Sebab pembukaan semula kota Makkah:

  1. Tempat kelahiran Nabi Muhammad saw dan tempat lahirnya Islam.
    1. Oleh kerana dakwah Islam tidak dapat diterima sepenuhnya oleh Arab Quraisy pada masa itu, nabi Muhammad berhijrah ke Madinah pada tahun 622M.
    2. Setelah 8 tahun tinggal di Madinah dan mendirikan kerajaan Islam di situ, baginda akhirnya menguasai semula kota Makkah pada tahun 630M. bersamaan 8H.
  2. Orang Arab Quraisy melanggar Perjanjian Hudaibiyah
    1. Membunuh beberapa orang Bani Khuza’ah yang berpihak kepada Islam
  3. Merupakan strategi jangka panjang dalam penyebaran Islam.
    1. Nabi Muhammad berpendapat jika Makkah dapat dikuasai, kedudukan Islam di Madinah menjadi mantap

Cara Nabi memasuki kota Makkah:

  1. Nabi merancang memasuki kota Makkah secara bijak dan berpegang pada prinsip aman tanpa kekerasan
  2. Nabi Muhammad menyediakan 4 pasukan tentera (10 ribu orang) diketuai:
    1. Khalid bin al-Walid
    2. Abu Ubaidah al-Jarrah
    3. Saad bin Ubadah
    4. Zubair bin al-Awwam
  3. Keempat-empat pasukan masuk ke kota Makkah menerusi 4 arah yang berlainan dan taktik ini memberi kejayaan yang besar kepada tentera Islam:
    1. Utara
    2. Selatan
    3. Barat
    4. Barat daya
  4. Semangat ketakwaan dan keyakinan tentera Islam kunci kejayaan
    1. Kota Makkah berjaya dibuka tanpa rintangan besar kecuali penentangan kecil yang diterima pasukan Khalid al-Walid dari segelintir orang Quraisy
    2. Tetapi tentangan itu mudah ditewaskan

Kesan pembukaan semula Kota Makkah

  1. Pengislaman pembesar Quraisy sebelum tentera Islam menguasai Makkah kerana takut dengan kekuatan tentera Islam juga menyedari kepalsuan perjuangan mereka selama ini
    1. Al-Abbas (bapa saudara Nabi)
    2. Abu Sufian (Ketua Arab Quraisy)

Kepentingan Pembukaan Kota Makkah

1. Pengislaman pembesar Quraisy (Al-Abbas dan Abu Sufian) merupakan faktor penting memudahkan kota Makkah dikuasai

  • Dengan pengislaman mereka, orang Arab Quraisy lain turut memeluk Islam

2. Memberi jaminan keselamatan menjadi faktor utama kejayaan pembukaan Kota Makkah

  • Nabi Muhammad memberi jaminan keselamatan kepada mereka yang terkepung semasa pembukaan kota Makkah
Nabi Muhammad meminta seorang sahabat mengumumkan kata-kata berunsur pengampunan, antaranya:
  • “Wahai kaum Quraisy, sesiapa yang memasuki rumah Abu Sufian, berada di rumah sendiri dan Masjid al-Haram dia akan selamat”
Semasa berhadapan dengan orang Quraisy yang ditawan, baginda berkata:
  • “Wahai orang Quraisy, apa yang akan kamu lakukan sekarang”
  • Jawab mereka “Tentu yang yang baik, kerana anda orang yang baik, daripada anak orang yang baik, pemaaf dan pemurah”
  • Selepas mendengar jawapan, baginda menjawab “Pergilah kamu sekalian, kamu sekarang sudah bebas”
  • Mereka semua telah dimaafkan oleh Nabi Muhammad

3. Nabi Muhammad bertawaf sebanyak 7 kali mengelilingi Kaabah dan berpidato kepada umat Islam dengan membaca al-Quran yang menekan kepentingan perpaduan

4. Sifat pemaaf Nabi Muhammad terhadap orang Arab Quraisy yang dikepung begitu ketara dan menjadi kunci kejayaan penyebaran Islam

  • Nabi Muhammad tidak membalas dendam terhadap penduduk Makkah yang selama ini memusuhi Islam tetapi memaafkan

5. Kaabah terpelihara daripada unsur-unsur Jahiliah

  • Agama menyembah berhala dihapuskan selamanya dan digantikan dengan Islam

6. Masyarakat Islam mula mendalami Ilmu pengetahuan Islam

7. Kota Makkah dijadikan kota suci umat Islam

  • Kaabah yang terdapat di Makkah menjadi tumpuan semua umat Islam melakukan ibadat

8. Membuktikan negara islam yang dibentuk di Madinah begitu kukuh di bawah kepimpinan Nabi Muhammad

9. Kebanyakan sejarawan mengatakan pembukaan kota Makkah ini menjadi pembuka jalan ke arah penyebaran Islam tanpa paksaan ke seluruh Tanah Arab dan sehingga ke negara kita, Malaysia 

10. Mewujudkan sebuah pemerintahan Islam yang kuat

  • Walaupun Makkah berjaya dikuasai, nabi Muhammad menjadikan Madinah sebagai pusat pentadbiran Islam dan Makkah dijadikan salah sebuah wilayah Islam
  • Di Makkah, Nabi Muhammad melantik wakil bagi menjalankan pemerintahan Islam
  • Sebelum Nabi Muhammad wafat, khutbah terakhir baginda telah berpesan kepada umat Islam bahawa setiap individu Islam ialah saudara orang Islam serta baginda meninggalkan pusaka yang tidak akan menjadikan mereka sesat iaitu al-Quran dan Sunnah baginda
  • Tamadun Islam yang dibina di Madinah menjadi titik tolak kepada kejayaan pemerintahan Islam seterusnya
  • Nabi Muhammad wafat pada tahun 632 M. bersamaan 11H
  • Tugas penyebaran Islam disambung oleh para sahabat baginda yang terpilih