Penyebaran Islam di Makkah

Dilakukan secara berperingkat yang pada mulanya secara rahsia dan kemudian secara terbuka

  • Secara rahsia (selama 3 tahun)
    • Dakwah ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat rapat dan kaum kerabat
    • Mereka yang awal memeluk Islam ialah:
      1. Khadijah binti Khuwailid (isteri baginda)
      2. Ali bin Abu Talib berumur 10 tahun (sepupu baginda)
      3. Zaid bin Harithah (anak angkat baginda)
      4. Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib baginda)
    • Melalui Abu Bakar al-Siddiq beberapa tokoh Quraisy memeluk Islam:
      1. Uthman Bin Affan
      2. Zubair bin Awam
      3. Al-Arqam bin Abu Arqam
    • Al- Arqam menjadikan rumahnya sebagai pusat dakwah Islam yang pertama di Makkah
      • Menerusi pusat dakwah ini, baginda menyebarkan Islam secara lebih meluas
      • Bilangan penganut Islam peringkat ini kecil tetapi merupakan kejayaan besar bagi baginda
    • Mereka yang memeluk Islam pada peringkat ini bukan sahaja daripada golongan bawahan malah daripada golongan bangsawan seperti Khadijah binti Khuwailid dan Abu Bakar al-Siddiq
Al-Arqam bin Abu Arqam
  • Dilahirkan di Makkah pada tahun 594 M.
  • Rumahnya menjadi pilihan Nabi Muhammad menjalankan dakwah Islamiah
  • Kebanyakan sahabat mendapat bimbingan di rumahnya menjadi pemimpin kerajaan Islam
  • Rumahnya berkekalan menjadi rumah yang diwakafkan dan didiami anaknya sehingga peringkat awal zaman Bani Umaiyah
  • Secara terbuka (10 tahun)
    1. Dilakukan setelah menerima perintah Allah supaya dakwah Islam kepada masyarakat Makkah dilakukan secara terang
    2. Kepada keluarga Abdul Muttalib (kaum kerabat baginda), setelah turunnya ayat al-Quran meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum kerabat
      • Kemudian musyawarah dan majlis ceramah diadakan di rumah Ali bin Abu Talib untuk menerangkan tentang Islam.
      • Pada peringkat ini, ada antara keluarga baginda yang menerima dan ada juga yang menolak
      • Penentang kuat ialah Abu Lahab (bapa saudara Nabi)
    3. Secara terangan kepada orang ramai di Bukit Safa, Makkah setelah turunnya perintah menerusi ayat al-Quran surah al-Hijr ayat 94
      • Majlis ini dihadiri oleh kesemua ketua pentadbir kota Makkah:
        1. Bani Abdul Muttalib
        2. Bani Zuhrah
        3. Bani Tamim
        4. Bani Makhzum
        5. Bani Asad
      • Berlaku perdebatan hebat antara Nabi Muhammad dengan Abu Lahab yang menghina Nabi Muhammad sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan terganggu
Abu Lahab

Gelaran: Abu Jahal
Nama Sebenar: Abdul Uzza bin Abdul Muttalib
Isteri: Arwa binti Harb (Memberi sokongan padu kepada Abu Lahab menentang ajaran Islam)

 

  • Bapa saudara Nabi Muhammad yang sangat memusuhi baginda dan menentang ajaran Islam dengan hebat
  • Allah menggambarkan balasan yang diterima oleh Abu Lahab dalam surah al-Masad

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam

  • Peringkat awal tidak ambil tahu kerana penyebaran Islam hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad dan tidak mahu mencampuri urusan keluarga baginda.
  • Setelah dakwah dilaksanakan secara terang dan mendapat tempat di hati sebilangan orang ramai, barulah orang Arab Quraisy menentangnya

Penerimaan Terhadap Islam

  • Walaupun wujud penentangan, dakwah Islam menimbulkan reaksi positif dikalangan masyarakat Arab Quraisy
  • Peringkat awal penganut Islam dari kalangan ahli keluarga, para sahabat yang terdekat dan golongan hamba kerana Islam baru dikenali dan bilangan penganutnya yang masih sedikit bagi mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan
  • Sebab penerimaan Islam oleh penganutnya:
    1. Golongan bawahan memeluk Islam kerana tertarik dengan layanan yang sama antara semua manusia
      • Walaupun ada dikalangan mereka yang diseksa dengan kejam tetapi tetap menerima Islam dengan penuh yakin
      • Antara mereka yang diseksa dengan kejam:
        1. Bilal bin Rabah – Dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya (Umaiyah bin Khalaf)
        2. Keluarga Yassir – Dijemur di padang pasir sehingga Yassir dan isterinya Sumaiyah mati syahid
        3. Amir bin Fuhairah – Diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi gila
        4. Zunainah – Diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta
    2. Kemurnian ajaran Islam
    3. Kebijaksanaan dakwah Nabi Muhammad secara lemah lembut dan berhikmah
      • Seruan tanpa paksaan tetapi memujuk dengan menggunakan akal
Bilal bin Rabah
  • Hamba kepunyaan Umaiyah yang berasal dari Habsyah
  • Diseksa dengan kejam oleh tuannya seperti dijemur, diselar dengan besi panas dan ditindih dadanya dengan batu
    • Walaupun diseksa dengan kejam, Bilal tetap beriman kepada Allah
    • Abu Bakar al-Siddiq kemudian membeli Bilal daripada tuannya (Umaiyah) semasa beliau diseksa
  • Seorang muazzin (orang yang melaungkan azan) pertama pada zaman awal perkembangan Islam
  • Jasa dan perjuangan Nabi menyebarkan Islam harus disanjung tinggi kerana pengorbanan baginda, Islam tersebar luas
  • Pendekatan yang digunakan baginda:
    1. Membandingkan nilai akhlak jahiliah dan nilai akhlak Islam.
    2. Pembacaan ayat suci Al-Quran untuk menjawab soalan yang dikemukakan
    3. Memberi penerangan dan menunjukkan teladan yang baik
  • Penyebaran dibuat dengan menanam kekuatan iman
    1. Harta bukan matlamat , tetapi kesabaran dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam
    2. Menerusi cara yang digunakan Nabi Muhammad, orang ramai tertarik kepada Islam walaupun sebelumnya mereka taasub dengan amalan tradisi
  • Mengenali keperibadian Nabi Muhammad yang berakhlak mulia
  • Kekuatan mental, fizikal, dan rohani juga merupakan kunci kejayaan perkembangan Islam
  • Sifat positif Nabi Muhammad menjadi teladan untuk kita mencapai kejayaan dan sentiasa berusaha menghadapi cabaran

Penentangan Terhadap Islam

  • Penentangan dilakukan dengan pelbagai cara:
    1. Dicemuh
    2. Diganggu dalam membuat ibadat
      • Diletakkan benda kotor pada tengkuk baginda semasa baginda bersembahyang
    3. Cubaan membunuh Nabi.
  • Faktor penentangan orang Arab Quraisy Makkah terhadap ajaran Islam walaupun kewibawaan Nabi Muhammad telah diakui:
    1. Perbezaan kepercayaan dan amalan
      • Islam berasaskan kepercayaan kepada Allah manakala Orang Arab Quraisy mempercayai tradisi turun-temurun yang menyembah berhala dan percayai animisme
    2. Ajaran Islam menyarankan prinsip persamaan taraf sesama manusia
      • Bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan.
    3. Menolak konsep persaudaraan Islam yang bertentangan dengan konsep assabiah 
    4. Amalan dan akhlak yang murni Islam
      • Islam menolak amalan keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan orang Arab Quraisy
    5. Dari segi politik, penentangan berlaku disebabkan oleh orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi
      • Mereka merasakan jika menerima Islam mereka terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi.
      • Sejak dahulu mereka bersaing untuk menjadi ketua dan penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka kerana Nabi Muhammad berasal daripada keturunan yang menguasai kepimpinan kota Makkah
    6. Dari segi ekonomi, Islam menggugat ekonomi orang Arab Quraisy
      • Menjejaskan perusahaan mengukir patung berhala yang merupakan sebahagian aktiviti ekonomi mereka kerana Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah Yang Maha Esa dan melarang menyembah berhala
  • Penentangan terhadap Nabi Muhammad dilakukan secara berterusan dengan pelbagai cara:
    • Cara kekerasan:
      • Penyair Arab Quraisy mengejek Nabi Muhammad melalui puisi mereka
      • Tohmahan dan tuduhan dikenakan kepada Nabi Muhamad
    • Namun Nabi Muhammad menghadapinya dengan tabah dan sabar
    • Setelah gagal menggunakan kekerasan, mereka menggunakan cara memujuk Nabi Muhammad meninggalkan dakwah Islamiah dengan menawarkan
      • Kedudukan
      • Wanita cantik
      • Harta
    • Nabi Muhammad tetap tegas menolak cubaan untuk merasuah baginda
    • Pemulauan terhadap Nabi dan keluarga baginda
      • Pernyataan tentang pemulauan digantungkan di kaabah
      • Semasa pemulauan berlaku, kehidupan Nabi Muhammad dan orang Islam sangat terhimpit namun Abu Talib (bapa saudara baginda) sentiasa melindungi dan membantu baginda 
      • Berjalan selama 3 tahun dan pemulauan ini tidak begitu berjaya kerana:
        1. Bantuan daripada Abu Talib.
        2. Terdapat orang Quraisy yang tidak mematuhi pemulauan dengan memberi bantuan kepada orang Islam
        3. Orang Islam yang berkeupayaan membantu golongan kurang senang
          1. Khadijah berkorban serahkan semua hartanya untuk Islam
          2. Selain Khadijah wanita Islam yang berjuang seperti Aisyah dan Ummu Salamah di Madinah.
        4. Hal ini menunjukkan wanita harus melibatkan diri dalam segala usaha kebaikan
Bentuk pemulauan kepada keluarga Nabi

(Bani Hashim dan Bani al-Muttalib)

  • Tidak menjalankan perniagaan dengan keluarga Nabi.
  • Tidak memberikan sebarang bentuk pertolongan kepada keluarga Nabi.
  • Tidak berkahwin dengan anggota keluarga Nabi.
Aisyah

Nama Sebenar: Aisyah binti Abu Bakar

  • Merupakan isteri Nabi yang paling muda
  • Wanita yang bijak, kuat ingatan dan mempunyai pengetahuan yang mendalam tentang Islam
  • Menjadi sumber rujukan utama bagi orang Islam tentang hukum-hukum Islam

Nabi Muhammad Menyelesaikan Masalah

  • Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah Abu Talib (bapa saudara Nabi) dan Khadijah (isteri Nabi) meninggal dunia
  • Baginda mengambil langkah tertentu mengurangkan tekanan dan penindasan tersebut termasuklah
    1. Membenarkan  orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk dapatkan perlindungan.
    2. Nabi dan Zaid bin Harithah merancang ke Taif untuk menyebarkan Islam ke tempat baru tetapi tidak mendapat sambutan.
  • Baginda tetap tidak berputus asa dan sentiasa mencari jalan untuk menyebarkan Islam sehingga akhirnya Islam terus dikembangkan di Madinah dan seluruh Semenanjung Tanah Arab
  • Oleh kerana orang Arab Quraisy Makkan sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam, baginda menerima perintah daripada Allah dan memenuhi jemputan suku Aus dan Khazraj untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M. bagi meneruskan usaha penyebaran Islam
  • Begitulah sifat pemimpin yang agung, tabah menempuh dugaan dan bijak menangani cabaran untuk mencapai kejayaan membentuk sebuah kerajaan Islam yang unggul iaitu Kerajaan Islam Madinah