• Sebelum kedatangan pengaruh kebudayaan India, masyarakat Asia Tenggara secara umumnya telah mengembangkan budaya sendiri semenjak dari Zaman Logam.
    • Antara bentuk amalannya termasuklah kepercayaan Animisme
  • Tetapi, mulai abad ke-3 M., setelah wujud perhubungan dengan kerajaan India,  masyarakat Asia Tenggara mula menerima dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan kerajaan tersebut termasuklah
    • Sistem kepercayaan dan agama
    • Sistem pemerintahan beraja
    • Kesenian dan kesusasteraan

Cara-cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha

  • Terdapat beberapa pendapat sejarawan tentang kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara.
    1. Pengaruh India telah dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera. Seterusnya, pengaruh itu dibawa dan disebarkan oleh golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara.
    2. Pengaruh Hindu dan Buddha dibawa oleh pedagang atau vaisya.
    3. Pengaruh hindu dan Buddha dibawa oleh golongan Brahmin atau Pendeta
    4. Kedatangan itu berlaku melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang kemudiannya disesuaikan dengan budaya penduduk tempatan untuk diamalkan.
  • Para sejarawan bersetuju dengan pendapat keempat.
    • Ini diperkuatkan lagi oleh kajian ahli arkeologi, berdasarkan jumpaan seni arca kasar yang mempunyai langgam bercirikan Asia Tenggara khususnya, seperti arca dengan ikatan tali kulit harimau yang hanya ditemui di Srivijaya.
    • Walaubagaimanapun, dalam proses pengambilan itu, aspek yang diambil dari India oleh seorang pemerintah dengan pemerintah lain di Asia Tenggara mungkin berbeza walaupun pengambilannya berlaku pada waktu yang sama
      • Ini dapat dilihat dalam aspek kepercayaan seperti agama yang dianuti di Kedah Tua pada abad ke-5 M. ialah Buddha tetapi di Dieng (Indonesia), agama yang dianuti ialah Hindu
      • Pada abad ke-7 M, kerajaan di Takuapa dan di Pulau Bangka menganut agama Hindu Mazhab Vishnu tetapi pada abad yang sama di Sumatera dan di Jawa, agama yang diamalkan ialah agama Buddha Mahayana
Bukti kemasukan pengaruh kebudayaan dari India
  • Kemasukan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara dapat dilihat berdasarkan peninggalan data arkeologi seperti candi di Lembah Bujang yang menunjukkan ciri Hindu dan Buddha
    • Candi di Srivijaya menunjukkan ciri Buddha
    • Candi di Angkor menunjukkan Hindu dan Buddha
  • Perkembangan agama Buddha di Srivijaya didukung dengan data catatan I-Tsing pada tahun 671 M. yang menyatakan di Srivijaya terdapat sekitar 1000 bhiksu yang mempelajari agama Buddha dan nahu Sanskrit sebelum mereka melanjutkan pelajaran ke Nalanda
    • Bahkan Atisa, guru agama Buddha dari Tibet, pernah belajar di Srivijaya selama 12 tahun
Percampuran unsur tempatan dengan unsur daripada India
  • Jika dilihat hasil daripada seni agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara jelas menunjukkan terdapat campuran antara ciri luar dengan ciri tempatan atau merupakan adunan ciri tempatan dengan pengaruh India
  • Antara contohnya termasuklah:
    • Candi Borobudur dan Candi Prambanan di Indonesia
    • Candi Angkor Wat di Kemboja
    • Candi di Lembah Bujang, Kedah
    • Candi Padang Lawas dan Muara Takas di Sumatera
  • Penerimaan masyarakat pribumi Asia Tenggara terhadap beberapa aspek kebudayaan India khususnya seperti keagamaan dan sistem beraja juga didorong oleh faktor perdagangan.
    • Perdagangan antara Asia Tenggara dengan India telah berlangsung semenjak abad kelima sebelum masihi lagi.
    • Perdagangan dua hala ini terus berkembang apabila India sendiri berusaha untuk mendapatkan logam emas dari Asia Tenggara setelah Maharaja Vespian (69 hingga 79 Masihi) dari Rom memberhentikan perdagangan logam emas dengan India untuk mengelakkan kekurangan sumber bahan tersebut di Rom.
      • Keadaan ini memberi ruang lebih terhadap perdagangan antara Asia Tenggara dengan India sehingga kesan daripada proses ini memperlihatkan pelbagai aspek kebudayaan India telah diterima serta diterapkan dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran, kesenian dan kesusasteraan di banyak negara Asia Tenggara hingga hari ini

Maharaja Vespian

Maharaja Vespian Click to Flip
Maharaja Vespian Rom

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Sistem Pemerintahan

 

  • Sebelum lahirnya kerajaan awal, pemerintahan di setiap petempatan awal di Asia Tenggara diterajui oleh seorang ketua.
    • Gelaran raja hanya mula digunakan apabila muncul kerajaan awal yang dipengaruhi oleh sistem beraja di India.
    • Dalam sistem tersebut, raja berada di puncak pemerintahan.
    • Di bawahnya terdapat kerabat diraja dan dan selepas itu, pembesar, termasuk ahli agama iaitu Brahmin.
    • Kemudian terdapat pula rakyat daripada pelbagai golongan dan yang paling bawah ialah hamba.
  • Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara
    • Perintah raja menjadi undang-undang yang wajib dilaksanakan.
      • Sesiapa yang melanggar perintah bermakna mereka menderhaka dan tidak akan diampunkan.
    • Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah
Derhaka
  • Konsep yang digunakan dalam menjelaskan hubungan antara raja dengan rakyat
    • Rakyat mesti taat dan tidak boleh menentang raja
  • Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja merupakan bayangan tuhan
    • Maka lahirlah konsep dewa-raja dalam sistem pemerintahan kerajaan awal di Asia Tenggara.
    • Raja tuhan atau dewa-raja turut dipercayai memiliki kesaktian, kemudiannya lahirlah unsur mitos dan lagenda asal usul raja untuk memperkuat kedudukan dan status raja sebagai pemerintah.
  • Bagi mengukuhkan lagi kedaulatan raja, diwujudkan pelbagai adat istiadat seperti pertabalan raja.
    • Upacara pertabalan ini dipimpin oleh golongan Brahmin tanpa mengira sama ada raja tersebut menganut Hindu atau Buddha yang bertujuan untuk membezakan kedudukan raja dengan golongan yang diperintah.
  • Setiap raja di Asia Tenggara bercita-cita menjadi raja yang terulung, iaitu menjadi raja yang berkuasa terhadap seluruh alam semesta.
    • Untuk itu, mereka telah mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau dikenali juga dengan nama Orde Kosmos.
    • Inilah sebabnya Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat.
      • Dalam kerajaan Angkor, raja dianggap sebagai raja dewa dan kedudukannya adalah di puncak sistem pemerintahan
      • Raja kemudiannya akan dibantu oleh pembesar seperti di setiap daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor sementara golongan Brahmin memainkan peranan dalam upacara keagamaan
      • Pada peringkat pentadbiran, raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim
Orde Kosmos
  • Negara dianggap sebagai suatu alam semesta
  • Sehubungan itu raja dan ibu kotanya ialah pusat alam dan pusat pemerintahan
  • Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan Dharma
  • Sistem pentadbiran di Srivijaya pula amat kompleks jika dibandingkan dengan sistem pentadbiran kerajaan lain di Asia tenggara.
    • Pengaruh India dalam sistem pemerintahan itu lahir dalam bentuk konsep raja yang mengamalkan agama Buddha Mahayana.
  • Struktur pentadbiran Srivijaya boleh dilihat seperti rajah dibawah:

Struktur pentadbiran Srivijaya spm

Mengangkat Sumpah di Srivijaya
  • Dalam upacara angkat sumpah, datu akan meminum air yang disiram pada batu bersurat itu
  • Air dikumpulkan dibahagian bawah batu bersurat tersebut supaya dapat diminum
    • Tujuannya untuk menetapkan pembesar agar memberikan taat setia yang tidak berbelah bagi kepada raja
    • Upacara ini diketuai oleh Brahmin dan disertai doa yang akan menimpakan bencana kepada sesiapa sahaja yang mengkhianati persetujuan atau sumpah tersebut
  • Dibawah raja terdapat pentadbiran pusat dan daerah
  • Dalam pentadbiran pusat terdapat 4 kumpulan anak raja
      • Yuvaraja
      • Pratiyuvaraja
      • Raja Kumara
      • Raja putra
    • Seorang daripada 3 orang anak raja yang awal itu boleh menggantikan raja kecuali raja putra kerana dia merupakan anak gundik
    • Dibawah anak raja terdapat parvanda atau kadang kala digelar senapati iaitu ketua pentadbiran pusat
    • Dibawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu
    • Hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran
  • Daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja
    • Datu dibahagikan kepada 2
      • Bergelar parvanda (berketurunan raja)
      • Bergelar bhupati (orang-orang kaya)
  • Pada zaman Srivijaya, wujud amalan berhubung taat setia.
    • Setiap orang yang dilantik menjadi datu hendaklah mengikuti upacara angkat sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci bernama Telaga Batu di Palembang.
      • Dibuktikan dengan Jumpaan sebuah batu bersurat bertarikh 683 Masihi dengan ular tedung berkepala tujuh melambangkan payung yang melindungi tulisan pada batu bersurat tersebut dan terdapat tempat air mengalir di bahagian bawahnya.

Telaga Batu

Telaga Batu Click to Flip
Telaga Batu buddha

Inskripsi Srivijaya
  • Batu bersurat utama yang ditemui di Srivijaya kesemuanya berjumlah 7 buah, antaranya
    1. Batu Bersurat Kedukan Bukit 604 Saka (682 M.)
    2. Batu Bersurat Talang Tuwo 606 Saka (684 M.)
    3. Batu Bersurat Kota Kapur 608 Saka (686 M.)
    4. Batu Bersurat Telaga Batu
    5. Batu Bersurat Karang Berahi
    6. Batu Bersurat Palas Pasemah
    7. Batu Bersurat Bawang
  • Masyarakat di daerah Asia Tenggara semenjak dari zaman awal lagi telah terlibat dalam perdagangan laut yang kemudiannya membolehkan mereka berinteraksi dengan kuasa luar seperti India
    • Interaksi antarabangsa ini membolehkan proses asimilasi budaya berlaku
Asimilasi
  • Masyarakat manusia yang mempunyai latar belakang kebudayaan yang berbeza, saling berhubungan antara satu sama lain dalam tempoh yang lama hingga menyebabkan muncul unsur percampuran antara kedua-dua budaya yang berbeza tadi

Pengaruh Hindu dan Buddha dalam Kesenian dan Kesusasteraan

Kesenian

  • Terdapat banyak warisan kesenian yang ditinggalkan oleh kerajaan awal di seluruh Asia Tenggara yang mempunyai pengaruh Hindu dan Buddha.
  • Antaranya yang berbentuk seni bina iaitu monumen.
    • Monumen ialah binaan atau bangunan yang dibuat daripada batu dengan tujuan memperingati orang ternama atau peristiwa penting
    • Monumen ini boleh berupa candi, iaitu kuil, wat atau stupa, arca dan patung.
  • Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha serta berperanan sebagai rumah ibadat
Monumen dan Akta di Malaysia
  • Monumen di Malaysia yang berumur lebih daripada 100 tahun terletak dibawah Akta Benda Purba 1976
  • Mana-mana monumen yang didaftar di bawah Akta Benda Purba tidak boleh diganggu tanpa kebenaran pegawai yang diberi kuasa oleh kerajaan yang bertanggungjawab terhadap benda purba iaitu ketua Pengarah Jabatan Muzium dan Antikuiti Malaysia
  • Pembuatan monumen keagamaan dan seni arca keagamaan India adalah berasaskan kitab Silpasastera sebagai rujukan dan peraturan untuk membuatnya
  • Fungsi utama Candi
    • Tempat menyimpan abu jenazah raja dan keluarganya
    • Tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal.
    • Lambang keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.
  • Angkor Wat melambangkan orde kosmos, begitu juga dengan Candi Borobudur
  • Di Thailand, Kemboja, dan Vietnam, rumah ibadat dikenali sebag,ai wat tetapi di Burma disebut stupa
  • Penggunaan nama candi untuk rumah ibadat agama Hindu dan Buddha telah mula diperkenalkan di Indonesia
  • Antara warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara termasuklah
    • Di Indonesia
      • Candi Dieng (abad ke-6 M.)
      • Candi Borobudur (abad ke-8 M.)
      • Candi Prambanan (abad ke-9 M.)
    • Di Kemboja
      • Angkor Wat (abad ke-12 M.)
    • Di Thailand
      • Candi di Chaiya dan Yarang (antara abad ke-7 hingga ke-13 M.)
    • Di Kedah
      • Candi di Lembah Bujang (antara abad ke-5 hingga ke-13 M.)
  • Candi Dieng dan Prambanan merujuk pada agama Hindu sementara candi di Thailand hampir semuanya untuk agama Buddha.
    • Warisan tersebut melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dalam melahirkan monumen keagamaan.
  • Patung Avalokitesvara merupakan patung agama Buddha sementara patung dewa Visnu, Siva, Brahma, Durga dan Lingga merupakan patung agama Hindu.
    • Terdapat patung jenis lain seperti Drawapala dan Nandiswara yang berperanan menjaga candi daripada dimasuki oleh roh jahat
  • Candi dan patung Hindu dan Buddha yang dijumpai di Asia Tenggara boleh dikategorikan kepada beberapa jenis dan gaya.
    • Jenis dan gaya melambangkan zaman penciptaannya.
  • Walaupun agama Hindu dan Buddha datang dari India, tetapi gaya seni bina arca dan patung tersebut menunjukkan adunan 2 tamadun iaitu India dan Asia Tenggara

Arca Buddha

arca Buddha Tapak 16A Click to Flip
arca Buddha Tapak 16A sarnath

  • Sebilangan besar patung agama Hindu dan Buddha di Asia Tenggara dapat dikategorikan kepada gaya yang didapati di Funan, Champa, Dvarati, Srivijaya, Sailendra, Angkor dan Padang Lawas di Sumatera yang menggabungkan antara elemen India dengan elemen tempatan.
  • Gaya India yang mempengaruhi gaya patung bergantung pada masa patung itu dibuat
    • Sekiranya patung itu dibuat antara abad ke-3 hingga abad ke-5 M. maka terdapatlah pengaruh Amaravati
    • Sekiranya patung dicipta antara abad ke-5 hingga abad ke-7 M. maka gaya patung tersebut mewakili pengaruh zaman Dinasti Gupta
Gaya Patung
  • Gaya patung agama yang terdapat di Asia Tenggara melambangkan salah satu pengaruh sama ada Amaravati, Gupta, Pallava, Pala atau Cola
    • Kerana Amaravati, Gupta, Pallava, Pala, dan Cola merupakan tahap utama dalam perkembangan seni agama di India
  • Pengaruh setiap tahap itu muncul dalam seni agama Asia Tenggara
  • Di Kemboja, Angkor Wat dibina untuk agama Hindu

Angkor Wat

Angkor Wat Click to Flip
candi Angkor Wat info

  • Candi Borobudur di Jawa Tengah mewakili agama Buddha Mahayana
Candi Borobudur
  • Casparis berpendapat nama Borobudur berasal daripada nama Bhumisambarabhudara daripada batu bersurat tahun 842 M.
    • Nama ini bermaksud “Gunung timbunan kebaikan di atas 10 peringkat Bodhisattva”
  • Candi ini terdiri daripada 9 tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha
  • Bahagian paling atas dianggap sebagai tertinggi dan lambang kepada pencapaian tahap nirwana iaitu tahap manusia membebaskan dirinya daripada nafsu

Candi Borobudur

    • Candi ini terbahagi kepada 3 tingkat
    • Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha
      • Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan Gautama Buddha
    • Tiga tingkat itu melambangkan 3 tahap kehidupan iaitu sila, samadhi dan panna seperti Ajaran Buddha
    • Candi ini dibina dalam masa 75 tahun
Ajaran Buddha
  • Ketiga-tiga aspek ini berkaitan dengan ajaran Buddha dan dihubungkan dengan konsep Lapan Jalan Kebenaran
    1. Panna (aspek kebijaksanaan)
      • Memahami dengan benar
      • Berfikir dengan benar
    2. Samadhi (aspek penumpuan)
      • Bertindak dengan benar
      • Bercakap dengan benar
      • Mengamalkan cara hidup yang benar
    3. Sila (aspek moral)
      • Berusaha dengan benar
      • Membuat pertimbangan dengan benar
      • Memberi tumpuan yang benar
  • Tapak arkeologi di Lembah Bujang dijumpai pada tahun 1840-an oleh James Low iaitu Superintendent di Seberang Prai (Province Wellesley)
    • Semenjak penemuan ini hingga ke hari ini lebih daripada 70 buah tapak arkeologi telah dikenal pasti
    • Walaubagaimanapun, melalui kajian arkeologi hanya 9 buah tapak yang dapat dibina semula struktur lantainya
    • Antara candi yang telah dibina semula di Lembah Bujang ini termasuklah candi yang dapat dilihat di Estet Sungai Batu, di Bukit Batu Pahat, di Pendiat, dan di Pangkalan Bujang
Lembah Bujang
  • Keluasannya sekitar 400 KM persegi
  • Kawasannya meliputi kawasan tanah tinggi seperti Gunung Jerai, Bukit Choras dan Bukit Batu Pahat
  • Lembah Bujang kaya dengan hasil pertanian dan bijih timah
  • Nama Lembah Bujang berasal daripada Bhujangga yang bermaksud ular atau cobra dan perkataan ini berasal daripada perkataan Phujangga yang bermaksud cerdik pandai
  • Lembah ini diairi oleh 2 sungai utama iaitu
    • Sungai Merbok
    • Sungai Muda
  • Oleh sebab Lembah Bujang banyak mewariskan tinggalan seperti tembikar tanah, tembikar China, barangan kaca, manik, patung agama Hindu dan Buddha serta pelbagai jenis bahan binaan dan struktur binaan, Jabatan Muzium dan Antikuiti telah membina sebuah muzium yang terletak di Bukit Batu Pahat di Merbok dan dikenali sebagai Muzium Arkeologi Lembah Bujang
    • Muzium ini dibuka pada tahun 1980
  • Candi yang terdapat di Lembah Bujang bersaiz kecil.
  • Kesemua candi yang dijumpai tinggal bahagian tapak sahaja.
  • Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu
    • Vimana (bahagian suci tempat arca keagamaan)
    • Mandapa (bahagian luar candi).
  • Candi Buddha pula memiliki pelan jenis cruciform
Candi di Lembah Bujang
  • Dinamai berdasarkan sistem penomboran dan juga nama tempat candi itu ditemui
  • Contoh 9 buah candi di Lembah Bujang yang dibina kembali struktur lantainya
    1. Estet Sungai Batu (Candi Tapak 11/3 dan tapak 5)
    2. Bukit Batu Pahat (Candi Tapak 8)
    3. Kampung Pendiat (Candi Tapak 16)
    4. Bukit Pendiat (Candi Tapak 17)
    5. Permatang Pasir (Candi Tapak 31)
    6. Pangkalan Bujang (Candi Tapak 19, 21 dan 22)
  • Bahasa Sanskrit di Asia Tenggara telah meningkatkan pencapaian dalam bidang intelek masyarakat. 
    • Batu bersurat yang banyak dijumpai di tapak sejarah awal Asia Tenggara mengandungi maklumat tentang
      • Agama
      • Pemerintahan
      • Raja
      • Undang-undang
    • Antara batu bersurat itu termasuklah yang dijumpai di Kutei, Sungai Mas (Kedah Tua) dan Palembang.
      • Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja
      • Batu bersurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan agama Buddha
  • Sementara itu, sebahagian besar daripada inskripsi di Palembang di tulis dalam bahasa melayu kuno berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat dan pembesar agar tidak menderhaka kepada raja.
    • Sebahagiannya dipahat pada batu dan pemahatan itu memerlukan kemahiran yang tinggi
    • Penulisnya perlu mempunyai asas yang kukuh dalam bahasa Sanskrit
  • Ini menunjukkan masyarakat tempatan mempunyai kemahiran yang tnggi untuk memahat tulisan pada batu
    • Kemahiran yang tinggi diperlukan agar tulisan dapat dibaca dan batu pula tidak pecah sewaktu dipahat
  • Bahasa dan tulisan Sanskrit yang terdapat pada batu bersurat yang ditemui di Lembah Bujang dan tempat lain di Asia Tenggara menunjukkan arahan dan pemberitahuan yang ditujukan oleh pemerintah kepada rakyat
  • Oleh kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa keagamaan seperti dalam kitab keagamaan dan bahasa berkaitan dengan pemerintah dan ilmu, maka, banyak perkataan tersebut masih kekal terdapat dalam bahasa Melayu dan bahasa lain di Asia Tenggara
    • Sesetengah perkataannya mengalami penyesuaian dengan bahasa Melayu yang ada pada hari ini
  • Antara perkataan Sanskrit yang berubah dalam bahasa Melayu seperti:

perkataan Sanskrit Melayu

Kesusasteraan

  • Dalam bidang kesusasteraan pula, pengaruh India terhadap Asia Tenggara dapat dikesan melalui peranan bahasa Sanskrit seperti yang terdapat dalam kitab sastera Hindu, Buddha dan Tamil.
    • Bahasa Sanskrit ini kemudiannya berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara.
  • Kesusasteraan India pula melalui epik Ramayana dan Mahabharata serta Puranas yang menyumbang kepada mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.
  • Pengaruh awal kesusasteraan dapat dilihat dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna
  • Masyarakat Asia Tenggara kemudian turut terdedah kepada cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya, penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit
    • Daripada Mahabharata lahir pula naskah yang kemudiannya diadun dengan unsur tempatan yang antara lainnya seperti
      • Hikayat Pendawa Lima
      • Hikayat Pendawa Jaya
      • Hikayat Sang Samba
    • Daripada epik Ramayana pula lahir
      • Hikayat Seri Rama