• Hijrah orang Islam Makkah ke Madinah berlaku pada 1 Rabiulawal bersamaan 12 September 622 M. 
  • Berlaku secara rahsia dan berperingkat. Nabi Muhamamd hijrah ke Madinah memakan masa selama 12 hari bersama Abu Bakar Al-Siddiq (sahabatnya) selepas penghijrahan orang Islam lain
    • Umar bin al-Khattab pula berhijrah secara sendirian dan terang-terangan kerana sifat keberaniannya.

Konsep Hijrah

Maksud Hijrah

  • Berpindah
  • Perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain
  • Perpindahan orang Islam dari Makkah ke Madinah bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Islam dan merupakan strategi baru penyebaran Islam

Pengertian lain

  • Perjuangan untuk menegak kebenaran dan meninggalkan keburukan atau kejahatan
  • Boleh dilambangkan dengan semangat ingin berubah dan perubahan boleh berlaku dalam pelbagai keadaan (sikap, cara berfikir dan tingkah laku)
  • Mentafsir Hijrah sebagai pelarian. 

Pendapat ini disangkal kerana terdapat perbezaan konsep Hijrah Barat dan Islam seperti:

  1. Hijrah orang Islam kerana jemputan orang Arab Madinah. (terdapat dalam Perjanjian Aqabah Kedua)
  2. Ketibaan orang Islam Makkah ke Madinah disambut dengan gembira dan rela.
  3. Orang Islam Makkah diberi jaminan keselamatan dan diberi tempat tinggal.
  4. Nabi Muhamad dilantik sebagai pemimpin Madinah dan diterima oleh semua golongan penduduk Madinah termasuk bukan Islam
  • Penghijrahan Nabi ke Madinah bermula setelah berjaya melepaskan diri daripada kepungan pemuda Quraisy di rumah baginda
  • Sebelum itu Ali bin Abi Talib telah menawarkan diri untuk tidur di tempat baginda dengan menggunakan selimut baginda
  • Setelah keluar dari rumah, baginda menemui Abu bakar al-Siddiq dan menyatakan tentang perintah Allah supaya berhijrah
  • Kemudian baginda dan Abu Bakar bersembunyi di Gua Thur sebelum meneruskan hijrah ke Madinah yang dipandu oleh Abdullah bin Arqat
Abdullah bin Arqat
  • Memeluk Islam semasa menjadi jurupandu hijrah

Gua Thur

Gua Thur Click to Flip
Gua Thur spm sejarah

Semasa bersembunyi di Gua Thur, Nabi Muhammad dibantu
  1. Abdullah bin Abu Bakar
    • Mengintip kegiatan orang Quraisy yang ingin menjejak kehilangan baginda
  2. Asma’ binti Abu Bakar
    • Menghantar makanan untuk baginda dan Abu Bakar al-Siddiq
  3. Amir bin Fuhairah
    • Menggembala kambing berhampiran Gua Thur agar susu kambingnya dapat diberikan kepada baginda

Sebab dan Tujuan Hijrah

  • Dakwah Islam disebarkan di Makkah selama 13 tahun tahun dan dalam waktu itu pelbagai rintangan dihadapi oleh Nabi Muhammad. Bagi meneruskan usaha dakwah Islamiah, baginda berhijrah ke Madinah
  • Faktor berlakunya hijrah ke Madinah:
    1. Perintah Allah S.W.T menerusi wahyu (faktor utama)
      • Menyatakan niat dan pakatan orang Quraisy untuk membunuh baginda dan Allah memerintah baginda supaya segera berhijrah
      • Berasaskan ayat al-Quran, surah al-Anfal
      • Dengan perlindungan Allah, baginda dan Abu Bakar al-Siddiq selamat sampai ke Madinah
    2. Meneruskan penyebaran Islam
      • Di Makkah Islam diancam
      • Penghijrahan ini bukan bererti orang Islam kecewa dengan penentangan tersebut tetapi merupakan strategi Nabi Muhammad mengembangkan Islam
    3. Suasana aman di tempat baru memudahkan penyebaran Islam
      • Dapat melahirkan masyarakat Islam yang bersatu padu dan sempurna
    4. Jemputan daripada penduduk Madinah yang menghadapi pelbagai konflik
      • Suku Aus dan Khazraj sering bertelagah dan ekonomi mereka dikuasai orang Yahudi
      • Memerlukan pemimpin yang berkaliber seperti Nabi Muhammad dan mendamaikan mereka yang sentiasa bermusuhan

Peristiwa Hijrah Nabi ke Madinah spm nota

Masjid Quba’

Masjid Quba Click to Flip
Masjid Quba asal

Kepentingan Hijrah

1. Dakwah Islamaiah dapat dilakukan dengan aman dan dilakukan secara terangan berbanding di Makkah yang sering diganggu

2. Memberi peluang untuk mendamaikan masyarakat Arab di madinah khususnya suku Aus dan Khazraj melalui semangat persaudaraan sesama Islam kerana sebelumnya mereka sering bertelagah walaupun disebabkan perkara kecil

3. Menjalinkan hubungan persaudaraan orang Islam makkah dan Madinah.

  • Hubungan yang terjalin melalui sikap orang Islam Madinah sehingga orang Islam Makkah tidak berasa asing atau rendah diri di situ
Sikap orang Ansar terhadap orang Muhajirin
  • Menjaga keselamatan
  • Menyediakan modal untuk berniada

4. Dapat menyatukan golongan yang sebelum ini mempunyai perbezaan ekonomi dan sosial dari Makkah dan Madinah

  • Seterusnya Nabi memberi gelaran Muhajirin kepada orang islam Makkah yang berhijrah ke Madinah
  • Gelaran Ansar kepada orang Islam Madinah yang memberi bantuan kepada Muhajirin
  • Perkataan Arab iaitu hajara bermakna berpindah
  • Perkataan Arab iaitu nasara bermakna menolong

5. Dapat menyatupadukan penduduk Madinah yang terdiri daripada pelbagai suku, budaya dan agama

  • Melahirkan kehidupan yang harmoni agar dapat menjalankan kegiatan agama, ekonomi dan kegiatan lain dengan aman dan makmur
  • Seperti Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum hendaklah menjadikan semangat hijrah ini sebagai panduan untuk mengekalkan keamanan dan kesejahteraan

6. Masjid yang pertama dibina dalam Islam ialah Masjid Quba’ dan seterusnya Nabi Muhammad membina Masjid al-Nabawi di Madinah.

  • Masjid dijadikan tempat untuk:
    • Beribadat
    • Belajar
    • Tempat bertemu dan membincangkan masalah yang dihadapi orang Islam
  • Kawasan persekitaran Masjid dibolehkan orang Islam mengadakan aktiviti harian (jual beli)

7. Wujud kiraan tahun hijrah dalam takwim Islam

  • Mula digunakan pada zaman pemerintahan Khulafa Al-Rasyidin kedua (Umar al-Khattab)
  • Setiap tahun, negara kita Malaysia mengadakan sambutan “Maal hijrah” bagi mengingati perjuangan umat Islam dahulu

8. Pertukaran nama Madinah al-Munawwarah (kota bercahaya) daripada nama Yathrib

  • Salah satu usaha Nabi Muhammad menjadikan Madinah sebagai pusat tamadun Islam

9. Menunjukkan sikap toleransi dan tolong menolong ke arah kecemerlangan.

  • Orang Madinah memberi bantuan yang besar kepada orang Islam Makkah yang berhijrah
    • Memberi tempat tinggal
    • Memberi makanan dan keperluan asas
    • Menerima orang Islam Makkah sebagai saudara

10. Menunjukkan sokongan dan pengorbanan sahabat nabi.

  • Abu Bakar al-Siddiq sanggup bergadai nyawa dan harta hanya untuk melindungi baginda semasa berhijrah
  • Ali bin Abu Talib sanggup tidur di tempat tidur baginda pada malam penghijrahan untuk mengelirukan orang Arab Quraisy
  • Abd Rahman bin Auf (saudagar kaya) menyumbangkan hartanya untuk membantu Islam yang tidak berkemampuan

11. Memperlihatkan wanita berperanan menggerakkan kemajuan negara

  • Asma’ (puteri Abu Bakar Al-Siddiq)
    • Membantu perjuangan Nabi dengan menghantar makanan dan berita gerakan orang Quraisy semasa persembunyian Nabi di Gua Thur yang melalui laluan yang berliku dan berbatu besar

12. Menunjukkan ketabahan hati dan kebesaran jiwa Nabi Muhammad yang sanggup berkorban dan meninggalkan kampung halaman demi memperjuangkan Islam.

  • Nabi juga tidak pernah berputus asa apabila menempuh kegagalan

13. Menampakkan kebijaksanaan Nabi mengatur strategi untuk berhijrah.

  • Semasa berhijrah, Nabi Muhammad tidak terus ke Madinah tetapi bersembunyi dahulu di Gua Thur dan memilih jalan lain iaitu jalan ke selatan menuju Tihamah berhampiran Laut Merah

14. Penubuhan sebuah negara Islam di Madinah

  • Nabi Muhammad menyedari orang Arab Quraisy Makkah akan mengatur strategi untuk menyerang Madinah suatu masa kelak, maka Nabi merancang menubuhkan negara Islam serta menyatukan masyarakat Madinah dengan sebuah perlembagaan untuk mentadbir Madinah yang dinamai Piagam Madinah