Usaha manusia menyesuaikan kehidupan dengan alam sekeliling menjadikan manusia lebih kreatif dan inovatif

6 Ciri-Ciri Tamadun

1. Petempatan Kekal

1. Kehidupan secara menetap membawa kepada corak hidup yang lebih sistematik.

2. Pemilihan penempatan memastikan kelangsungan bekalan makanan.

3. Hasil inovasi manusia melahirkan kemajuan dalam:

  • Kemajuan dalam pertanian dari segi penanaman, penyimpanan makanan dan penternakan binatang.
    • Ciptaan peralatan baru: Cangkul
    • Penggunaan teknologi: Sistem pengairan yang baik.
  • Perkembangan ini meningkatkan pengeluaran dan membawa kepada lebihan pengeluaran yang dapat menampung pertambahan penduduk
2. Kehidupan Berorganisasi

1. Peningkatan jumlah penduduk membawa kepada kehidupan berorganisasi dan kemudian mengatur cara hidup manusia

2. Pada peringkat awal, organisasi sosial bermula dengan sistem keluarga

3. Pertambahan penduduk dan kepelbagaian aktiviti ekonomi membawa kepada proses pembahagian masyarakat yang lebih kompleks

4. Sistem Sosial berbentuk piramid atau bersusun lapis:

  • Golongan bangsawan diketuai Raja
  • Golongan Pembesar (Golongan agama, Individu yang dihormati masyarakat seperti ilmuwan)
  • Rakyat Biasa (Petani dan Pedagang)
  • Golongan Hamba
3. Sistem Pemerintahan

1. Bagi mengendalikan masyarakat yang lebih besar

2. Pemimpin menggunakan unsur magis dan mendakwa diri sebagai wakil tuhan untuk mendapatkan pengiktirafan sebagai ketua pemerintah atau raja

3. Kelahiran sistem perundangan demi menjaga keamanan dan kemakmuran.

4. Pengkhususan Pekerjaan

1. Pembentukan organisasi sosial dan peningkatan dalam produktiviti manusia membawa kepada pengkhususan pekerjaan

2. Barangan dihasilkan oleh kumpulan tertentu mengikut kepakaran mereka dan ini mewujudkan sistem barter dan terus kepada aktiviti perdagangan yang membawa kepada pertukaran ilmu pengetahuan, teknologi, dan budaya antara sesebuah masyarakat.

5. Agama dan Kepercayaan

1. Berkait rapat dengan pengiktirafan terhadap golongan pemerintah, pembahagian sosial masyarakat, perkembangan ilmu pengetahuan, kesenian, dan pembinaan dalam proses pembentukan tamadun.

2. Bermula apabila manusia mencuba memahami dan menyesuaikan kehidupannya dengan alam sekeliling seperti alam sekitar (Matahari) yang dipercayai mempunyai semangat dan harus dihormati untuk menjaga keamanan dan kemakmuran hidup.

3. Animisme: Mempercayai kuasa ghaib menguasai alam sekeliling

4. Politeisme: Penyembahan terhadap lebih daripada satu tuhan

6. Bahasa dan sistem tulisan

1. Hasil daripada perkembangan ilmu pengetahuan.

2. Bahasa tertua: Yunani & Sanskrit

3. Sistem tulisan awal:

  • Hieroglif – Tamadun Mesir
  • Cuneiform – Tamadun Mesopotamia
  • Ideogram – Tamadun Hwang Ho

4. Penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan dan perhubungan antara masyarakat.

5. Sistem tulisan penting dalam Pentadbiran:

  • Penyimpanan rekod
  • Penulisan Undang-undang
  • Hal-hal keagamaan

6. Kepentingan:

  • Menyampaikan maklumat
  • Memperkembangkan ilmu pengetahuan
  • Mencatatkan idea dan pemikiran manusia.

1. Kemunculan bandar memainkan peranan penting dalam perkembangan tamadun

2. Peranan bandar:

  • Pusat pentadbiran
  • Pusat aktiviti ekonomi
  • Pusat penyembahan dan ritual 
  • Pusat perkembangan ilmu 
  • Pusat pertemuan masyarakat

Proses Pembentukan Tamadun

 

1. Bermula apabila wujudnya hubungan penyesuaian antara manusia dengan alam sekeliling

2. Manusia memilih kawasan yang memudahkan kehidupan seharian mereka iaitu Lembah sungai kerana:

  • Kesuburan tanah
  • Bekalan air dan makanan
  • Kemudahan pengangkutan
  • Perhubungan

3. Contohnya:

  • Tamadun Mesopotamia (Lembah Sungai Euphrates 3500 S.M)
  • Tamadun Mesir Purba (Lembah Sungai Nil 3100 S.M)
  • Tamadun Indus (Lembah Sungai Indus 2500 S.M)
  • Tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho 1800 S.M)