- Dari segi geografi, Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua iaitu
- Tanah Besar Asia Tenggara
- Kepulauan Asia Tenggara.
- Tamadun awal di Tanah Besar Asia Tenggara seperti:-
- Funan
- Chenla
- Angkor
- Sukhotai
- Ayuthia
- Tamadun awal di Kepulauan Asia Tenggara pula boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
- Tanah Melayu
- Kerajaan Kedah Tua
- Gangga Negara
- Langkasuka
- Kepulauan Indonesia
- Srivijaya
- Majapahit
- Singhasari
- Mataram
- Tanah Melayu
Bukti kewujudan tamadun awal Asia Tenggara
- Sumber China mencatatkan, Kang Tai dan Chu Ying pernah dihantar sebagai utusan China ke Funan pada tahun 245-250.
- Dikisahkan raja Funan pada masa ini bernama Kaundinya atau Houen-Tien dalam sebutan China
- Bahkan sejarawan bernama G. Coedes menyatakan Funan ialah kerajaan Melayu tertua di Asia Tenggara yang muncul pada abad pertama Masihi
- G. Coedes juga berpendapat kerajaan Melayu yang kedua tertua ialah Champa yang wujud pada sekitar abad kedua (137M.) dan dikenali Lin-Yi. Hanya abad ke-7 barulah kerajaan ini dikenali sebagai Champa.
G. Coedes
- Untuk membuktikan jangka masa kemunculannya, para sejarawan tempatan menggunakan sumber bertulis dan artifak arkeologi
- Sumber bertulis daripada China pernah menyatakan bahawa kerajaan Funan wujud pada pertengahan abad ketiga Masihi yang menjadikan Funan kerajaan terawal di Asia Tenggara.
- Sumber artifak arkeologi pula menunjukkan kewujudan kerajaan Funan pada abad ketiga Masihi menerusi jumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang langgamnya dipengaruhi langgam seni arca Amaravati dari India.
Amaravati
- Merupakan lokasi seni pahatan arca yang berkembang di India
- Tempat ini terletak di tepi Sungai Kistna dan jaraknya lebih kurang 128 KM dari pantai timur India
- Berkembang sebagai pusat pahatan yang lebih tertumpu kepada arca agama Buddha dan berkembang pada sekitar tahun 150-250 M.
- Arca yang mempunyai kesamaan ciri dengan yang terdapat di Amaravati dikaitkan dengan pengaruh Amaravati
- Tahap awal Tamadun di Asia Tenggara telah:-
- Menjalinkan hubungan diplomatik dengan kerajaan China
- Menjalinkan hubungan budaya dengan India.
- Menjalinkan hubungan antara kawasan petempatan awal di Asia Tenggara yang telah wujud sejak zaman logam terutamanya dalam hubungan perdagangan.
- Buktinya jumpaan artifak seperti artifak gendang gangsa Dongson dihasilkan dari Dongson, Vietnam Utara turut ditemui Batu Buruk, Besut (Terengganu), Sungai Tembeling (Pahang), Sungai Klang (Selangor), Thailand, Indonesia, dan Myanmar.
- Menjalinkan hubungan perdagangan antara Rom dengan kawasan petempatan Asia Tenggara
- Buktinya persamaan artifak manik di Kuala Selinsing (Perak), Kota Tinggi dan Muar (Johor), serta di pantai barat dan selatan Thailand.
- Kawasan di atas merupakan antara petempatan awal yang penting di Asia Tenggara serta berperanan sebagai:
- Pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gendang gangsa di Dongson.
- Pelabuhan pembekal kerana berhampiran dengan sungai.
- Akan tetapi, petempatan awal ini belum dapat ditakrif sebagai kerajaan kerana pemerintahnya belum bergelar bergelar raja
- Bukti ini menunjukkan pembentukan tamadun awal Asia Tenggara seiring dengan perkembangan perdagangan maritim yang berkembang bersama kemahiran dalam pembuatan kapal layar dan perahu.
- Tanpa kapal layar dan perahu, perdagangan maritim mungkin sukar untuk wujud dan kerajaan maritim pula mungkin kurang berperanan.
- Bukti arkeologi seperti manik dan tembikar menunjukkan bahawa perdagangan maritim di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad kelima Sebelum Masihi
Manik
- Merupakan arifak perdagangan yang mendapat sambutan kerana peranannya sebagai hiasan, lambang dan status juga untuk tujuan keagamaan dan tujuan sosial lainnya
- Ada yang diperbuat daripada batu, tulang ikan, kaca dan bahan lain
- Terdapat dalam pelbagai saiz, bentuk dan warna
- Manakala pembentukan tamadun awal pula berlaku pada abad kedua atau ketiga masihi.
- Jadi, proses pembentukan kerajaan dalam tamadun awal di Asia Tenggara mengambil masa lebih kurang 600 hingga 700 tahun.
