Pengenalan

 Peningkatan tamadun merujuk pada kemampuan manusia menggunakan pemikiran mereka mengawal dan menggunakan sepenuhnya alam persekitaran membentuk kehidupan yang lebih maju

Latar Belakang Tamadun

 

 

Tamadun Yunani

 

1. Berkembang di Semenanjung Greece dan pulau sekitarnya yang dikelilingi Laut Aegean dan Laut Mediterranean

2. Bermula dengan pembentukan petempatan manusia dikenali sebagai negara kota atau polis

Negara Kota atau Polis

1. Institusi politik yang merdeka atau bebas

2. Terbentuk hasil gabungan beberapa buah kampung dan bandar sekitar tahun 1000 – 800 S.M

3. Banyak negara kota pada zaman Yunani dan setiap negara kota mengandungi sebuah kota dikelilingi kawasan pertanian

4. Setiap negara kota memiliki corak pemerintahan dan undang-undang tersendiri serta memiliki beberapa tuhan

5. Masyarakat setiap negara kota sentiasa bersatu, namun peperangan sering berlaku antara negara kota

 

Negara Kota atau Polis - cheestory

Tamadun Rom

 

1. Lahir dikawasan bukit Palatine yang terletak berhampiran dengan Sungai Tiber, di Lembah Latium yang didiami masyarakat Latin

2. Pada tahun 753 S.M, semasa pemerintahan Romulus, lembah ini berkembang dan menjadi penting

3. Pada abad kedua Masihi, pemerintahan Rom mewujudkan majlis perbandaran di setiap bandar yang menjalankan pentadbiran tanpa diganggu pentadbiran pusat di Rom

4. Kewujudan majlis perbandaran telah membawa kemajuan dan keselesaan hidup di bandar

5. Pembinaan bandarnya terancang dengan pelbagai kemudahan:

  • Bekalan air
  • Sistem pemanas
  • Rumah Ibadat
  • Teater
  • Sarkas
  • Tempat berdialog (forum)
  • Rumah mandi awam
  • Istana

6. Antara bandar di bawah pemerintahan Rom termasuk Pompei

Bandar Pompei

1. Bandar contoh kerana terdapat pelbagai kemudahan seperti:

  • Pejabat
  • Dewan orang ramai
  • Mahkamah
  • Perpustakaan
  • Rumah ibadat
  • Kedai
  • Pintu gerbang
  • Colosseum (Binaan bulat tanpa atap, tempat pertandingan pahlawan Rom)

2. Pada tahun 80 M., bandar Pompei mempunyai penduduk seramai 50 ribu orang, terdapat sistm aliran bawah tanah yang menyalurkan air melalui paip sejauh 165 KM yang melibatkan 14 buah saliran dan terusan.

  • Saliran ini dapat memberikan bekalan air kepada penduduk Pompei waktu aman dan peperangan, juga untuk tujuan perindustrian dan pengangkutan
Colosseum

colosseum cheestory

Tamadun India

 

1. Melalui satu era kecemerlangan antara tahun 2500 – 1800 S.M dan selepas tempoh ini, tamadun Indus mengalami keruntuhan yang dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang membawa satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.

  • Tahap ini dikenali Zaman Vedik yang diambil nama sempena kelahiran kitab Veda
  • Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat India kerana lahirnya agama Hindu

2. Setelah bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ke-7 S.M perhatian masyarakat India beralih ke Lembah Ganges. Pada zaman ini, golongan pemerintah terdiri daripada raja

3. Terdapat 2 bentuk kerajaan:

  • Janapada (Kerajaan kecil)
  • Mahajanapada (Kerajaan besar)

4. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya, kerjaan kecil disatukan

5. Pada tahun 321 S.M, telah lahir empayar pertama di India semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila India utara disatukan dan Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka

Tamadun China

 

1. Terletak di Lembah Hwang Ho dan meluas hingga ke bahagian selatan China

2. Perluasan kawasan bermula dengan kemunculan Dinasti Chin

3. Kelahiran empayar pertama menandakan satu peningkatan dalam tamadun China

4. Dinasti Chin bermula tahun 221 S.M dan berakhir pada tahun 206 S.M

 

Maharaja Shih Huang Ti

Maharaja Shih Huang Ti 1 Click to Flip
Maharaja Shih Huang Ti 2

Maharaja Shih Huang Ti

 

1. Peranan Utama:

  • Menyatukan wilayah geografi
  • Meluaskan jajahan takluk China seperti wujud hari ini

3. Pengasas Dinasti Chin

4. Berjaya memperluas jajahan takluk hingga terbentuk sebuah empayar sehingga ke Sungai Merah di Vietnam

Zaman empayar merupakan zaman berlaku banyak peperangan dan perluasan kuasa dengan jajahan takluk yang luas dapat disatukan di bawah sebuah pentadbiran pusat