Peningkatan Ekonomi

 

1. Kegiatan ekonomi tahap awal ialah penanaman dan penternakan binatang untuk menyara diri

2. Apabila tamadun berkembang dan menghasilkan lebihan, hasil lebihan akan dipasarkan dan ditukarkan dengan barangan perusahaan tempatan seperti tembikar dan alat memotong dari logam

Tamadun Yunani

 

1. Hampir semua negara kota memberi tumpuan utama kepada aktiviti perdagangan kecuali sparta semenjak kelahirannya pada abad 8 S.M kerana keadaan bumi Yunani yang bergunung-ganang dan sesuai untuk pertanian

  • Peningkatan tinggi dalam perdagangan dengan kawasan luar melalui jalan laut yang pada awalnya perdagangan berlaku antara kawasan di pesisir pantai yang berhampiran Mesir, Syria dan Phoenecia

2. Akibat kekurangan tanah untuk pertanian, Athens dan Corinth menghadapi masalah kekurangan makanan dan terpaksa mendapatkan makanan dari luar

3. Athens mendapatkan bekalan makanan dari kawasan selatannya dan Laut Hitam serta menjadi pusat pengumpulan barang keperluan yang datang dari Timur

4. Kegiatan perdagangan dijalankan di negara kota dikenakan cukai dan menyebabkan kenaikan harga barang

5. Kesannya ramai rakyat Yunani berpindah ke tempat lain seperti Alexandria pada zaman Graeco-Rom tahun 300 S.M

Zaman Graeco-Roman

1. Dikenali sebagai Zaman Hellenistik

2. Merujuk pada penyerapan budaya Greek ke dalam masyarakat Rom

Tamadun India

 

1. Aktiviti perdagangan mengalami perkembangan sangat pesat sejak abad ke-3 S.M

2. Aktiviti ini bukan sahaja melibatkan perdagangan dalaman antara kawasan di dalam wilayah India malah melibatkan perdagangan luar

3. Pusat perdagangan penting dalam menghasilkan senjata, gading gajah, emas, berlian dan mutiara termasuklah:

  • Anga
  • Kalinga
  • Karusa

4. Hubungan perdagangan kerajaan Maurya dengan negara luar:

  • Macedonia
  • Sri Lanka
  • Rantau Asia Tengah
  • Asia Tenggara

5. Pelabuhan penting menghubungkan India dengan negara luar:

  • Di bahagian Timur : Tamralipti, Ghantashala dan Kadura
  • Di bahagian Barat : Broach, Chaul, Kalyan dan Cambay

6. Perkembangan pesat ekonomi membawa kewujudan persatuan perdagangan dan perusahaan dikenali Stresthin si setiap bandar

7. Antara persatuannya termasuklah untuk:

  • Tukang kayu
  • Tukang logam
  • Tukang kulit

8. Matlamat persatuan adalah untuk mengawal:

  • Harga
  • Kualiti barang
  • Gaji pekerja

9. Undang-undang digubal bagi mengawal persatuan dan pelaksanaan undang-undang diawasi oleh Raja

10. Mata wang digunakan sebagai medium jual beli membuktikan pemerintah seperti Dinasti Maurya dan Gupta melaksanakan satu dasar kewangan dan ekonomi yang sistematik

11. Semasa zaman Gupta, bentuk mata wang emas telah digunakan

12. Aktiviti perdagangan sejak zaman Maurya disokong oleh perkembangan dalam sektor perusahaan yang berasaskan:

  • Emas
  • Mutiara
  • Batu permata

13. Sejak zaman Maurya, pelbagai cukai dikenakan kepada pelbagai jenis perdagangan hasil daripada pertanian dan buah-buahan untuk menyara anggota tentera, para pentadbir dan raja

14. Sejak tahun 100 M., perdagangan maritim antara India dengan Alam Melayu berkembang dan meningkat pada zaman Gupta

15. Pedagang India memperoleh:

  • Hasil rempah, bedak angi, gading gajah dan besi dari Alam Melayu
  • Tekstil, tembikar, barang kaca, dan minyak wangi dari China

16. Perdagangan maritim dengan Rom dan Sri Lanka juga berkembang

Tamadun China

 

1. Berlaku sejak zaman Dinasti Shang dan antara kemajuan yang dicapai termasuklah dalam pertanian, perdagangan dalam negeri dan maritim, perusahaan dan Pembentukan persatuan perniagaan.

2. Pertanian

  • Sejak zaman Dinasti Han, tenggala telah diperkenalkan untuk membuat batas tanaman, kolar kuda membolehkan kuda menarik tenggala kayu, kereta kuda, kereta sorong beroda dan penyisir tanah 
Kolar Kuda

1. Salah satu sumbangan tamadun China

2. Untuk menarik kenderaan serta beban

3. Di Barat, penggunaannya menyebabkan kuda tercekik tetapi di China telah diperkenalkan sejak abad ke-4 S.M dan dapat menarik beban sehingga 1.5 tan juga tidak melemahkan dan mencekik kuda

Kolar Kuda cheestory

  • Pada zaman Dinasti Tang, Song, Yuan, Ming dan Ching, penciptaan alat kegunaan pertanian terus berkembang
  • Sistem penanaman secara bergilir diperkenalkan menjaga kesuburan tanah
  • Kawasan bukit diteres untuk pertanian pada zaman Dinasti Shang
  • Sistem pengairan (pembinaan terusan) dilaksanakan untuk memperoleh sumber air dalam pertanian terkawal
  • Kawalan terhadap banjir diambil berat dengan menggunakan terusan yang dibina

3. Perdagangan dalam negeri dan maritim

4. Perusahaan

  • Logam dan tembikar berkembang sejak zaman Dinasti Han dan telah didagangkan ke luar China seperti Alam Melayu, India, Timur Tengah dan Barat
  • Hasil ini mula dibawa melalui jalan darat iaitu Jalan Sutera Darat
Jalan Sutera Darat

1. Hubungan perdagangan antara China dengan India dan Barat (Rom) terjalin pada peringkat awal melalui jalan darat

2. Jalan ini bermula di Barat (Rom) merentasi kawasan Asia Tengah ke India dan seterusnya ke China

  • Kemudian melalui Jalan Laut mulai zaman Dinasti Tang
Jalan Laut

1. Jalan yang menghubungkan China dengan India dan Barat (Rom)

2. Berkembang semenjak bermula pelayaran jarak jauh pada sekitar abad ke-5 M.

3. Kapal China dan India belayar dari Rom singgah di India kemudian melalui Teluk Benggala dan Selat Melaka

  • Buktinya terdapat tembikar China di tapak pelabuhan kerajaan awal di kawasan tersebut
  • Barangan logam juga didagangkan
  • Hasil perusahaan China juga didagangkan di negeri China sendiri juga

5. Pembentukan persatuan perniagaan

  • Membawa kepada kelahiran golongan kelas pertengahan yang besar

6. Perkembangan ekonomi pesat dicetuskan oleh perkembangan dalam sistem perhubungan seperti pembinaan jalan raya, jambatan dan alat pengangkutan seperti kereta kuda dan lembu