Pemerintahan dan Pentadbiran

 

1. Peningkatan dikesan melalui idea baru yang diperkenalkan untuk menambahbaikkan lagi sistem atau cara yang sedia ada

Tamadun Yunani

 

1. Bentuk pemerintahan berubah dari monarki, oligarki, aristokrasi, diktator (tirani) dan akhirnya demokrasi.

Oligarki

1. Sistem pemerintahan yang pernah diamalkan di Athens

2. Kuasa pemerintahan terletak dalam tangan beberapa orang konsul

2. Pelbagai bentuk pemerintahan menunjukkan orang Yunani sentiasa berusaha meningkatkan aspek pemerintahan mereka

Athens

 

1. Sebelum sistem demokrasi diperkenalkan, Athens mengamalkan sistem beraja dimana raja dibantu oleh sebuah badan yang dinamakan konsul

2. Peranan Raja:

  • Ketua hakim
  • Ketua tentera
  • Ketua agama

3. Apabila kuasa konsul menjadi kuat, peranan raja sebagai ketua merosot dan lahirlah sistem raja yang dipilih tetapi kuasanya yang terhad. Hal ini kerana sistem pemerintahan dikuasai oleh konsul (Golongan kaya). Sistem pemerintahan ini dinamakan oligarki

4. Dalam kalangan konsul lahirlah golongan aristokrat yang kuat dan memiliki kuasa yang besar. Pemerintahan golongan aristokrat ini dinamakan aristokrasi

Aristokrasi

Pemerintahan oleh golongan bangsawan yang kaya

5. Rakyat tidak berpuas hati terhadap pemerintahan berbentuk aristokrasi, muncul golongan menuntut hak dan berlaku rampasan kuasa. Keadaan ini membawa kepada pemerintahan berbentuk tirani oleh diktator

Tirani

Pemerintahan yang zalim memperlihatkan kekuasaan digunakan dengan sewenangnya

Diktator

Pemerintah berkuasa mutlak iaitu mempunyai kuasa yang tidak terhad

6. Diktator bukan daripada golongan aristokrat tetapi daripada golongan kaya atau tentera

7. Rakyat biasa menyokong rampasan kuasa tersebut tetapi ditentang golongan aristokrat dan kemudian lahir pula sistem demokrasi

Demokrasi

1. Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya

2. Dalam sistem demokrasi terdapat Dewan Perhimpunan dan Majlis

dewan perhimpunan athens - cheestory

 

3. Sistem demokrasi diamalkan di Athens tetapi sistem ini tidak berlaku di negara kota yang mengamalkan sistem beraja kuasa mutlak

4. Terdapat beberapa contoh bentuk demokrasi:

Demokrasi di Athens dan Malaysia - chesstory

Sparta

 

1. Sistem pemerintahan tentera diamalkan dan sistem pertahanan diberikan perhatian penting

2. Anak lelaki dilatih dari awal menjadi askar yang baik dan sistem latihan ini menyebabkan Sparta berjaya melahirkan tentera yang mempunyai semangat patriotik yang tinggi dan handal

Tamadun Rom

 

1. Pemerintahan bermula dengan sistem beraja dari tahun 753 S.M dan diperintah secara mutlak oleh raja-raja berketurunan Etruscan yang bukan berasal dari kalangan masyarakat Latin tempatan

2. Pemerintahan secara mutlak oleh Raja Etruscan tidak disenangi masyarakat Latin yang kemudian masyarakat ini dipimpin golongan bangsawan dikenali Patrician telah memberontak

3. Kemudian Rom membentuk sebuah republik pada tahun 509 S.M

Republik

1. Negara yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya dan diketuai oleh presiden

2. Tiada pemerintah berkuasa mutlak

  • Kuasa tertinggi terletak pada 2 orang konsul yang dilantik oleh Dewan Senat untuk sesuatu tempoh dimana antara mereka tidak ada yang lebih berkuasa
  • Konsul dibantu oleh: Dewan Senat yang diwakili oleh golongan bangsawan bagi membincangkan hal-hal pentadbiran negara dan merangka perundangan
  • Sebelum seorang ahli Dewan Senat dilantik sebagai Konsul, beliau ialah Praeotor (pemerintah tentera)
  • Di bawah Dewan Senat ialah Dewan Perhimpunan yang diwakili oleh semua rakyat Rom
  • Segala keputusan Dewan Senat akan disampaikan kepada Dewan Perhimpunan untuk diluluskan

4. Sistem republik berubah apabila mencapai taraf empayar di bawah pemerintahan Julius Caesar setelah beliau meluaskan kuasa ke Macedonia, Yunani, Syam, Mesir, Perancis, Brittania (Britain)dan beberapa kawasan Jerman

Julius Caesar

1. Tahun Lahir: 100 S.M

2. Terkenal sebagai: Ketua tentera yang agung kerana kejayaan beliau dalam beberapa peperangan

3. Pada tahun 62 S.M, dilantik menjadi praeotor

4. Pada tahun 59 S.M, menjadi Konsul

5. Berjaya menamatkan sistem republik dan menjadi diktator

6. Menguasai angkatan tentera dan Senat dan menggunakan gelaran Maharaja

7. Isytihar diri sebagai Diktator setelah berjaya mengalahkan Jeneral Pompey

8. Dibunuh pada tahun 44 S.M oleh penyokong Jeneral Pompey

Julius Caesar cheestory

5. Pemerintahan bercorak empayar menunjukkan peningkatan dengan terbentuknya sistem pentadbiran berpusat (penyatuan wilayah kecil yang ditaklukinya)

Augustus

1. Augustus yang memerintah dari tahun 27-14 S.M meneruskan gelaran Maharaja

2. Memerintah sebagai Maharaja dan berjaya membawa keamanan dan keagungan kepada empayar Rom yang kekal selama 200 tahun

3. Membawa keamanan dan kesejahteraan kepada empayarnya daripada pelbagai bangsa dalam tiga benua (Asia, Afrika dan Eropah)

4. Zaman kegemilangan ini digelar Pax Romana (Keamanan Rom)

Augustus cheestory

Tamadun India

 

1. Tahap awal pembentukannya antara tahun 600 – 320 S.M, tamadun ini mempunyai 2 bentuk kerajaan

  • Kerajaan Kecil (bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja)
  • Kerajaan Besar (Diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala dan Magadha)

2. Raja mengamalkan kuasa mutlak dan kedudukannya diperkukuh dengan pelbagai bentuk upacara ritual berasaskan kepercayaan kerana Raja adalah suci dan harus dihormati

3. Golongan Brahmin bertindak sebagai penasihat memainkan peranan penting dan golongan Ksyatria menjadi pemerintah tertinggi juga merupakan golongan dominan

4. Chandragupta Maurya membentuk empayar Maurya

  • Menyatukan kerajaan kecil di India dari tahun 321 – 185 S.M
  • Mengubah status Raja kepada Maharaja

5. Empayar Maurya bermula kawasan dari Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush dan Ibu negaranya terletak di Pataliputra

6. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya pada masa pemerintahan Maharaja Asoka dari tahun 273 – 232 S.M kerana:

  • Berjaya menamatkan perang saudara selepas kematian ayahnya, Bindusara
  • Menakluk negeri Kalinga yang memiliki penduduk ramai di India

7. Selepas perang Kalinga, Asoka menekankan kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui penyebaran agama Buddha dan bukan ketenteraan

Perang Kalinga

1. Berlaku semasa dalam usaha Asoka mewujudkan empayar yang agung

2. Tahun: 261 S.M

3. Jumlah terkorban: 100 000

4. Jumlah Tercedera: 150 000

5. Menyedarkan Asoka tentang akibat peperangan membawa penderitaan dan kematian

6. Diingat dalam sejarah kerana menjadi pemula penting yang menyebabkan Asoka memeluk agama Buddha dan mengembangkannya

8. Asoka merupakan maharaja berkuasa mutlak tetapi membentuk birokrasi pentadbiran menjalankan pemerintahannya

Birokrasi

Sistem pentadbiran yang melibatkan pelbagai peringkat dan mempunyai banyak peraturan

Tamadun China

 

1. Perluasan kuasa:

  • Mengubah pemerintahan berbentuk sistem feudal kepada pemerintahan berbentuk sistem pentadbiran berpusat
  • Melahirkan empayar pada zaman Dinasti Chin dari tahun 221 – 206 S.M dan konsep Raja telah bertukar kepada Maharaja

2. Pemerintahan oleh Maharaja membolehkan pembentukan sebuah sistem pentadbiran atau birokrasi awam terdiri daripada pegawai yang dilantik Maharaja

3. Mereka yang dilantik terdiri dari rakyat dan pelantikan dibuat oleh sebuah jawatankuasa dalam sistem perkhidmatan awam iaitu Hon Kao Tsu

4. Sistem pelantikan pegawai diasaskan pada pencapaian mereka dalam peperiksaan awam diwujudkan pada zaman Dinasti Han dan diteruskan Dinasti lain

5. Tokoh penting dalam hal ini adalah Shih Huang Ti

Perundangan

 

1. Saiz masyarakat yang bertambah besar dalam tamadun boleh mendatangkan masalah jika tiada peraturan atau sistem yang mengawal tindakan mereka maka undang-undang diperlukan untuk mewujudkan kehidupan yang aman

Tamadun Yunani

 

1. Dewan Perhimpunan berfungsi menggubal undang-undang

2. Menurut Plato tentang kepentingan undang-undang dalam bukunya Republic, negara harus diperintah oleh ahli falsafah kerana mereka cekap, terbaik dan berupaya menggubal undang-undang

Tamadun Rom

 

1. Dalam tamadun awal, undang-undang yang digunakan berbentuk undang-undang bertulis

2. Undang-undang Rom pertama ialah Hukum Kanun 12 dipahat pada kayu dikenali sebagai Papan Dua Belas diletak ditempat awam

Hukum Kanun 12

Undang-undang adat Rom yang telah disatukan pada tahun 449 S.M dan kekal selama 400 tahun

3. Undang-undang awal lahir pada Zaman Republik

4. Kerana terlalu banyak undang-undang dan ada yang merumitkan, Maharaja Justinian telah mengumpul, menyatukan dan membukukan undang-undang walaupun terdapat hakim-hakim yang mahir

[wp_quiz_pro id=”752″]

5. Usaha Maharaja Justinian telah melahirkan Kod Undang-Undang Rom pada tahun 527M

Undang-Undang Rom

1. Dikenali sebagai Undang-Undang Justinian

2. Terdiri dari 3 cabang:

  • Undang-undang Sivil
  • Undang-undang Rakyat
  • Undang-undang Natural (Natural Law)

3. Prinsipnya:

  • Semua manusia sama di sisi undang-undang
  • Seseorang tidak bersalah sehingga terbukti bersalah
  • Keadilan terhadap setiap individu
  • Hukuman berasaskan bukti yang cukup

4. Inti pati undang-undang masih kekal sehingga kini

Tamadun India

 

1. Perundangan menjadi antara aspek penting untuk melihat perjalanan kerajaan serta keberkesanan pentadbiran

2. Kitab Dharma Sastra dianggap kitab undang-undang Hindu paling tua dalam tamadun ini

  • Kitab ini telah dihasilkan antara abad ke-6 hingga abad ke-2 Sebelum Masihi

3. Raja merupakan tonggak dalam perkembangan tamadun dan dipertanggungjawabkan untuk memelihara kesucian dan kedaulatan undang-undang

4. Segala kesalahan akan dikenakan tindakan atau denda dan bergantung pada keseriusan kesalahan tersebut

5. Golongan Brahmin menjadi golongan yang dominan dalam bidang atau urusan undang-undang kerana golongan Brahmin mahir tentang hukum-hakam terutama berkaitan keagamaan

6. Pada zaman Dinasti Maurya

  • Undang-undang maharaja disampaikan sebagai titah dan perintah diraja
  • Segala titah diraja diukir pada tiang batu yang didirikan di tepi jalan supaya dapat dibaca rakyat
  • Tiang itu dikenali sebagai Tiang Asoka kerana didirikan pada zaman pemerintahan Raja Asoka dan beliau sentiasa berpegang konsep kesejahteraan rakyat

[wp_quiz_pro id=”762″]

Tamadun China

 

1. Sistem perundangan berteraskan 2 prinsip utama:

  • Hukuman berat
  • Bercorak kolektif

2. Teras undang-undang daripada falsafah legalisme

3. Undang-undang digubal dan diperkenalkan oleh ahli falsafah bernama Han Fei Tzu pada zaman Dinasti Chin

4. Mengikut falsafah, undang-undang yang tegas dan kukuh dapat mengawal tingkah laku manusia kerana dalam undang-undang tidak harus wujud rasa belas kasihan

5. Untuk membendung tindakan liar manusia, undang-undang harus dipelihara dan sebab itu raja memiliki kuasa yang utuh

6. Undang-undang yang berasaskan falsafah ini bertentangan dengan undang-undang yang berteraskan ajaran Confucius yang diamalkan pada zaman selepasnya iaitu Zaman Dinasti Han (206 S.M – 8 M)

7. Ajaran Confucius menekankan keperluan raja mempunyai pekerti baik dan menjaga keharmonian manusia

Perluasan Kuasa

 

1. Setelah pemerintah berjaya menubuhkan kerajaan yang kuat dan stabil, kemudian mereka akan berusaha meluaskan kuasanya melalui penaklukan

Tamadun Yunani

 

1. Pada zaman pemerintahan Philip II dari Macedonia, buat pertama kali telah menyatukan semua bahagian Yunani menjadi sebuah negara serta menyatukan kerajaan Macedonia dan Yunani

2. Seterusnya usaha ini diteruskan anaknya (Alexander the Great) yang berjaya meluaskan kawasan takluk Yunani dengan menguasai Parsi, Mesir, Turkistan, Samarkand dan akhirnya seluruh kawasan Laut Mediterranean

[wp_quiz_pro id=”775″]

Alexander the Great

 

1. Mengetuai gabungan tentera Macedonia dan Yunani menakluk empayar Parsi

2. Zaman Pemerintahannya berlaku penyebaran dan perkembangan kebudayaan Hellenistik ke seluruh timur

Kebudayaan Hellenistik

1. Campuran antara kebudayaan Yunani dan Parsi serta kebudayaan timur lain

2. Tersebar dari kota-kota utama dalam empayar Yunani (Syracuse di Itali, Iskandariah dan Antioch)

3. Empayar Yunani berakhir dengan Kematian Alexander the Great dan kemunculan Rom

Tamadun Rom

 

1. Zaman perluasan kuasa bermula tahun 27 S.M pada zaman Augustus Caesar

[wp_quiz_pro id=”783″]

2. Kejayaannya ialah menubuhkan sistem empayar yang berbeza daripada sistem republik sebelumnya dengan mewajibkan sistem pemerintahan warisan

3. Empayar Rom pada zamannya terdiri daripada Britain, Sepanyol, kawasan Sungai Rhine, Danube, Laut Hitam, Pergunungan Atlas, Afrika Utara, Macedonia, sebahagian Turki dan Palestin

Tamadun India

 

1. Berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya dan bermula pada zaman pemerintahan Chandragupta Maurya dari 321 -292 S.M

Chandragupta Maurya

1. Kejayaannya disebabkan tenteranya yang besar:

  • 600 ekor gajah
  • 1000 tentera berkuda
  • 10 000 orang infantri

2. Beliau berjaya menguasai seluruh India Utara

3. Setelah mengukuhkan kedudukannya, beliau menakluk Punjab dan menewaskan Seleceus yang memerintah empayar Seleucid di Syria dan kawasan sempadan India Barat

4. Anaknya (Bindusara) meluaskan empayar Maurya ke Mysore di bahagian selatan India

Chandragupta Maurya cheestory

2. Kaedah perluasan kuasa berubah apabila Asoka berkuasa dengan tidak menekankan kekuatan ketenteraan sebagai asas memperluas kuasa sebaliknya menekankan dasar yang lebih lembut dan terbuka untuk memperluas pengaruh Maurya

  • Dilakukan dengan memberi penekanan kepada agama Buddha
  • Pada zaman Asoka, dengan kemenangannya ke atas Kalinga dalam perang Kalinga, seluruh India menjadi kawasan takluk empayar Maurya

Tamadun China

 

1. Membawa kepada kelahiran empayar pada zaman Dinasti Chin dibawah pemerintahan Shih Huang Ti yang berjaya menyatukan seluruh kerajaan kecil di China

Shih Huang Ti

1. Memerintah secara autokratik (tegas dan mutlak)

2. Menghapuskan kuasa golongan bangsawan dengan melantik gabenor dan panglima tentera untuk mentadbir

3. Mengarahkan pembinaan Tembok Besar untuk bertahan daripada serangan orang gasar

Shih Huang Ti cheestory sejarah tingkatan 4 bab 2

Tembok Besar China

1. Dibina: Maharaja Shih Huang Ti (zaman Dinasti Chin 221-206 S.M)

2. Panjangnya 5000 KM, Lebarnya 4.5m – 9m, ketinggiannya 7.5m

3. Pada zaman Dinasti Ming tembok disambung sehingga sepanjang 6400 KM

4. Fungsinya mempertahankan wilayah daripada serangan orang Hun (nomad)

5. Pembinaannya menggunakan tenaga yang ramai (lebih daripada 30 000 orang)

Tembok Besar China cheestory

2. Kejatuhan Dinasti Chin diganti dengan kemunculan Dinasti Han

3. Pada zaman Dinasti Han kewibawaan Maharaja Han Wu Ti (Maharaja Tentera) berjaya memperluas kawasan takluknya melalui angkatan tenteranya yang besar dan kuat

  • Kawasan yang berjaya ditaklukinya:
    • Sinkiang
    • Lembah Tarim dan Tutor di utara
    • Yang Tze, Kwangsi dan Kwang Tung di selatan
  • Pada zamannya, pengaruh China tersebar ke Jepun dan Turkistan serta keamanan dan kemakmuran negeri China berjaya diwujudkan