• Pada tahun 628M. orang Islam bercadang menziarahi Makkah yang merupakan kota penting bagi orang Islam kerana:
    1. Terletaknya kaabah yang menjadi pusat ibadah orang Islam
    2. Merupakan tempat asal orang Muhajirin
    3. Tempat turunnya wahyu pertama
    4. Orang Islam ingin mengerjakan umrah
  • Hasrat orang Islam dipersetujui oleh Nabi Muhammad yang juga ingin menunaikan umrah
  • Kemudian kedatangan orang Islam Madinah disekat orang Arab Quraisy Makkah di Hudaibiyah kerana Orang Arab Quraisy Makkah:
    1. Merasakan maruah mereka tercabar
    2. Bimbang dengan kekuatan Islam
  • Di Hudaibiyah, orang Islam cuba menerangkan tujuan kedatangan dengan menghantar Uthman bin Affan sebagai utusan.
    • Peringkat awal, pihak Quraisy Makkah tidak mempedulikan
    • Orang Islam mendapat khabar angin tentang kematian Uthman bin Affan telah bersumpah setia dikenali “Baiah al-Ridwan”
    • Tetapi apabila pihak Quraisy mendapat tahu orang Islam bersumpah untuk membela kematian Uthman bin Affan
    • Orang Quraisy Makkah menghantar Suhail bin Amru untuk berunding
Faktor Uthman bin Affan dipilih untuk ke Makkah setelah orang Islam disekat di Hudaibiyah
  • Mempunyai ramai saudara mara di Makkah
  • Merupakan sahabat yang matang dan tua berbanding sahabat lain
  • Sifatnya yang lemah lembut dan bertolak ansur
  • Setelah kata sepakat dicapai, maka wujud Perjanjian Hudaibiyah pada tahun 628M. bersamaan 6H.
Kandungan Perjanjian Hudaibiyah
  1. Bersetuju mengadakan gencatan senjata selama 10 tahun
  2. Kabilah Arab lain bebas memilih sama ada memihak kepada orang Islam Madinah atau Arab Quraish Makkah.
  3. Orang Islam Madinah yang memihak ke Makkah tanpa kebenaran penjaganya  tidak dipulangkan.
  4. Orang Quraisy Makkah yang memihak ke Madinah tanpa kebenaran penjaganya perlu dipulangkan.
  5. Orang Islam boleh menunaikan umrah pada tahun berikutnya, 7H.
  • Perjanjian Hudaibiyah telah dimeterai dan pada awalnya tidak dipersetujui sepenuhnya oleh para sahabat Nabi Muhammad kerana menganggap perjanjian itu menguntungkan pihak Arab Quraisy
  • Akhirnya, mereka bersetuju untuk mencapai kata sepakat kerana Islam menganjurkan keamanan dan apabila keamanan wujud, maka misi perjuangan Islam dapat dilaksanakan

Kepentingan Perjanjian Hudaibiyah

  1. Orang Islam dapat menunaikan haji pada tahun berikutnya iaitu tahun 629M
    1. Memberi kebebasan kepada orang islam untuk memasuki Makkah dan beribadat pada bila-bila masa
  2. Tempoh perjanjian ini membolehkan Nabi Muhammad merangka program dakwah ke seluruh Tanah Arab secara aman
  3. Suku Arab boleh menganut sebarang agama tanpa halangan.
    1. Islam berkembang secara meluas dan selepas 2 tahun perjanjian ini, bilangan orang yang memeluk Islam telah berganda
  4. Islam tersebat dengan aman
    1. Walaupun perjanjian ketiga dan keempat kelihatan menguntungkan orang Arab Quraisy tetapi Nabi Muhammad yakin Islam memperoleh kemenangan dalam jangka masa panjang
    2. Terbukti apabila pengislaman tokoh panglima Arab Quraisy yang berpengaruh (kerana selaku pemimpin, mereka tentu mengkaji secara rasional tentang kebenaran Islam):
      1. Khalid bin Al-Walid
      2. Amru bin Al-As
      3. Uthman bin Talhah
  5. Melambangkan ketokohan Nabi Muhammad sebagai pemimpin unggul
    1. Nabi Muhammad tidak terburu-buru menolak perjanjian tersebut walaupun pada mulanya tidak dipersetujui oleh para sahabat
    2. Menunjukkan orang Arab Quraisy telah mengiktiraf kerajaan Islam di Madinah kerana sebelumnya mereka sentiasa mencari jalan untuk menentang Islam

Namun begitu, Perjanjian Hudaibiyah yang dipersetujui ini bertahan selama 2 tahun sahaja

  • Orang Arab Quraisy melanggar isi perjanjian yang pertama
Pencabulan terhadap Perjanjian Hudaibiyah
  • Orang Arab Quraisy memberi sokongan kepada Bani Bakar yang berperang dengan Bani Khuza’ah
  • Kerana mengikut perjanjian Hudaibiyah, gencatan senjata haruslah dikekalkan selama 10 tahun
  • Nabi Muhammad bertindak tegas dalam hal ini dengan menghantar pasukan tentera ke Makkah
  • Seterusnya peristiwa ini membawa kepada pembukaan semula kota Makkah