Pengenalan

  • Kemunculan tamadun Islam lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasan padang pasir yang panas dan kering kontang di Hijaz
Hijaz

Terdapat 3 buah kota:

  1. Makkah
  2. Madinah
  3. Taif
  • Semasa tamadun Islam berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom berkembang pesat di utara Semenanjung Tanah Arab
Makkah
  • Terletak kira-kira 80 KM dari pelabuhan Jeddah
  • Merupakan ibu kota Hijaz yang terletak dalam pemerintahan kerajaan Arab Saudi

Masyarakat Arab Jahiliah

  • Perkataan jahiliah berasal daripada perkataan bahasa Arab jahala yang bermaksud jahil dan tidak mempunyai ilmu pengetahuan
    • Istilah ini digunakan orang Islam untuk menggambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat
  • Masyarakat Arab Jahiliah ialah masyarakat yang hidup di Semenanjung Tanah Arab dari selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak sehingga turunnya wahyu kepada Nabi Muhamad lebih kurang 310 tahun dari 300 S.M hingga 610 S.M.
Wahyu
  • Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui malaikat Jibril
Sebab Empangan Maarib runtuh
  • Berlaku banjir besar
  • Kelalaian pemimpin Sabak untuk membaikinya semula
Kerajaan Sabak
  • Wujud dalam 2 peringkat
    1. 950 – 650 S.M
    2. 650 – 115 S.M
  • Ekonominya berasaskan pertanian dan perdagangan
  • Pernah diterajui oleh Ratu Balqis
  • Digelar jahiliah kerana mereka tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran nabi dan rasul sebelumnya seperti Nabi Ibrahim, Nabi Sulaiman, Nabi Ismail
  • Zaman jahiliah dianggap zaman kegelapan kerana:
    1. Tidak menyembah Allah
    2. Kebanyakannya menyembah berhala
    3. Mempercayai Animisme
    4. Kehidupannya kucar-kacir kerana tiada nabi atau rasul dan kitab suci yang boleh dijadikan panduan
    5. Akhlaknya rendah (kejam, angkuh, dan degil)

Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri

Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripada-Nya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai

Ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah

  • Dikategorikan kepada 2 golongan yang dibezakan dengan cara hidup dan pencapaian masyarakat berbeza:
    1. Arab Badwi
      • Tinggal di gurun dan pedalaman (bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab) 
    2. Arab Hadari
      • Menetap di kawasan pesisiran pantai Semenanjung Tanah Arab
  • Ciri-ciri kehidupannya dapat dilihat dari aspek
    1. Nilai hidup yang dipegang
    2. Ekonomi
    3. Kepercayaan
    4. Agama
    5. Sosial

Nilai Hidup yang dipegang

  • Amalkan perbuatan tidak bermoral (berzina, berjudi, dan meminum arak)
    • Fahaman mereka, lelaki yang meminum arak sehingga mabuk, menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki
  • Kedudukan wanita rendah:
    • Tidak dapat mewarisi harta pusaka
    • Menanam bayi perempuan hidup-hidup (kerana percaya anak perempuan akan menjatuhkan maruah keluarga)
  • Soal perkahwinan tidak ada peraturan khusus
    • Lelaki boleh berkahwin dengan seberapa banyak wanita sekali gus atau dengan sesiapa yang disukainya.
Kedudukan wanita pada Zaman Jahiliah

“Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri dari kaumnya kerana keburukan daripada berita yang disampaikan. Apakah patut dipeliharanya dengan rasa malu atau ditanam dalam tanah. Alangkah buruknya apa yang mereka putuskan”

(Al-Quran – Surah al-Nahl: 58-59)

Ekonomi

  • Aktiviti perniagaan berasaskan riba dan penindasan kerana lebih pentingkan keuntungan dan kekayaan semata-mata
  • Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada kafilah di padang pasir antara punca pencarian
    • Merompak satu kewajipan oleh setiap individu dalam setiap kabilah
  • Ekploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin
Kafilah
  • Kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat bertujuan berniaga atau berpindah

Kepercayaan

  • Empat bentuk kepercayaan:
    1. Agama wathani (menyembah berhala)
    2. Animisme (memuja alam seperti pokok)
    3. Samawi (Kristian dan Yahudi)
    4. Kepercayaan (menilik nasib, sihir dan percaya roh orang mati menjadi burung)
Khurafat
  • Kepercayaan karut atau tahyul
  • Antara kepercayaan khurafat masyarakat Arab Jahiliah:
    • Mempercayai perjalanan yang ingin dilakukan oleh seseorang mestilah berpandukan arah burung
    • Mempercayai sihir dan ramalan ahli nujum
    • Mempercayai pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadikan seseorang itu kuat

Agama

  • Catatan Al-Quran ada sebilangan orang yang menganut agama Hanif
  • Setelah 3500 tahun, penganut agama Hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur-ansur
  • Ada juga yang mencampurkan agama ini dengan amalan jahiliah
Agama Hanif

Sebelum kemunculan Islam telah wujud agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi terdahulu

  • Disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s
  • Penganutnya digelar Hunafa
  • Pengikut ajarannya pada zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad:
    1. Waraqah bin Naufal
    2. Uthman bin Huwairith
    3. Abdullah bin Jahsh
    4. Umaiyah bin Abi Shalt

Sosial

  • Mengamalkan sistem kabilah (hidup berpuak dan berkelompok)
    • Dalam sesebuah kabilah ahlinya terdiri daripada suku tertentu dan tinggal dalam sebuah kawasan
    • Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri dan ahlinya taasub kepada kabilah masing-masing.
    • Sesuatu kabilah diketuai oleh Sheikh (lambang perpaduan kabilah)
    • Syarat Pelantikan Sheikh
      • Bakal Sheikh mesti disukai ahli kabilah
      • Dilantik atas persetujuan ramai
      • Berfikiran matang, gagah, berani, dan pandai berpidato
  • Amalan Sistem Kabilah mendatangkan kesan yang negatif
Kesan negatif Sistem Kabilah
  • Kemunculan semangat assabiah atau kesukuan yang melampau dan tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat
    • Berpunca dari sistem kabilah yang berasaskan keturunan
    • Setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing dan terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah mereka menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal dikalangan ahli kabilah
    • Mereka sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka
    • Kemunculan sifat ini berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal yang kering kontang
    • Untuk meneruskan kehidupan, sesuatu kelompok kabilah Arab Jahiliah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama
  • Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan kehidupan kucar-kacir dan tidak aman.
  • Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab yang kecil
    • Perang Al-Basus memperlihatkan sikap orang Arab yang suka berperang
Peperangan al-Basus
  • Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar
  • Berlaku disebabkan oleh tindakan seorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Taghlib
  • Peperangan ini memakan masa selama 40 tahun