Pengenalan
Khutbah terakhir Nabi Muhamad pada musim haji tahun ke 10H memberikan mesej kepada umat Islam:
- Mesti bersatu padu
- Mencintai perdamaian
- Berpegang teguh kepada agama Islam berteraskan al-Quran dan Sunnah
Ini kerana selepas kewafatan baginda umat Islam menghadapi dugaan besar antaranya:
- Mendapatkan calon pengganti Nabi Muhammad
- Kerana semasa hayatnya baginda tidak pernah menamakan bakal penggantinya
- Munculnya individu yang mengaku sebagai nabi
- Muncul golongan yang tidak membayar zakat
- Muncul golongan murtad dikenali golongan al-Riddah
Selepas Nabi Muhammad wafat pada tahun 632M. sistem pemerintahan Islam diteruskan melalui sistem pentadbiran yang diketuai oleh khalifah
Zaman pemerintahan Khalifah dikenali sebagai zaman Khulafa al-Rasyidin.
Kewujudan sistem penggantian pemimpin menunjukkan umat Islam tetap bersatu padu dan dapat mengatasi masalah yang timbul selepas kewafatan Nabi
Konsep Khalifah
- Perkataan Arab bermaksud pengganti (kata jamaknya, khulafa)
- Dalam konteks ini, bermaksud pengganti yang melaksanakan tanggungjawab pemerintahan dan pentadbiran kerajaan selepas kewafatan Nabi Muhammad
- Konteks agama pula bermaksud tanggungjawab memelihara kemurnian agama Islam yang disampaikan Nabi Muhammad dan tanggungjawab kekalkan keharmonian serta kestabilan Islam.
Syarat dan Cara Pemilihan Khalifah
Syarat yang perlu dipenuhi sebagai calon Khalifah:
- Lelaki yang merdeka
- Beragama Islam
- Memiliki pengetahuan islam
- Mematuhi perintah Allah
- Sanggup melaksanakan hukum Islam
- Bersifat adil dan berakhlak yang mulia
- Tubuh badan yang sihat dan sempurna
- Berfikiran cerdas
- Warak (Orang yang taat dan patuh kepada hukum Allah dan menjauhi larangan-Nya)
- Pandai mentadbir kerajaan
Kaedah pemilihan Khalifah
- Musyarawarah atau syura
- Berlaku sewaktu perlantikan Saidina Abu Bakar
- Di Saqifah, golongan Ansar daripada Bani Saadah hampir melantik khalifah daripada kalangan mereka
- Atas cadangan Saidina Umar dan persetujuan ramai, akhirnya Saidina Abu Bakar dilantik sebagai Khalifah
Musyarawarah atau syura
- Permuafakatan atau perundingan untuk mengambil keputusan tentang sesuatu perkara
- Cadangan satu nama daripada Khalifah terdahulu
- Berlaku sewaktu perlantikan Saidina Umar
- Nama Saidina Umar telah diusulkan oleh Saidina Abu Bakar sebelum kewafatannya
- Pemilihan daripada beberapa orang calon
- Berlaku sewaktu perlantikan Saidina Uthman bin Affan
- 6 nama telah diusulkan dan Saidina Uthman bin Affan akhirnya terpilih
- Pencalonan sekelompok masyarakat
- Berlaku sewaktu perlantikan Saidina Ali bin Abu Talib
Kesemua kaedah ini tetap melalui proses syura atau musyawarah dikalangan umat Islam
Diperkukuh dengan upacara angkat sumoah atau lafaz taat setia (baiah) semasa calon dilantik sebagai Khalifah
Baiah
- Perakuan sumpah taat setia yang diberikan kepada seseorang yang telah dilantik sebagai pemimpin
- Terdapat juga baiah yang disertai dengan nama Allah sebagai sokongan
Kepentingan Syura dan Baiah:
- Menjamin bakal pentadbir yang tepat, berkelayakan dan berhemah tinggi.
- Pentadbiran kerajaan akan menjadi lebih lancar.
- Setiap pemerintah yang dipilih pula hendaklah berusaha menjadi pemimpin yang cemerlang dan berkemampuan
- Untuk membawa kebahagiaan umat Islam di dunia dan akhirat
Tugas Khalifah
Sebagai ketua negara, khalifah mempunyai tugas memelihara negara dari aspek agama, politik, sosial dan ekonomi:
- Aspek agama
- Memelihara kedudukan agama Islam
- Mentadbir negara mengikut hukum syariah berpandukan al-Quran dan Sunnah
- Politik
- Memastikan kelicinan pentadbiran negara
- Mempertahankan negara Islam daripada musuh
- Bertanggungjawab melantik dan melucutkan jawatan pegawai jika perlu.
- Sosial
- Menjaga kebajikan rakyat supaya dapat menikmati hidup sejahtera di dunia dan akhirat
- Menjaga dan meneruskan ajaran Allah swt.
- Mengekalkan perpaduan melalui konsep musyawarah dan syura
- Memantapkan sistem perundangan Islam.
- Ekonomi
- Menguruskan hal ehwal kewangan dan perbendaharaan negara juga baitulmal
- Mengatur pungutan kharaj, jizyah, dan zakat.
Cukai hasil tanah yang dikenakan kepada bukan muslim
Cukai yang dikenakan terhadap individu bukan Islam yang berlindung di negara Islam
Pengeluaran sebahagian harta dan tanaman oleh orang Islam
Sumbangan Khulafa Al Rasyidin
Khalifah Abu Bakar Al Siddiq
Sumbangan Khalifah Abu Bakar
1. Berjaya mengatasi masalah perpecahan masyarakat Islam yang berpunca:
- Kewujudan orang Islam yang murtad
- Gerakan golongan al-Riddah yang menyalahtafsir ayat al-Quran hingga tidak mahu membayar zakat
2. Mempertahan Madinah daripada ancaman kuasa luar:
- Kerajaan Parsi di sebelah timur
- Kerajaan Rom Timur (Byzantine) di sebelah barat
Empayar Rom
- Amat besar dan berkuasa
- Terbahagi kepada 2 bahagian
- Empayar Rom Timur menguasai wilayah di bahagian Asia Barat
- Empayar Rom Barat menguasai wilayah di Eropah Timur
3. Menghantar panglima perang dan berjaya mengalahkan musuh
- Khalid bin al-Walid menentang Parsi di Iraq
- Usamah bin Zaid ke Ghassan
Khalid bin al-Walid
- Diarahkan mengetuai tentera Islam hingga dapat menguasai Syria
- Mengalahkan tentera Byzantine pada tahun 636 M.
- Tetapi Mesir pula ditawan Empayar Byzantine pada tahun 639 M.
- Menguasai Iraq pada tahun 637 M.
4. Melicinkan pentadbiran dengan pembahagian Tanah Arab kepada 10 wilayah dan melantik seorang ketua atau amir untuk mentadbir wilayah:
- Makkah
- Taif
- Yaman
- al-Jund
- Khalwan
- Bahrin
- Jarsh
- Zabid
- Hadhramaut
- Nijran
5. Khalifa Abu Bakar telah memperkenalkan:
- Bayaran gaji untuk tentera melalui hasil rampasan perang
- Undang-undang tanah
- Hak rakyat terutama golongan Mawali
Mawali
- Orang bukan Arab yang memeluk Islam
- Memiliki keistimewaan yang sama dengan orang Arab Muslim tetapi dikehendaki bayar cukai tambahan
6. Mengumpulkan tulisan al-Quran
- Memerintahkan Zaid bin Thabit untuk mengumpul tulisan ayat al-Quran:
- Pada Batu, kulit binatang, kayu dan tulang
- Kemudian menyalinnya semula, dihimpun dan disimpan
- Salinan itu disimpan oleh:
- Khalifah Umar bin al-Khattab
- Hafsah (Isteri Nabi Muhammad)
- Khalifah Uthman bin Affan
Khalifah Umar Bin al Khattab
Jangka masa pemerintahan Khalifah Umar dianggap sebagai Zaman Keemasan kerajaan Islam di Madinah kerana banyak pembaharuan dan perubahan yang telah berjaya dilakukan
Sumbangan Khalifah Umar Bin al Khattab
Politik
1. Perkenalkan dasar pentadbiran dan pelantikan pegawai
- Menubuhkan Majlis Syura yang dianggotai wakil Muhajirin dan Ansar
- Bahagikan jajahan takluk kepada beberapa wilayah
- Melantik wali atau gabenor sebagai ketua yang bertindak sebagai ketua pentadbir awam dan panglima tentera.
- Wilayah Islam dibahagikan kepada beberapa kawasan untuk melicinkan pentadbiran seperti
- Makkah
- Madinah
- Kufah
- Palestin
- Jazirah
- Basra
2. Menubuhkan beberapa jabatan
- Seperti Jabatan Tentera, Polis, Jabatan Percukaian, dan Jabatan Perbendaharaan Negara
- Setiap jabatan diketuai katib atau setiausaha.
- Jabatan Kehakiman dipisahkan daripada jabatan lain untuk elak salah laku oleh hakim dan dibayar gaji bulanan yang tinggi (500 dirham)
Sosial
1. Pendidikan
- Mengembangkan pengajaran al-Quran
- Menyediakan tempat pembelajaran di kawasan masjid
- Menghantar guru agama ke pelbagai wilayah untuk mengembangkan pendidikan
- Contohnya Abu Sufyan dihantar untuk mengajar orang Badwi di kawasan pedalaman
2. Perkenalkan kalendar Islam
- Menjadikan tahun Hijrah sebagai titik permulaan pengiraan tahun menurut Islam
3. Menyusun sistem ketenteraan bentuk tentera tetap dan sukarela
- Tentera tetap diberikan
- Gaji
- Pakaian seragam
- Markas tentera dibina di bandar utama
- Kubu pertahanan dibina di sempadan yang menghadap negara musuh seperti di Madinah, Kufah, Fustat dan Basrah
Ekonomi
1. Bina terusan dan tali air
- Untuk menambah hasil pertanian seperti
- Empanagan Abu Musa di Basrah
- Terusan Amirul Mukminin sepanjang 111 KM di Mesir.
2. Menggalakkan rakyat meneroka tanah baru untuk pertanian serta mengusahakan tanah terbiar
3. Perkenal pelbagai cukai:
- Jizyah
- Dikenakan terhadap golongan zimmi dan tidak memberatkan
- Kharaj
- Dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
- Tanaman Barli dikenakan kharaj sebanyak 1 dirham
- Gandum dikenakan cukai 2 dirham
- Anggur dikenakan cukai 10 dirham
- Dikenakan berdasarkan jenis tanaman dan kesuburan tanah
Zimmi
- Orang bukan Islam yang memilih mengekalkan agama asal tetapi rela hidup di bawah pemerintahan Islam
- Mereka dijamin kehidupan yang aman
- Bebas daripada perkhidmatan ketenteraan dan pembayaran zakat
- Tetapi mereka dikenakan jizyah
4. Mendirikan Baitulmal
- Mengawal aliran masuk pendapatan negara melalui sistem Jizyah dan Kharaj
Khalifah Uthman Bin Affan
Sumbangan Uthman Bin Affan
1. Berjaya meluaskan wilayah Islam hingga ke Afganistan, Samarkand, Cyprus dan Tripoli
2. Memperkukuhkan pertahanan Negara
- Membina tentera laut Islam yang pertama dalam sejarah pemerintahan Khulafa al-Rasyidin
3. Menyelaraskan bacaan al-Quran dengan mengisytiharkan sebuah naskah al-Quran dikenali sebagai Mushaf Uthmani
- Berlaku kepelbagaian cara bacaan (qiraat) ayat al-Quran di pelbagai wilayah apabila agama Islam semakin tersebar luas
4. Membina jalan raya, jambatan, rumah rehat bagi pengembara.
5. Meneruskan usaha mempertingkat ekonomi dengan mengukuhkan peranan baitulmal dengan menggunakannya untuk:
- Membiayai pembangunan negara
- Memperkuat angkatan tentera laut Islam (membeli peralatan senjata dan kapal)
6. Jizyah kepada penduduk bukan Islam dikekalkan
- Antara sumber pendapatan baitulmal
Khalifah Ali bin Abu Talib
Sumbangan Ali bin Abu Talib
1. Berusaha mengekalkan kestabilan dan keharmonian negara.
- Dalam peperangan saudara (Perang Siffin)
- Tenteranya hampir mencapai kemenangan tetapi ada pihak lawan yang mengangkat al-Quran maka beliau sanggup hentikan peperangan dan memulakan proses rundingan
2. Membina markas tentera di Parsi dan Sempada Syria
- Tidak mengabaikan pertahanan negara
3. Kutipan Jizyah diteruskan.
- Dinyatakan dalam surat yang dihantar kepada al-Asytar.
- Khalifah Ali meminta beliau mengikat perjanjian dengan golongan zimmi untuk mengenakan jizayah kepada mereka
Al-Asytar
Nama Sebenar: Malik bin al-Harith al-Nakha
- Merupakan pejuang yang menyokong Saidina Ali
- Turut serta dalam Perang Jamal dan Perang Siffin
- Saidina Ali melantiknya menjadi gabenor di Mausil dan bandar lain di Iraq dan Syria
- Merupakan tokoh yang berani dan pedangnya bergelar al-Lujju (kilauan air mengalir)
- Khulafa al-Rasyidin merupakan suatu sistem pemerintahan Islam selepas kewafatan Nabi Muhammad
- Keempat-empatnya menitik beratkan kesejahteraan agama, rakyat dan negara
- Dengan adanya perpaduan yang kukuh, kerajaan Islam dapat berkembnag menjadi sebuah negara yang kuat
- Kerajaan Islam dapat bersaing dengan empayar Rom dan Parsi yang kuat pada waktu itu
- Keempat-empat Khalifah menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab dan tidak mementingkan diri serta tidak mengamalkan kehidupan mewah.
- Berjuang mengekalkan pembangunan, kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat jelata.
- Rakyat dapat menikmati kesejahteraan dan kemakmuran hidup.