• Kerajaan yang muncul dalam tamadun awal di Asia Tenggara boleh dibahagikan kepada dua, iaitu kerajaan Agraria dan juga kerajaan Maritim.
  • Pembahagian ini berasaskan aspek kedudukan geografi dan sosioekonomi

Kerajaan Agraria

  • Tamadun awal Asia Tenggara terbentuk secara evolusi
  • Kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara bermula dengan kewujudan petempatan kekal di kawasan yang subur seperti di lembah sungai
    • Petempatan ini kemudiannya berkembang sehingga melahirkan bandar dan akhirnya menjadi kerajaan.
    • Di lembah sungai itu, tanaman utama yang diusahakan ialah padi kerana kawasan tersebut mendapat bekalan air yang mencukupi untuk penanaman  padi sawah.
  • Padi huma pula ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.
Bukti penanaman padi di Asia Tenggara
  • Padi telah diusahakan semenjak zaman Neolitik lagi di Asia Tenggara dibuktikan dengan jumpaan sekam dan bijian padi di beberapa tapak arkeologi seperti di
    • Ban Kao dan Spirit Cave (Thailand)
    • Lembah Tembeling (Pahang)
    • Gua Sireh (Sabah)
    • Gua Cha (Kelantan)
  • Kerajaan ini menjalankan kegiatan pertanian, penternakan, dan pemungutan hasil hutan dan sungai sebagai sumber ekonomi.
  • Kerajaan ini terbentuk dikawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai seperti
    • Kerajaan Dvaravati di Sungai Menam (Thailand) dan di Sungai Irrawaddy (Myanmar)
    • Kerajaan Sungai Merah (Vietnam)
    • Kerajaan Sungai Mekong ( Kemboja, Laos, dan Vietnam)
Petempatan awal dan peranan sungai sebelum kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara
  • Bukti wujudnya petempatan awal di sungai utama Asia Tenggara semenjak zaman Logam adalah
    • Beikhtha-no di Lembah Sungai Irrawaddy (Myanmar)
    • Chasen di Lembah Sungai Chao Phraya (Thailand)
    • Dongson di Lembah Sungai Merah (Vietnam) dan di Lembah Bernam (Perak)
  • Kerajaan ini juga terdapat di kawasan pedalaman seperti di kawasan berbukit dan di lereng tanah gunung berapi seperti
    • Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Dieng (Indonesia)
  • Kerajaan awal yang terkenal
    • Sailendra (Jawa tengah)
    • Angkor (Kemboja)
    • Sukhotai (Thailand)

Kerajaan Funan

 

  • Terdapat juga kerajaan agraria yang kemudian berkembang menjadi kerajaan maritim seperti Funan
Funan
  • Pada tahap awal ialah kerajaan Agraria tetapi kemudiannya berkembang menjadi kerajaan Maritim disebabkan oleh
    • Kedudukan Oc-eo yang terletak di muara Sungai Mekong
    • Terlindung daripada tiupan angin dari Teluk Siam
    • Mempunyai kemudahan pelabuhan serta kemudahan mendapatkan bekalan minuman dan makanan
  • Selain padi, tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dansayur-sayuran.
  • Masyarakat agraria juga
    • Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam
    • Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buah-buahan
  • Sarang burung dari gua pula diambil untuk tujuan perdagangan.
  • Masyarakat agraria turut trlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai malah ada juga yang berusaha mendapatkan kulit kura-kura.
  • Selain itu, kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam turut diusahakan.
  • Pada tahap awal, pertanian bertujuan untuk menyara diri sahaja, namun, apabila terdapat lebihan daripada hasil ternakan dan tanaman tersebut, lebihan itu akan
    • Dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan penduduk yang tidak terlibat dalam pertanian, khususnya masyarakat bandar  atau penduduk kerajaan maritim.
  • Perkembangan pertanian dalam kerajaan agraria turut dipenuhi oleh pembinaan sistem pengairan yang baik seperti
    • Perkembangan pertanian di Funan dan Angkor adalah disebabkan terdapatnya sistem pengairan yang bersumber dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.
    • Pada zaman pemerintahan Raja Indravarman I (877 M.),
      • Membina sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar.
      • Kesannya, hasil padi dari kawasan tersebut telah menampung keperluan beras kerajaan Angkor yang juga merupakan keperluan asas rakyatnya.

Baray

baray Click to Flip
baray angkor

Kerajaan Angkor

 

  • Merupakan kerajaan agraria yang kuat dan agung yang terletak di Lembah Sungai Mekong.
  • Faktor utama yang membolehkan kerajaan Angkor menjadi sebuah kerajaan agraria yang kuat ialah kedudukannya yang berhampiran dengan Tasik Tonle Sap.
Kepentingan Tasik Tonle Sap

Tasik Tonle Sap memainkan peranan penting kepada kerajaan Angkor kerana:

  • Membekalkan sumber air minuman
  • Pada musim banjir limpahan air dari Sungai Mekong akan mengalir ke Tasik Tonle Sap.
  • Pada musim hujan keluasan tasik ini menjadi 300.78 KM persegi
  • Pada musim kemarau, kawasan sekitar Tasik Tonle Sap akan menjadi subur disebabkan mendapan lumpur yang subur
    • Keadaan iklim sedemikian amat sesuai untuk pertanian khususnya penanaman padi.
  • Membekalkan sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar
  • Air dari Tasik Tonle Sap dapat dialirkan ke kawasan penanaman padi dengan menggunakan terusan dan sistem pengairan
  • Sumber air dari tasik ini dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan bekalan beras yang mencukupi untuk penduduk Angkor dan seterusnya mengembangkan peranan kerajaan Angkor
  • Oleh sebab kawasan Tasik Tonle Sap berupaya menampung keperluan makanan penduduk yang besar jumlahnya, kepentingan dan peranan Tasik Tonle Sap terhadap penduduk Angkor semakin berkembang

Kerajaan Maritim

  • Kerajaan yang menjalankan ekonomi perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.
  • Umumnya terletak di lembah sungai di kawasan pesisir pantai dan di kepulauan
  • Terletak berhampiran pesisiran pantai, lembah sungai, dan kepulauan seperti
    • Kerajaan Srivijaya di Sungai Musi
    • Kerajaan Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai Muda
    • Kerajaan Tiumah di Pulau Tioman (Pahang)
  • Kerajaan utama ialah
    • Langkasuka  (Sungai Yarang)
    • Kataha/Chieh-cha/Kedah Tua (Sungai Merbok dan Sungai Muda)
    • Chih Tu  (Sungai Kelantan)
    • Srivijaya (Sungai Musi)
    • Mo-lo-yu (Sungai Batang Hari)
    • Kalah (Sungai Takuapa)
    • Fo-lo-an (Sungai Terengganu)
    • Peng-keng (Sungai Pekan, Pahang)
    • Tiumah di Pulau Tioman.
  • Pada peringkat awal, masyarakat di dalam kerajaan ini bermula dengan aktiviti menangkap ikan dan memungut hasil laut, kemudian petempatan ini menjadi kampung nelayan.
    • Ada di antara petempatan ini merupakan kawasan pengeluar  bijih logam seperti emas dan timah. 
  • Apabila wujud lebihan hasil pengeluaran, maka lebihan ini akan didagangkan dan pada akhirnya kawasan itu menjadi pusat perdagangan.
  • Perkembangan seterusnya telah menjadikan kawasan tersebut pelabuhan pembekal
    • Pelabuhan ini mendapat bekalan hasil tempatan iaitu logam emas dan timah, hasil hutan seperti kayu gaharu, rotan, damar, hasil laut dan juga makanan
    • Pelabuhan ini telah disinggahi oleh para pedagang yang mahu mendapatkan bekalan tersebut
    • Antara pelabuhan pembekal termasuklah
      • Jenderam Hilir dan Klang (Selangor)
      • Kuala Berang (Kuala Terengganu)
      • Kuala Selingsing  (Perak)
Pelabuhan Pembekal
  • Pelabuhan terawal antara pelbagai jenis pelabuhan
  • Peranannya untuk membekalkan bahan logam tempatan seperti timah dan emas serta bekalan makanan kepada pedagang yang singgah untuk mendapatkannya
  • Daripada pelabuhan pembekal, sesetengah pelabuhan ini telah berkembang dan maju serta mendapat status pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan disitu seperti Kedah Tua, Langkasuka, dan Srivijaya
Pelabuhan Kerajaan
  • Pelabuhan yang pada asalnya merupakan pelabuhan pembekal tetapi kemudiannya menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan tersebut berkembang dan menjadi sebuah negeri
  • Pelabuhan kerajaan masih berperanan sebagai pelabuhan pembekal dan tempat berdagang
    • Pada awalnya pelabuhan ini berdagang dengan kawasan yang berhampiran dengannya seperti Champa dan Langkasuka
      • Kedua-duanya berkembang kerana pelabuhannya menjadi tarikan kepada pedagang yang berdagang dari pesisir pantai Teluk Siam, Kemboja, Vietnam, China Selatan hingga ke India dan Barat
    • Pelabuhan kerajaan seperti Kedah Tua dan Srivijaya yang terletak di Selat Melaka dan Selat Sunda telah menjadi kawasan perdagangan yang amat strategik
      • Ini kerana kedudukannya di laluan perdagangan di antara China dan India telah menyumbang kepada perkembangannya menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India
Pelabuhan Entrepot
  • Pelabuhan yang berperanan membekalkan hasil tempatan dan hasil kawasan takluknya kepada pedagang antarabangsa yang berdagang di pelabuhannya
  • Pelabuhan ini berperanan membeli barangan daripada pedagang antarabangsa dan mengedarkannya kepada pedagang yang datang dari pelabuhan sekitarnya dan kawasan takluknya
  • Pelabuhan entrepot memperdagangkan hasil buminya seperti logam, hasil hutan dan laut serta hasil dari kerajaan lain yang dibekalkan kepadanya
    • Logam emas dan timah telah menarik pedagang asing ke pelabuhan kerajaan ini menyebabkan Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera dikenali sebagai
      • Suvarnadvipa (Semenanjung Emas)
      • Suvarnabhumi (Bumi Emas)
    • Dalam catatan Yunani oleh Ptolemy terdapat nama Golden Khersonese yang memberi makna Semenanjung Emas
    • Bukti ini menunjukkan bahawa orang India dan Yunani telah mengetahui bahawa Semenanjung Tanah Melayu merupakan kawasan yang kaya dengan emas sejak awal abad Masihi lagi
  • Ciri lain kerajaan maritim juga dapat dilihat pada penduduknya.
    • Penduduk maritim terdiri daripada
      • Orang tempatan
      • Orang laut
      • Pedagang luar
    • Jadi mereka menggunakan lebih daripada satu bahasa, namun, bahasa perhubungan masyarakat maritim ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara
      • Penggunaan bahasa Melayu di Asia Tenggara sebagai bahasa perhubungan telah lama berlaku kerana pada zaman kerajaan awal, Orang melayu merupakan pelaut, pedagang dan peneroka terulung di Asia Tenggara
      • Oleh sebab orang Melayu mempunyai pelabuhan yang lengkap serta kedudukan yang strategik, petempatan mereka akhirnya muncul sebagai kuasa politik seperti di Champa, dan Srivijaya.
Lingua Franca
  • Bahasa yang dituturkan secara meluas dan digunakan dalam pelbagai urusan
  • Pada tahap kerajaan awal di Asia Tenggara, bahasa Melayu dituturkan dalam urusan perdagangan
    • Perkembangannya juga dapat dilihat pada beberapa tinggalan arkeologi seperti batu bersurat di Srivijaya pada abad ke-7 hingga ke-13 Masihi yang menggunakan bahasa Melayu
  • Perkembangan kerajaan maritim didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat di luar kawasannya
    • Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perahu dan kapal layar
      • Perahu yang dibina digunakan untuk perdagangan jarak dekat
      • Kapal layar digunakan untuk perdagangan jarak jauh
    • Mereka juga mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit.
    • Pada hari ini kita masih dapat melihat warisan tradisi pelayaran masyarakat Asia Tenggara iaitu perahu dan kapal layar yang besar seperti kapal orang Bugis antaranya:
      • Perahu abad ke-5 M. dijumpai di Kuala Pontian, Pahang
      • Perahu abad ke-18 ditemui di Kuala Ketil, Kedah yang kini dipamerkan di Muzium Arkeologi Lembah Bujang, Kedah

Kerajaan Srivijaya

  • Wujud dari abad ke-7 hingga abad ke-13 Masihi dan merupakan kerajaan maritim terulung di Asia Tenggara.
  • Antara ciri kerajaan maritim Srivijaya termasuklah
    • Mempunyai tentera laut yang  besar dan dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.
      • Fungsi tentera laut adalah untuk mengawal perdagangan di Selat Melaka dan mengawal keselamatan kerajaan
  • Oleh sebab pelabuhannya yang baik dan kedudukan yang strategik di Selat Melaka, Srivijaya menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China
    • Di pelabuhan ini terdapat hasil dan barangan untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah takluknya
    • Dengan itu, Srivijaya telah berperanan sebagai kuasa maritim utama di Asia Tenggara

I-Tsing

I Tsing Click to Flip
catatan I Tsing

Kerajaan Kedah Tua (Chieh-cha/Kataha)

  • Sebuah lagi kerajaan maritim yang disebut dalam sumber dari China dan India yang terletak di Lembah Bujang
  • Kerajaan ini berkembang antara abad ke-5 hingga ke-13 Masihi.
  • Kemunculan kerajaan Kedah Tua mempunyai kaitan dengan kerajaan Srivijaya
    • Srivijaya dan Kedah Tua pernah disebut secara bersamaan dengan nama Shih-li-fo-shi/ Kataha pada zaman kebangkitan Kedah Tua.
    • Kerajaan ini telah menjadi pelabuhan entrepot sejak abad ke-5 Masihi lagi.
    • Kerajaan Srivijaya yang muncul pada abad ke-7 Masihi turut mempengaruhi peranan Kedah Tua sehingga abad ke-13 Masihi
    • Kerajaan Kedah Tua terletak di Sungai Mas dari abad ke-5 hingga abad ke-11 Masihi sebelum beralih ke lembah Sungai Bujang dari abad ke-11 Masihi hingga abad ke-13 Masihi
    • Pada abad ke-5 hingga abad ke-10 Masihi, penduduk Kedah Tua menganut agama Buddha dan selepas abad ke-11 Masihi, mereka menganut agama Hindu pula
      • Ini dibuktikan dengan tinggalan candi berunsur Hindu dan Buddha yang berjumlah sekitar 9 buah yang dibina kembali hasil daripada penyelidikan arkeologi dan penemuan arca Hindu-Buddha
  • Di sebelah utara kerajaan Kedah Tua ialah kerajaan Kalah yang terletak di Sungai Takuapa
  • Kedah Tua juga merupakan pelabuhan dan kerajaan yang tertua di pantai barat Semenanjung Tanah Melayu dengan bukti peranannya sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka adalah berdasarkan jumpaan
    • Tembikar China pada zaman Dinasti Tang pada abad ke-7 M., Dinasti Song pada abad ke-10 M., dan Dinasti Yuan pada abad ke-10 M. hingga abad ke-13 Masihi
    • Pelita tembaga dan tembikar dari Timur tengah bertarikh sekitar abad ke-9 dan ke-10 Masihi
    • Pelbagai jenis manik yang merupakan barang dagangan dari tempat seperti India, Sri Lanka dan Burma telah ditemui.
  • Jumpaan bahan dagangan ini jelas menunjukkan Kedah Tua merupakan pelabuhan entrepot
  • Perkembangan pelabuhan Kedah Tua dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti
    • Terdapat Gunung Jerai yang menjadi panduan kapal pedagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api
    • Kedudukan yang strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung dari tiupan angin monsun barat daya dan timur laut
    • Terdapat kemudahan menyimpan barang dagangan dan kekayaan hasil hutan seperti damar, rotan dan sumber bumi seperti timah.
      • Barang dagangan yang diperoleh dari luar pula ialah kain kapas, sutera, teh, kaca, manik dan tembaga
Shih-li-fo-shi
  • Sebutan untuk Srivijaya berdasarkan sebutan China
Chieh-cha
  • Sebutan untuk Kedah Tua berdasarkan sebutan China
  • Pada asasnya, kerajaan maritim dan agraria saling bergantung antara satu sama lain dan saling melengkapi, contohnya
    • Kerajaan Agraria seperti Sailendra di Jawa Tengah
      • Mempunyai penduduk yang ramai hingga dapat membekalkan tenaga kerja yang mencukupi
      • Mempunyai sistem pertanian yang baik hingga dapat menghasilkan sumber makanan utama iaitu beras dan membekalkan kepada kerajaan maritim yang lain
    • Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan maritim dengan kerajaan agraria
    • Kerajaan agraria bergantung pada kerajaan maritim untuk mendapatkan barangan mewah dari luar negara seperti China dan India
      • Barangan mewah itu dijadikan sumber kekayaan dan keagungan kerajaan agraria
      • Antara barang mewah itu termasuklah tembikar asing khususnya tembikar China
      • Barang mewah yang lain ialah tekstil dari India dan China serta pelbagai jenis gelas dan manik
      • Sebagai tukarannya kerajaan agraria membekalkan keperluan makanan dan hasil hutan kepada kerajaan maritim
    • Konsep saling melengkapi juga dapat dilihat bagi mendapatkan bahan mentah seperti kayu dan binatang kenderaan seperti gajah
      • Bagi mendapatkan bahan kayu yang baik untuk membuat kapal, kerajaan maritim di Asia Tenggara terpaksa mendapatkannya daripada kerajaan Pegu di Burma
      • Begitu juga dengan gajah untuk kenderaan raja, diperoleh dari Burma dan Siam
      • Biasanya tukang kayu dan tukang batu yang baik terdapat dalam kerajaan agraria
      • Maka keperluan kerajaan maritim mendapatkan tukang itu telah dipenuhi oleh kerajaan agraria