah sama seterusnya konsep keadilan sosial dapat dipraktikkan
- Islam menekankan persamaan hak dan persaudaraan Islam
- Sifat positif seperti bantu-membantu dan semangat perpaduan ditunjukkan oleh agama Islam
5. Mempamerkan undang-undang yang lengkap dan sempurna untuk negara yang mempunyai pelbagai keturunan, budaya dan agama
- Berasaskan undang-undang syariah Islam yang adil
6. Sistem pemerintahan yang meletakkan Allah sebagai kuasa yang tertinggi
- Nabi Muhammad menyusun perlembagaan negara terlebih dahulu sebelum mengasaskan sebuah kerajaan
- Menunjukkan masyarakat Madinah diikat dengan perjanjian yang lengkap sebelum bernaung di bawah sebuah pemerintahan
7. Berjaya menyusun kehidupan masyarakat yang sistematik
- Setiap kaum terikat dengan undang-undang yang telah digariskan
- Mewujudkan semangat kerjasama dan bertanggungjawab mempertahankan keselamatan negara Madinah daripada serangan luar
Penyebaran Islam
Pembentukan kerajaan Islam di Madinah pada tahun 622 M. menimbulkan perasaan iri hati di kalangan orang Arab Quraisy dan mula mencari sokongan daripada orang Yahudi dan penduduk Arab di sekitar Tanah Arab untuk hapuskan kerajaan Islam
Nabi Muhammad mula menyusun strategi menyebarkan Islam:
1. Menghantar utusan ke Rom, Rom Timur, Parsi, Mesir, Habsyah dan wilayah di sekitar Semenanjung Arab.
- Tidak dengan paksaan tetapi dengan diplomasi dan menunjukkan nilai-nilai yang baik.
- Menyeru menerusi warkah dan wujudkan persefahaman dengan mereka
- Contoh ringkasan Warkah Nabi Muhammad kepada Maharaja Rom Timur
- Bermula dengan menyebut nama Allah daripada Muhammad, hamba dan pesuruh Allah kepada Hercules (Maharaja Rom Timur)
- Mengajak Maharaja Rom Timur untuk memeluk agama Islam
Reaksi terhadap Warkah Nabi Muhammad:
- Menyambut baik warkah Nabi Muhammad tetapi tidak menerima dakwah Islamiah yang disampaikan
- Membincangkan isi kandungan warkah yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dengan pembesarnya
- Tidak diterima oleh Raja Parsi dan dikoyakkan warkah tersebut
2. Allah memberi keizinan berperang setelah wahyu diturunkan
- Orang Arab Quraisy lebih suka melakukan keganasan dengan menyerang kafilah perdagangan Islam
- Namun mengikut Islam, peperangan tidak dibenarkan kecuali bertujuan mempertahankan maruah diri, agama dan negara
- Di Madinah, sejak tahun 622 M atau 1H. sehingga pembukaan semula kota Makkah pada tahun 630 M. atau 8H beberapa peperangan berlaku antara orang Quraisy Makkah dengan Orang Islam Madinah:
- Perang Badr (624M./2H)
- Perang Uhud (625M./3H)
- 1000 orang tentera Islam melawan 3000 orang tentera Arab Quraisy
- Perang khandak (627M./5H)
- Perang Tabuk (630M./8H)
Perang Khandak
- Berlaku antara orang Islam Madinah dengan orang Quraisy Makkah yang bergabung dengan Yahudi
- Pihak Islam menggunakan strategi menggali parit di sekeliling kota Madinah
- Islam memperoleh kemenangan kerana tenteranya mempunyai kesabaran dan ketahanan diri yang tinggi
- Di Makkah, setelah orang Arab Quraisy menyerang orang Islam, Allah memberi keizinan untuk berperang mengikut prinsip peperangan dalam Islam
- Prinsip peperangan dalam Islam termasuklah:
- Berperang apabila diserang oleh musuh.
- Berperang untuk mencari keamanan supaya tempat ibadat terjaga.
- Peperangan yang berlaku pada masa ini tidak dilakukan oleh Islam kerana lebih kepada menjaga maruah negara, memusnahkan harta benda dan manusia tidak berdosa
- Kerana setiap peperangan dalam Islam untuk menentang kezaliman dan mempertahankan diri
- Tetapi Islam menganjurkan perdamaian jika musuh memilih untuk berdamai
- Dakwah Islam mesti dilakukan dengan bijaksana dan nasihat yang baik
- Walaupun berlaku peperangan, Islam tidak berkembang dengan paksaan tetapi secara sukarela dan toleransi
- Contoh Perang Badar
- Seramai 313 orang tentera Islam melawan 1000 orang tentera Arab Quraisy
- Islam telah memenangi peperangan tetapi Nabi Muhammad mengampunkan tawanan Arab Quraisy
- Tawanan wanita dan kanak-kanak dibebaskan
- Tawanan lelaki diberi syarat untuk membebaskan diri mereka
- Jika berjaya mengajar 10 kanak-kanak Islam baca dan tulis sehingga pandai akan dibebaskan.
- Selepas peperangan Badar, bilangan orang Arab Quraisy yang memeluk Islam semakin bertambah
- Garis panduan yang mesti dipatuhi oleh tentera Islam dalam Peperangan:
- Tidak boleh membunuh orang yang lemah (orang tua, kanak-kanak, wanita, orang sakit, dan orang yang menyerah diri)
- Tidak dibenarkan membunuh binatang ternakan, dan tanaman.
- Dilarang merobohkan tempat ibadat
3. Perjuangan Nabi adalah supaya umat Islam mengamalkan akhlak mulia, bertolak ansur dan menunjukkan teladan yang baik