Meliputi perkara pendidikan, falsafah, kesenian, kesusasteraan, seni bina serta sains dan teknologi. Pendidikan merupakan asas atau tonggaknya kerana membantu manusia meningkatkan tahap intelek yang membantu dalam bidang lain

Pendidikan

 

 

Tamadun Yunani

 

1. Perkembangan pendidikan berlaku apabila banyak sekolah falsafah tumbuh dan berkembang di negara kota seperti:

  • Athens
  • Thebes
  • Elea
  • Miletus

2. Sekolah ini telah melahirkan sejarawan:

  • Thucydides
  • Herodotus

3. Ramai pemikir dalam bidang sains dan teknologi:

  • Thales
  • Anaximander
  • Heraclitus
  • Anaxagoras

 

Athens

 

1. Pendidikan bertujuan melahirkan manusia seimbang pencapaian rohani dan jasmani

2. Manusia yang cemerlang ialah manusia yang memenuhi tuntutan mental dan fizikal seterusnya dapat memberi sumbangan kepada kesejahteraan kehidupan manusia

3. Athens dikenali pusat cendekiawan Yunani yang penting semasa pemerintahan Pericles

4. Perkara yang dititikberatkan:

  • Pendidikan
  • Sukan
  • Muzik
  • Kesusasteraan
  • Membaca
  • Menghafal
  • Menulis
  • Seni berpidato
Seni Berpidato

1. Pengucapan atau kepetahan bercakap yang begitu diminati masyarakat Rom

2. Aktiviti mendeklamasi kepada kanak-kanak Rom sejak awal pendidikan

Sparta

 

1. Matlamatnya melahirkan warganegara tentera yang sempurna, gagah dan setia kepada negara kotanya

2. Lebih mementingkan latihan fizikal dan kemahiran menggunakan senjata berbanding pendidikan mental

Tamadun Rom

 

1. Menekankan aplikasi ilmu yang praktikal dan semangat setia kepada Rom

  • Sebab itulah Rom terkenal dengan penyediaan infrastruktur dan kemudahan awam yang berupaya memberi kesejahteraan hidup kepada masyarakat

2. Peringkat awal, perkembangan pendidikan dan ilmu pengetahuan, Rom banyak mengambil dan menyerap unsur dari Yunani

3. Pusat pendidikan dan ilmu berkembang dengan pesat di bandar-bandar seluruh empayar Rom

4. Melahirkan jurutera yang dapat membina sistem pengairan, bangunan dan jalan raya

5. Pusat pendidikan melahirkan ahli falsafah dan sejarawan yang telah menulis tentang sejarah kegemilangan Rom

Tamadun India

 

1. Peningkatan dalam bidang pendidikan bermula pada zaman Vedik

2. Pada zaman ini sangat mementingkan keagamaan dan agama Hindu menjadi terasnya serta didominasi kaum lelaki

  • Golongan wanita tidak mempunyai ruang menerima pendidikan

3. Memberi perhatian kepada pembelajaran kitab Veda dan bahasa Sanskrit merupakan medium pengajaran yang penting

  • Kaedah hafalan merupakan kaedah untuk mendalami kitab Veda

4. Berteraskan agama Hindu dan Buddha untuk menyediakan manusia menghadapi hari selepas mati menunjukkan tumpuan pendidikan ialah agama

  • Segala hukum harus dipelajari supaya dapat hidup sempurna dengan nilai murni yang diajar agama
  • Pendidikan tinggi diberikan di Kolej Brahman (dikenali sebagai Parishad) dan bermula selepas tahun 100 S.M
  • Sebelum lahir Kolej Brahman, pendidikan diberi di Istana dan di rumah
  • Pada abad ke-4 M., lahir universiti agama Buddha iaitu Nalanda
Universiti di India

1. Dua buah universiti utama yang wujud:

  • Universiti Taxila (abad pertama Masihi)
  • Universiti Nalanda (abad ke-5 M.)
  • Untuk mencapai taraf sebagai Brahmin yang berpendidikan, mereka harus menghafal pelbagai buku agama khusunya Veda yang mengandungi:
    • Peraturan ritual
    • Mantera
    • Lagu-lagu Agama

5. Mereka harus mempelajari karya sainstifik dan falsafah dengan meningkatkan ilmu sains

6. Pada zaman seterusnya, pendidikan di India bertujuan untuk:

  • Menambah ilmu
  • Mengatasi buta huruf
  • Mendapatkan jawatan dalam pemerintahan

Tamadun China

 

1. Masyarakat menghargai pendidikan, perniagaan dan kesusasteraan dengan matlamat utama pendidikannya adalah untuk lulus peperiksaan awam kerajaan

Peperiksaan Awam

1. Dikendalikan dengan ketat

2. Mereka yang meniru dikenakan hukuman mati

3. Untuk tidak berlaku penipuan, pemeriksa akan dikurung sebelum tiba hari peperiksaan

4. Mereka yang mengambil peperiksaan ditempatkan dalam bilik dengan sediakan makanan dan dikurung selama 3 hari untuk menulis jawapan

2. Tiga peringkat pendidikan:

  • Rendah: Tertumpu pada kegiatan mengenal dan menghafal tulisan ideogram dan 9 buah buku suci tanpa memahami maknanya
  • Menengah: Tumpuan terhadap karangan dan sastera
  • Tinggi: Tumpuan untuk menterjemah buku suci

3. Lebih terjurus kepada kepentingan untuk pentadbiran

4. Peperiksaan awam mengandungi 3 tahap yang sama seperti zaman moden ini:

  • Tahap Pertama (Hsiu Tai)
    • Setaraf dengan ijazah pertama
    • Dijalankan di daerah
    • Jika lulus berpeluang menjadi pegawai kerajaan
    • Diadakan 2 kali dalam 3 tahun
  • Tahap Kedua (Chun-Jen)
    • Setaraf dengan sarjana
    • Dijalankan di ibu kota derah
    • Diadakan 3 tahun sekali
  • Tahap Ketiga (Chin Shih)
    • Setaraf dengan doktor falsafah
    • Dijalankan di ibu kota empayar bertempat di Istana (dihadapan maharaja)
    • Jika lulus layak menjadi pendidik
    • Diadakan 3 tahun sekali

5. Sistem peperiksaan awam China adalah yang tertua di dunia

Falsafah

 

1. Kemunculan ramai ahli falsafah menandakan tamadun tersebut memiliki tradisi ilmu yang tinggi

Ahli Falsafah

Manusia yang menggunakan akal untuk berfikir secara berterusan bagi mencari jawapan yang logik dan rasional terhadap persoalan yang berkaitan dengan kehidupan harian dan alam sekitar

Tamadun Yunani

 

1. Terus meningkat dengan kelahiran ahli falsafah:

Herodotus

1. Ahli falsafah dan ahli sejarah terulung

2. Menghasilkan karya History of Persian Wars

3. Merupakan Bapa Sejarah

Herodotus cheestory

Thucydides

1. Pengasas Sejarah Saintifik

2. Karya yang terkenalnya History of the Peloponnesian War

3. Menggunakan pendekatan penulisan sejarah yang berteraskan penyelidikan

Thucydides cheestory

Socrates (470 - 399 S.M)

1. Bapa Falsafah Barat

2. Mencintai falsafah dan sering membincangkan dengan sahabat pengikutnya

3. Pakar dalam perbincangan melalui soal jawab

4. Mencari unsur dalam kehidupan dan masyarakat bahagia

5. Dituduh merosakkan pemikiran masyarakat dan dihukum bunuh dengan cara meminum racun

6. Antara pengikutnya ialah Plato

Socrates cheestory

Plato

1. Maklumat tentang Socrates wujud dalam tulisannya

2. Menyedarkan masyarakat tentang perkara asas dalam falsafah Socrates iaitu persoalan tentang manusia dan masyarakat

3. Falsafahnya ialah masyarakat yang sempurna merupakan masyarakat yang diperintah oleh ahli falsafah

4. Mengasaskan akademi falsafah di Athens yang kekal selama 1000 tahun

5. Dalam karyanya, Republic membincangkan sesebuah masyarakat dan negara paling baik diperintah ilmuwan dan ahli falsafah

Plato cheestory

Aristotle (384 - 322 S.M)

1. Murid Plato

2. Ahli falsafah yang berpengaruh

3. Mendalami bidang sains dan falsafah

4. Hasil penerbitan mengandungi ilmu logik, metafizik, etika, politik, fizik, sains tabii, astronomi dan geologi

5. Falsafah nya adalah untuk membaiki dunia

6. Karya utamanya termasuklah Politik

7. Menjadi guru kepada Alexander the Great dalam karyanya membincangkan cara berfikir yang teratur

Aristotle cheestory

2. Dalam falsafah mereka berkaitan isu utama:

  • Persoalan tentang nilai individualisme
  • Kehidupan manusia
  • Demokrasi

Tamadun Rom

 

1. Tidak mempunyai ramai ahli falsafah dan mengambil falsafah dari Yunani

2. Diasaskan daripada falsafah stoik atau stoisisme seorang falsafah Yunani iaitu Zeno

  • Mengajar bahawa kebahagiaan hidup manusia dan nasib seseorang bergantung pada hubungan dengan alam
  • Stoisisme menekankan keadilan, tanggungjawab, keberanian dan peri kemanusiaan

3. Ahli falsafah Yunani mengajar manusia berfikir secara rasional dan mengamalkan sikap ingin tahu

Tamadun India

 

1. Antara falsafah terawal berkembang dan direkodkan di dunia

2. Wujud dalam 2 bentuk pemikiran yang besar:

  • Kumpulan yang bersumberkan kitab Veda
  • Kumpulan yang menolak kitab Veda
Falsafah Veda

Berkisar pada kuasa alam seperti angin dan api terhadap kehidupan manusia dan sebab inilah elemen tersebut perlu dipuja dan disembah

3. Kitab Veda terdiri daripada:

  • Rig Veda
  • Yajur Veda
  • Sama Veda
  • Atharva Veda

4. Antara sumber falsafah yang terdapat dalam Veda

  • Upanishad (700-600 S.M)
  • Mahabharata
  • Bhagavad Gita

5. Falsafah bukan aliran Veda bersumberkan ajaran:

  • Carvaka
  • Jainisme
  • Buddhisme

Tamadun China

 

1. Memberi penekanan kepada hal berkaitan manusia (hubungan manusia dengan manusia lain

2. Sumber falsafah China termasuklah:

  • Kung-fu Tze atau Confucius dengan ajarannya (Confucianisme)
    • Menekankan keperimanusiaan dan maruah diri
    • Mengutamakan kesopanan dan kesusilaan
    • Menggalakkan hubungan baik sesama manusia
  • Lao Tze
  • Taoisme
    • Menegaskan konsep keperluan menjaga keharmonian antara manusia dengan alam dan masyarakat
  • Mo Tzu dikenali Motze atau Mencius
    • Menolak beberapa ajaran dalam Confucianisme
    • Memikirkan cara hendak melahirkan masyarakat dan politik yang baik
    • Beliau berpendapat manusia berakhlak baik dan manusia menjadi sebaliknya kerana pengaruh alam sekitar
  • Aliran Legalisme
    • Percaya hanya undang-undang dapat mewujudkan nilai baik dan ketertiban masyarakat

Sains dan Teknologi

 

1. Peningkatan ini berlaku dalam bidang matematik, astronomi, perubatan juga teknologi membuat perahu dan kertas

2. Ahli sains dan ahli teknologi merujuk pengetahuan yang sedia ada dan mengembangkannya daripada tamadun Mesir Purba dan Babylon

3. Tokoh matematik Yunani iaitu Thales mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba

4. Pythagoras memperkenalkan Teorem Pythagoras mengembangkan ilmu geometri Mesir Purba dan Babylon

Pythagoras 580 - 500 S.M

1. Beliau mempelajari matematik Mesir dan Babylon

2. Mengasaskan gerakan saintifik dan bergelar Pythagorean

3. Sumbangan beliau dalam geometri ialah Teorem Pythagoras

5. Penciptaan teknologi membuat kertas, tembikar, serta layar, perahu dan kapal merupakan peningkatan terbesar dan penyumbang kepada peningkatan perhubungan

6. Perahu dan layar muncul dalam tamadun seperti Mesopotamia dan Mesir Purba

7. Dalam tamadun Yunani, Rom, India dan China, pelayaran meningkat dengan penciptaan layar dan perahu yang lebih besar dan kuat

Tamadun Yunani

 

1. Beberapa orang ahli lain dalam sains yang terkenal:

Hippocrates

Hippocrates cheestory 1 Click to Flip
Hippocrates cheestory 2

Archimedes

Click to Flip
Archimedes cheestory 2

Ptolemy

Ptolemy cheestory 1 Click to Flip
Ptolemy cheestory 2

2. Sistem angka telah wujud iaitu:

  • Herodianic
  • Ionic

Tamadun Rom

 

1. Tidak digerakkan oleh seorang tokoh secara langsung seperti

Boethius (Ahli Matematik Rom)

Asas matematik diambil daripada tamadun Yunani dan mengaitkan dengan muzik, geometri dan astronomi

2. Penciptaan perahu layar meningkatkan aktiviti perdagangan laut dan menjadi pengangkutan penting dalam peperangan terutama pada zaman perluasan kuasa

Tamadun India

 

1. Tidak digerakkan oleh seorang tokoh secara langsung

2. Cabang kepada pengetahuan Vedik

3. Pengetahuan tentang astronomi dapat dipetik daripada Rig Veda

4. Ilmu matematik berkembang pesat pada zaman Gupta

5. Ahli matematik India mengetahui konsep geometri dan memperkenalkan sistem nombor iaitu

  • Angka Brahmin (Angka 10 diwakili dengan simbol alfa)
  • Angka Kharosti (dikatakan seakan angka Roman)
Ahli Matematik India

Aryabhata Varahamihira

6. Skrip Kharosti dan Skrip Brahmin:

  • Kedua-dua skrip mempunyai sistem angka yang berbeza
  • Skrip Kharosti:
    • Tulisan atau inskripsi yang digunakan pada zaman pemerintahan Asoka
    • Tidak lagi digunakan selepas abad ke-3 M.
  • Skrip Brahmin:
    • Tulisan yang dibaca dari kiri ke kanan

7. Ilmu perubatan telah berkembang disebabkan kecenderungan masyarakat dalam fisiologi kerana kaitan dengan yoga

Tamadun China

 

1. Tidak digerakkan oleh seorang tokoh secara langsung

2. Menganggap astronomi sebagai ilmu sains negara

3. Ilmu perubatan telah wujud dan menggunakan konsep Yang (kuasa aktif) dan Yin (kuasa pasif) yang membolehkan seseorang berkeadaan sihat digunakan dalam asas perubatan

Teknologi membuat kertas

1. Bermula di China pada 105 M. oleh Chai Lun (pengawal di Istana raja China)

2. Chai Lun:

  • Berjaya mencipta kertas dengan mencampurkan bahan mentah seperti rami, buluh dan sayur yang dicincang dan dijadikan pulpa
  • Pulpa kemudian diratakan pada skrin poros, dituskan dan dikeringkan dalam kepingan yang tipis

Seni Bina

 

1. Mencerminkan ketahanan manusia yang menghadapi cabaran menghasilkan monumen yang dapat diabadikan sebagai pencapaian paling agung demi bangsa, agama dan raja

2. Peningkatan adalah dari segi elemen baru yang terdapat pada binaan contohnya bentuk bangunan yang lebih sempurna dengan ukiran yang unik berunsur keagamaan dan mempunyai nilai etestik

3. Setiap binaan mempunyai fungsi penting kepada raja dan negara

Tamadun Yunani

 

1. Acropolis adalah untuk tujuan keagamaan dan pusat kegiatannya

Acropolis

1. Pembinaan oleh Pericles

2. Pusat pentadbiran atau ibu negeri di Athens

3. Dalamnya terdapat binaan yang menarik seperti rumah berhala, teater, dan bangunan yang paling menarik, Parthenon

Acropolis cheestory

Parthenon

1. Rumah berhala untuk Dewi Athens

2. Dibina pada zaman pemerintahan Pericles tahun 421-209 S.M

3. Dibina untuk mengingati kejayaan membebaskan diri daripada kuasa Persia

4. Ukurannya ialah 69.5m x 30.88m

Parthenon cheestory

Pantheon

1. Binaan berbentuk kubah terbesar di dunia, bergaris pusat 44m

2. Dibina zaman Maharaja Hadrian (117-138 M.)

3. Fungsinya adalah sebagai tempat memuja dan menyimpan patung dewa dan tempat menjalankan kerja awam

Pantheon cheestory

Tamadun Rom

 

1. Aqueduct adalah untuk bekalan air

Aqueduct

1. Saluran air pada zaman tamadun Rom

2. Bekalan air dibawa dari sumbernya di gunung melalui saluran air tersebut

3. Saluran air yang paling panjang di Marcia (91KM) dan air disalurkan melalui saluran dalam tanah dan pintu gerbang (arches)

4. Teknologinya adalah berasaskan sistem graviti

5. Tinggalan pintu gerbang Aqua Claudia terdapat di bahagian Timur Rom dan di bahagian atas pintu gerbang terdapat saluran Anio Novus

Aqueduct cheestory

Colosseum di Rom

1. Pembinaan dimulakan pada tahun 70-an M.

2. Selesai dibina oleh Maharaja Flavian

3. Berbentuk kubah dengan ukuran tinggi 52m dan garis pusat luar 545m serta boleh memuatkan 50 ribu hingga 80 ribu penonton

4. Fungsinya adalah tempat pahlawan Rom bertarung dan sebagai teater

colosseum sejarah spm

Tamadun India

 

1. Stupa Besar di Sanchi, India adalah untuk tujuan keagamaan

2. Pada zaman tamadun Indus, Masyarakat berupaya membina binaan yang baik dan lengkap seperti Great Bath

3. Masyarakat sangat erat hubungan dengan agama dan perkembangan seni bina berunsurkan keagamaan maka terlihatlah binaan berteraskan agama Buddha dan Hindu

4. Antara binaan mengagumkan termasuk:

  • Kompleks kuil di Gua Ajanta (Mempunyai 20 buah kuil)
  • Kompleks kuil di Gua Ellora dibina antara abad ke-5 hingga abad ke-8 M (Mempunyai 28 buah kuil-gua)

5. Antara perkara penting diperhatikan termasuklah penggunaan elemen geometri berbentuk segi empat dan bulat

6. Antara menara pelbagai bentuk di India seperti kon, kubah dan pagoda

Tamadun China

 

1. Mempunyai reka bentuk seni bina yang berlainan dari tamadun lain seperti Tembok Besar China adalah untuk pertahanan

2. Tembok Besar China dibina sejak zaman Dinasti Chou dan diteruskan oleh dinasti seterusnya

  • Dibina sepanjang 1500 batu dari Kansu ke Peking

3. Bandar-bandar China purba seperti Changan, Anyang, Peking dan Loyang dibina dengan rekaan mempunyai tembok

  • Tembok dikawasan bandar lain dibuat daripada tanah liat dan batu bata
  • Di kampung pula tembok dibina daripada tanah lumpur
  • Setiap tembok ini terdapat pintu gerbang yang dikelilingi oleh parit yang besar dan menara

4. Kawasan dalam tembok menempatkan kediaman maharaja

  • Salah sebuah istana maharaja masih kekal sehingga kini ialah Kota Larangan
    • Istana mempunyai banyak dewan dan taman (Dewan berfungsi sebagai balai penghadapan serta tempat hukuman, keraian dan perjumpaan)

5. Binaan penting di China ialah kuil dan pagoda

  • Kuil terdiri daripada beberapa buah bangunan yang merangkumi:
    • Tempat tinggal
    • Ruang tetamu
    • Pusat pemujaan
  • Bentuk ini hanya untuk kuil yang besar, pagoda berbentuk meninggi sehingga 15 tingkat
  • Biasanya pagoda mempunyai bentuk oktagon atau segi empat sama namun bentuk ini tidak tetap bagi semua binaan dan tempat

6. Seni bina di China terdapat pelbagai jenis pintu gerbang, tembok dan jambatan

Bahasa dan Kesusasteraan

 

1. Kesusasteraan yang lahir bukan sahaja untuk kepentingan pemerintah tetapi juga rakyat dan kebanyakan karya adalah untuk menyampaikan mesej kepada rakyat

2. Hasil tulisan juga mengalami peningkatan seperti tulisan pada hari ini berasal daripada orang Phoenecia dan tersebar kepada orang Yunani yang diubahsuai dengan ditambah huruf vokal tahun 800 S.M

3. Phoenecia ditambah huruf vokal juga tersebar dalam tamadun Yunani itu

4. Tulisan itu diubahsuai oleh orang Rom dan menjadi tulisan Rom dan tersebar ke Barat sehingga kepada masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi

Tamadun Yunani

 

1. Sebelum bahasa Latin digunakan secara meluas semasa pemerintahan empayar Rom, bahasa Yunani digunakan di wilayah dalam Yunani dan kawasan takluk Alexander the Great

2. Antara tokoh sastera Yunani terkenal termasuklah

Homer

Homer cheestory

1. Menghasilkan 2 buah epik (Iliad dan Odyssey)

2. Iliad dan Odyssey:

  • Kisah peperangan antara Achaea dengan Troy pada tahun 1184 S.M
Heslod

Heslod cheestory

1. Penyair dan telah menulis 2 buah buku puisi (Theology dan Works and Days)

2. Theology:

  • Ilmu tentang asal usul manusia dan ketuhanan

3. Tulisan yang berasal daripada orang Phoenecia ditambah huruf vokal juga tersebar dalam tamadun ini

Tamadun Rom

 

1. Terdapat 2 orang penulis dan penyajak:

  • Cicero (106-43 S.M)
  • Virgil (70-19 S.M)

2. Kesusasteraan Rom bertujuan meningkatkan semangat patriotisme dan mencapai zaman keagungan semasa pemerintahan Augustus Caesar (27-14 S.M)

3. Tulisan yang berasal daripada orang Phoenecia ditambah huruf vokal yang tersebar ke tamadun Yunani diubahsuai oleh orang Rom dan menjadi tulisan Rom dan tersebar ke Barat sehingga kepada masyarakat Asia Tenggara dalam bentuk tulisan rumi

Tamadun India

 

1. Masyarakatnya berkembang daripada 2 kelompok berbeza dari budaya dan bahasa:

  • Dravidia
    • Dibahagian selatan India
    • Bahasanya seperti Telegu, Malayalam, Kannada dan sebagainya
  • Indo-Arya
  • Bahasa dasarnya ialah bahasa Sanskrit yang kemudian melahirkan bahasa Hindi, Urdu, Punjabi, Kasmiri, dan sebagainya

2. Bahasa utama zaman Vedik ialah bahasa Sanskrit

3. Perkembangan dalam bidang bahasa ini secara langsung mempengaruhi perkembangan dalam bidang penulisan serta kesusasteraan

4. Bidang kesusasteraan terbahagi kepada bentuk:

  • Vedik
  • Epik
  • Sajak

5. Menghasilkan sastera agama Hindu dan Buddha

  • Mahabharata: Menceritakan peperangan antara 2 tentera yang baik dan yang jahat
  • Ramayana: Cerita inkarnasi Dewa Vishnu sebagai Rama dan pergaduhannya dengan raja Sri Lanka yang melarikan isterinya, Sita

6. Bahasa persuratan tamadun ini ialah Sanskrit

Tamadun China

 

1. Sejarahnya kurang jelas, yang nyata wujud 7 dialek utama di China

  • Mandarin
  • Wu
  • Hunanis
  • Kiangsi
  • Hakka
  • Kantonis
  • Fukien

2. Peningkatan sastera adalah jelas dengan adanya sokongan pihak kerajaan

3. Semasa Dinasti Han, Ssu-ma Chien telah mempertimbangkan bidang sastera prosa dengan karya bertajuk Shih Chi

  • Hasil karyanya banyak menceritakan sosial, sejarah, kerajaan, pemimpin, dan beberapa aspek ilmu pengetahuan dan menjadi ikutan dinasti seterusnya

4. Bidang puisi muncul tokoh semasa Dinasti Tang, seperti

  • Tu Fu
  • Li Po
  • Po Chu-I

5. Sastera China Zaman Dinasti Han meliputi sajak dan cerpen dan seseorang yang terpelajar harus mampu bersajak untuk melahirkan pengetahuan dan pemikiran

Sistem Sosial

 

 

Tamadun Yunani

 

Athens

1. Membahagikan penduduknya kepada 3 kumpulan:

  • Warganegara: Mempunyai hak dalam politik negara kota
  • Bukan warganegara: Tidak memiliki hak dalam politik negara kota
  • Hamba: Tidak memiliki hak dalam politik negara kota

 

Sparta

1. Terdapat 3 kelas sosial:

  • Warganegara Sparta tulen
  • Para pekerja, artisan dan pedagang
  • Helot (Mengusahakan tanah dan merupakan golongan majoriti)
    • Memainkan peranan penting dalam ekonomi
    • Kelas ini menjadi ancaman kepada kelas pemerintah kerana jumlahnya yang besar dan merupakan faktor utama mengapa sistem ketenteraan diamalkan

Tamadun Rom

 

1. Sistem sosialnya dibahagikan kepada:

  • Warganegara Rom: Merupakan mereka yang terdiri daripada orang Rom
  • Bukan warganegara: Penduduk yang ditakluki
  • Hamba

Tamadun India

 

1. Kewujudan sistem kasta

  • Merupakan sebuah institusi yang sangat unik dan tidak ditemui dalam mana-mana tamadun lain
  • Mempunyai 4 kasta utama (Mempunyai tanggungjawab yang berbeza):
    • Brahmin
    • Ksyatria
    • Vaisya
    • Sudra
  • Sistem ini telah menjadi darah daging kepada sistem sosial India dan diiukti dengan ketat
    • Contohnya, seseorang lelaki tidak boleh mengahwini wanita daripada kasta yang berbeza dan tidak boleh bercampur gaul dengan ahli kasta yang berbeza

Tamadun China

 

1. Pada dasarnya terbahagi kepada 3 kelas utama:

  • Golongan atasan terdiri daripada lapisan pentadbir (Maharaja, keluarganya, pegawai bangsawan dan sida-sida)
  • Rakyat bawahan (Petani dan artisan)
    • Merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama
  • Golongan hamba
    • Merupakan kumpulan sokongan kepada kumpulan pertama

2. Confucius membahagikan masyarakat China kepada 4 kelas utama:

  • Golongan teratas ialah golongan sarjana (Pegawai kerajaan yang berpendidikan)
  • Golongan petani (Merupakan tulang belakang ekonomi China)
  • Golongan tukang
  • Golongan pedagang

3. Strata masyarakat China bukanlah sesuatu yang bersifat tegar dan setiap individu boleh menukar kelasnya kepada kedudukan yang lebih baik menerusi pendidikan