1. Merupakan keperluan utama dalam pembentukan tamadun

2. Agama ialah suatu kepercayaan atau ajaran yang dianut oleh seseorang

3. Merupakan pedoman untuk membimbing manusia ke arah kehidupan yang sempurna

4. Maka lahirlah agama dan ajaran yang memenuhi keperluan manusia:

  • Agama Hindu dan kemudiannya Buddha (India)
  • Confucianisme dan Taoisme (China)
  • Kristian (Palestin)
  • Pada tahun 610 M., lahirlah agama Islam (Makkah)

Pegangan kepercayaan kepada satu satu tuhan atau dewa. Dalam Islam tuhan adalah satu iaitu Allah

Aspek kepercayaan yang terkandung dalam satu-satu agama

Pegangan agama atau ajaran yang dianuti oleh seseorang

Agama Hindu

 

1. Perkataan Hindu awalnya digunakan untuk merujuk masyarakat yang tinggal di Sungai Sindhu (Indus)

Agama Hindu

Dikenali juga sebagai Sanata Dharma yang bermakna peraturan kerohanian yang kekal abadi

2. Sering dikatakan telah muncul zaman tamadun Indus lagi

3. Struktur agama agama ini semakin jelas pada Zaman Vedik terutamanya apabila wujud kitab suci Veda yang menjadi kitab kepada agama ini

4. Agama ini percaya bahawa Tuhan mempunyai 3 fungsi utama:

  • Mencipta (Brahman)
  • Memelihara (Vishnu)
  • Membinasa (Siva)

5. Agama ini mempunyai 6 aliran:

  • Saivisme
  • Vaishnavisme
  • Saktham
  • Ganapathyam
  • Kaumaram
  • Saura

6. Sejak zaman empayar Maurya (320-181 S.M), agama ini menjadi agama penting dan memaparkan dominasi golongan Brahmin

7. Namun, agama ini menerima saingan daripada agama Buddha terutamanya zaman pemerintahan Chandragupta Maurya dan Asoka

8. Kegemilangan agama muncul pada masa empayar Gupta (320-520 M.)

9. Penganutnya percaya Hukum Karma (kelakuan manusia semasa hidup dan kelahiran semula selepas mati)

10. Kelahiran semula adalah bergantung pada Karma

11. Tujuan hidup adalah untuk mencapai Moksya (kebebasan mutlak) maka sesiapa yang mencapai tahap ini akan bersatu dengan Tuhan dan tidak akan lahir lagi ke dunia

12. Seseorang perlulah berbuat baik semasa hidupnya agar mencapai Moksya

Agama Buddha

 

1. Diasaskan oleh Siddharta Gautama dikenali oleh penganutnya sebagai Buddha

Siddharta Gautama (566-486 S.M)

1. Merupakan anak raja yang memerintah Kapilavastu di Nepal

2. Berasal daripada suku Sakya

3. Dilahirkan sekitar 566 S.M

4. Mula mencari kebenaran sewaktu berusia 39 tahun

5. Meninggal dunia sewaktu berusia 80 tahun

2. Kemunculan agama ini dirujuk sebagai satu penentangan golongan Ksyatria terhadap dominasi Brahmin dalam soal agama dan kehidupan

3. Sistem kasta dianggap menjadikan masyarakat tidak teratur dan memberikan kesedaran kepada Gautama Buddha untuk mencari kebenaran

  • Gautama Buddha menemui kebenaran sewaktu bertapak di bawah pokok bodhi di sebuah kampung bernama Uruveda
  • Kebenaran ditemui oleh gautama dianggap atau dipercayai akan melepaskan diri manusia daripada kesengsaraan

4. Antara asas ajaran Buddha termasuklah 4 kebenaran mulia yang dapat dicapai melalui 8 jalan

Empat Kebenaran mulia dalam Agama Buddha

1. Dukka (Penderitaan)

2. Samudaya (Sebab penderitaan)

3. Nirodha (Nafsu yang membawa penderitaan)

4. Marga (Cara memadamkan nafsu dan keinginan)

Lapan Jalan dalam Agama Buddha

1. Kepercayaan yang betul

2. Tujuan yang betul

3. Pertuturan yang baik

4. Perbuatan yang baik

5. Hidup yang baik

6. Usaha yang baik

7. Fikiran yang baik

8. Renungan yang baik

5. Mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Asoka yang pada zaman ini Buddha bukan sahaja menjadi agama rasmi kerajaan Maurya tetapi mengalami perkembangan yang pesat kesan daripada dasar penghantaran mubaligh ke luar negara

6. Agama ini diterima dengan baik di Tibet, Sri Lanka, negeri Asia Tenggara dan China

7. Menggunakan bahasa Pali dan kitab Tripitaka sebagai kitab suci:

  • Menggandungi Sutta Pitaka, Vinaya, Pitaka dan Abhidhamma Pitaka

Agama Kristian

 

1. Diasaskan oleh Jesus Christ yang berasal dari Jerusalem

2. Tarikh 25 Disember dianggap sebagai tarikh lahir Jesus dan diraikan setiap tahun oleh penganutnya sebagai Hari Natal

3. Old Testament dan New Testament merupakan 2 kitab suci dalam agama Kristian dan dikenali sebagai Bible

4. Dalam proses perkembangannya di Eropah, penganut agama ini terpaksa mengharungi pelbagai halangan dan rintangan termasuk tentangan daripada pemerintah Rom sendiri

5. Akhirnya agama ini telah berjaya bertapak dengan kukuh dan mempunyai pengikut yang ramai di Eropah

6. Majoriti ahli masyarakat Eropah sebelum kedatangan agama Kristian merupakan pagan

Pagan

Orang yang tidak mempercayai atau menganut sebarang agama utama dunia

7. Agama kristian mula mendapat tempat di Eropah pada Zaman Rom semasa pemerintahan Constantine tahun 280-337 S.M

8. Constantine telah mengiktiraf agama Kristian sebagai salah satu ajaran yang bebas untuk dipraktikkan oleh masyarakat Rom selain Pagan

  • Individu yang terlibat dengan perancangan dan kegiatan agama, mereka akan dikecualikan daripada dikenakan kerja berat
  • Hari Ahad dikhaskan sebagai hari melakukan sebarang aktiviti agama yang berkaitan

9. Agama Kristian terus subur pada zaman Rom hingga dikenali sebagai Empayar Kristian

10. Keruntuhan empayar Rom (Barat) pada lewat abad ke-5 M. tidak membawa maksud agama ini lenyap ditelan zaman, sebaliknya agama Kristian mengukuhkan kedudukannya dalam kerangka kehidupan sosial, ekonomi dan politik pada zaman pertengahan Eropah

Agama Islam

 

1. Diwahyukan oleh Allah s.w.t kepada Nabi Muhammad s.a.w pada 6 Ogos 610 M. bersamaan 17 Ramadhan melalui malaikat Jibril di Gua Hira

2. Dalam proses penyebaran Islam berlaku tentangan daripada orang Quraisy Makkah

3. Untuk melindungi Islam, Nabi Muhammad menerima jemputan untuk berhijrah ke Madinah pada 12 September 622 M. bersamaan 1 Rabiulawal

4. Bermula di Madinah, Islam mendapat tapak baru untuk berkembang

5. Selepas itu, Islam telah disebarkan di Tanah Arab dan keseluruh dunia

6. Dua teras dalam agama Islam:

  • Akidah: Keyakinan seluruh jiwa terhadap keesaan Allah
  • Syariah: Undang-undang yang terkandung dalam al-Quran dan al-Sunnah (hadis) yang menjadi petunjuk kepada umat Islam

7. Orang Islam wajib meyakini Rukun Iman dan Rukun Islam

8. Akidah dan syariah menjadi sumber atau pencetus kepada tamadun Islam

1. Percaya kepada Allah

2. Percaya kepada malaikat

3. Percaya kepada kitab

4. Percaya kepada Nabi dan Rasul

5. Percaya kepada Hari Kiamat

6. Percaya kepada Qadha dan Qadar

1. Mengucap 2 kalimah Syahadah – Pengakuan “Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah dan Nabi Muhammad pesuruh Allah”

2. Menunaikan solat 5 waktu sehari semalam

3. Berpuasa di bulan Ramadhan

4. Berzakat

5. Menunaikan haji bagi yang mampu

Confucianisme

 

1. Diasaskan oleh Confucius

Confucius

Confucius cheestory

1. Lahir pada tahun 551 S.M di negeri Lu (di Shantung)

2. Pernah menjadi pegawai kerajaan negeri Lu

3. Kemudian meletak jawatan dan mengembara untuk menyebarkan ideanya kepada penduduk China

2. Masyarakat China menjadikan ajaran ini sebagai kepercayaan dan tokoh Confucius disembah sebagai salah satu dewa penting masyarakat China

3. Ajaran ini menekankan prinsip moral yang tinggi:

  • Perikemanusiaan (ren)
  • Kesusilaan (li)
  • Ketaatan kepada ibu bapa (xiao)

4. Untuk mencapai ketinggian moral ini, seseorang haruslah mendapat pendidikan

5. Prinsip moral ini harus dipertegaskan kepada semua lapisan masyarakat

Taoisme

 

1. Ajaran lain dalam tamadun China

2. Muncul agak lewat berbanding dengan ajaran Confucius

3. Pengasas ajaran ini ialah Lao Tze

Lao Tze

Lao Tze cheestory 

1. Lahir di negeri Chu sekitar tahun 604 S.M

2. Pernah bekerja di negeri Chou

3. Seperti Confucius, Lao tze telah mengembara ke luar untuk menyebarkan pengaruhnya

4. Menghasilkan buku yang bertajuk Tao Te Ching (mengandungi idea falsafah Taoisme

5. Pada asalnya berbentuk falsafah tetapi kemudian menjadi ajaran berbentuk agama

6. Dasar ajaran ini lebih menumpukan konsep Tao yang bermaksud jalan

7. Setiap tindakan akan ditentukan oleh Tao dan sebab ini manusia tidak harus bertindak terhadap apa-apa yang berlaku (keadaaan ini dirujuk Tao sebagai tidak mengambil sebarang tindakan atau wei-wei)

  • Jika manusia bertindak , maka perkara ini adalah bertentangan dengan prinsip wei-wei dan akan merosakkan dunia

8. Oleh itu, Lao Tze tidak menyetujui bahawa manusia boleh mengubah sesuatu ke arah kebaikan