Pengenalan
- Madinah merupakan kota penting pedagang Arab sebelum kemunculan Islam dan terletak:
- Utara Makkah
- Antara Makkah dan Syam (tempat strategik mendorong pedagang luar mengunjunginya)
3 golongan penduduk Madinah
- Yahudi (Bani Quraizah, Bani Nadhir, Bani Qunaiqa’)
- Nasrani
- Arab (Suku Aus dan Khazraj)
- Suasana kehidupan di Madinah kurang aman kerana
- Pergeseran dikalangan suku Arab
- Penguasaan ekonomi oleh Yahudi
- Pertemuan antara suku Aus dan Khazraj dengan Nabi Muhammad di Aqabah pada tahun 621M. Membuka lembaran baru sejarah Madinah
Madinah
Click to Flip
Penduduk Madinah
- Suku Aus tinggal di selatan dan timur Madinah
- Suku Khazraj tinggal di bahagian tengah Madinah
- Orang Yahudi yang mula berhijrah ke Madinah ialah Yahudi Qinuqa’ dan seterusnya diikuti kedatangan suku Yahudi lain
Perjanjian Aqabah
Aqabah
Tempat antara Mina dan Makkah yang ternetrainya perjanjian antara Nabi Muhammad dengan orang Madinah sebelum berhijrah
- Semasa dakwah Islam disebarkan di Makkah, Nabi Muhammad dikunjungi beberapa orang Arab Madinah yang terdiri dari suku Khazraj di Aqabah dan kemudian memeluk Islam
- Kemudian mereka pulang ke Madinah dan menyebarkan Islam dikalangan masyarakat Madinah
- Pada musim haji berikutnya tahun 621 M., sekumpulan orang Arab Madinah terdiri daripada suku Aus dan Khazraj mengunjungi Nabi sekali lagi dan pada pertemuan ini maka termetrailah perjanjian Aqabah Pertama antara Nabi Muhammad dengan orang Arab Madinah
Isi Perjanjian Aqabah Pertama
(Suku Aus dan Khazraj)
- Hendaklah beriman dengan Allah swt. Dan Rasul
- Membantu perjuangan Nabi Muhammad
- Tidak mengamalkan amalan Jahiliah (mencuri, meminum arak dan membunuh bayi perempuan)
- Selepas perjanjian Aqabah Pertama, Nabi Muhammad menghantar Mus’ab bin Umair ke Madinah untuk berdakwah tentang Islam. Maka dakwah Islamiah telah tersebar sebelum kehadiran Nabi Muhammad
- Pada tahun 622M., satu lagi perjanjian dikenali Perjanjian Aqabah Kedua termeterai antara Nabi Muhammad dengan suku Aus dan Khazraj
Isi Perjanjian Aqabah Kedua
(Suku Aus dan Khazraj)
- Memeluk Islam dan mengukuhkan taat setia kepada Nabi Muhammad
- Menjemput Nabi Muhammad dan orang Islam di Makkah untuk hijrah ke Madinah
- Mereka secara sukarela menyediakan tempat tinggal
- Berjanji menjaga keselamatan baginda dan orang Islam Makkah
- Menyatakan kesediaan mempertahankan Islam
- Jaminan keselamatan dan kesanggupan orang Madinah mempertahankan Islam menjadi pendorong utama berlakunya penghijrahan orang Islam dari Makkah ke Madinah
- Sokongan dan bantuan orang Arab Madinah kepada orang Islam Makkah merupakan faktor penting kejayaan hijrah ke Madinah
Kesan Perjanjian Aqabah
- Penghantaran utusan dakwah ke Madinah
- Islam mula tersebar di Madinah kemudian seluruh pelusuk dunia
- Perlindungan bagi orang Islam Makkah.
- Jaminan dan keselamatan orang Islam Makkah terjamin
- Berlaku Hijrah dan kewujudan tahun Hijrah.
- Permulaan wujudnya negara Islam di Madinah
- Megembalikan keaman dan persaudaraan masyarakat Madinah oleh Nabi saw melalui Islam.